Friday, September 18, 2015

Pantai Mimpian Jadi kot namanya?

Assalamualaikum,

Hahaha.. Jujurnya aku tak tau nama sebenar pantai yang kitorang selalu pergi ni. Sebab tak nampak signboard nama pantai sepanjang perjalanan kat sana. Ada signboard nama resort je iaitu Mimpian Jadi Resort. So tu lah kot nama pantainya. Orang Tuaran tau la kot nama yang betul.

Anyway... Kitorang selalu jugakla ke pantai ni. Sebab Shaheem suka. Pantainya pun ok. Takdela kotor sangat. Banyak kayu hanyut terdampar kat pantai. Oh cuma kat pantai tu ada banyak taik kuda. Or taik kerbau. Entahla. Tapi taik something big la haha..

Ombak ada time kuat. Ada time OK je. Aku tak bagi Shaheem mandi sebab tak tau air tu bersih ke tak. Nampak macam kureng je huhu. Lagipun bahaya mandi pantai ni. Shaheem just main pasir. Kalau nak main air pun kat gigi air je dan abah kena teman.


Nampak tak Gunung Kinabalu?






















Oh indahnya ciptaan Allah kan?

posted from Bloggeroid

Thursday, September 17, 2015

Dokumen Perjalanan Terhad Shafina

Assalamualaikum,

Last week kami ke Jabatan Imigresen untuk buat Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) Shafina. Kitorang ke sana dalam pukul 12 tengahari. Silap jugak pergi time tu sebab kaunter banyak tutup. Kedai nak fotostat dan amik gambar passport pun tutup. Kena la tunggu sekejap.

Dokumen yang diperlukan utk buat DPT anak ni ialah satu salinan fotostat ic Mak/Bapa/Penjaga, satu salinan fotostat surat beranak anak dan 2 keping gambar passport anak. Salinan asal pun kena bawak jugak sebab nanti dia nak tengok..


Gambar passport Shafina

Haritu panassss jugakla rasa sebab pukul 2 pun masih banyak kaunter tak buka. Orang pulak boleh tahan ramai. Daripada 9 kaunter, 2 je bukak. Huhu.. Dekat pukul 3 baru settle semua.

Bayaran DPT ni RM5 je utk 5 tahun dan siap dalam masa 5 jam. Memandangkan kitorang punya lambat settle maka the next day baru boleh amik.











Jadi lepas ni kat airport, Imigresen akan cop dalam ni tanda keluar/masuk Sabah. Tak perlu bagi slip kertas tu dah..

posted from Bloggeroid

Tuesday, September 15, 2015

Wallpaper Menceriakan Dinding Rumah!

Assalamualaikum.

Tajuk tu poyo je kan haha..

Encik husband la ni tetiba je nak cat dinding rumah katanya. Aku cakap dengan dia, boleh ke nak cat?? Sebab kita kan duduk kuarters.. Dia konfiden jawab, boleh je.. Pastu aku cakap dengan dia, daripada cat baikla tempek wallpaper. Takdela berbau. Corak pun cantik-cantik.

Aku tunjuk kat husband entry Ciknaa yang Ciknaa tampal wallpaper kat dinding rumah dia tu. Tq Ciknaa bg inspirasi hihi.. Dia tengok dia pun teruja. Terus ajak aku g Kaison weekend tu. Weekend nak cuti Merdeka tu. Haii cite lama la ni ek, baru nak up kat blog hehe..

Kitorang pegi Kaison 1 Borneo. Kaison ni memang boleh buat orang gila kan haha. Macam-macam benda ada dalam tu. Kalau boleh nak borong semuaaa..

Kitorang beli wallpaper yang harga RM19.90 segulung. Panjangnya 45cmx10m kalau tak silap. Banyak gulung jugak kitorang beli sebab tak reti nak bajet. Habis dalam RM100++.



Sebelum pasang wallpaper dinding ni nampak kosong je..



Proses menampal wallpaper. Husband buat sorang je sebab aku kena jaga anak². Aku suh tunggu anak tido dia tak nak. Tak sabar katanya nak pasang.


Tadaaaa.. Dah siap




Dah siap pasang yang dekat TV tu kitorang pasang kat dinding tepi pulak.



Aku pilih corak ni. Saje nak warna purple sebab nampak soft je hehe..






Ada sikit lg wallpaper lebih kami tampal kat dinding tepi pintu masuk.

Bila dah tampal wallpaper ni rasa macam kecik pulak rumah.

Aku sejujurnya tak pandai nak deco rumah. Frame satu pun takde tergantung kat dinding rumah. Husb dia malas sikit bab nak drill ni. Maybe sebab dok rumah kuarters. Malas nak tebuk lubang. Kalau pasang wallpaper ni OK lg katanya.. Tapi tengokla macamana. Nak jugak ada frame gambar kat dinding tu.

Wallpaper ni banyak kegunaan. Tak terhad utk tampal di dinding saja. Ada yang tampal kat almari, kat meja, kat peti sejuk. Mana-mana pun boleh. Ikut kreativiti masing-masing. Pegila terjah Kaison ye. Daaaaa

posted from Bloggeroid

Saturday, September 12, 2015

Semalam Tido Pukul 3 pagi!

Assalamualaikum,

Huhu alkisahnya baju yang tak berlipat kat rumah ni dah menimbun-nimbun. Siang hari nak lipat memang susah sebab Shafina kurang tido siang hari. Aku kalau nak buat keje memang kena tunggu dia tido. Dah kalau dia tak tido siang macamanala nak buat kan. Kalau buat jugak time dia jaga tu hmmm alamatnya tak siap-siap la. Dia tu mana boeh tengok kain berlipat. Mesti sibukkk nak punggah. Sia-sia mama lipat huhu





Ni masa kt umah Maktok. Grrr tension mama..

So nak tak nak terpaksala tunggu dia tido malam. Malam pun dia tido lewat. Selalunya dalam pukul 11 ke atas. Jadi tengah-tengah malam la aku selalu buat keje mengemas. Kemas dapur, kemas meja makan, basuh baju. Lipat baju je aku selalu tangguh sebab campur dengan malas haha..

Semalam dah tak mampu nak tangguh dah sebab mata ni rasa semak, senak tengok kain berlonggok. Gigihkanla diri melipat.


Paling banyak baju Shaheem & Shafina. CD lagi. Aduii sakit pinggang aku semalam.

Takde ke sape-sape nak invent mesin lipat kain?huhu..

posted from Bloggeroid

Thursday, September 10, 2015

Suri Shafina Demam

Assalamualaikum,

Malam-malam buta camnila baru dapat update blog. Inipun guna hp. Laptop memang jarang dah aku on. On bila nak login m2u atau cimbclicks je. Selalunya time hujung bulan. Check duit elaun & duit kutu dah masuk ke belum. Ermm update tetengah malam ni ada ke yang nak baca ni? Haha soalan mengadee..

Anyway.. Shafina demam harini. Kesian dia. Mulanya dia selsema. Jangkit dengan abang Shaheem. Pastu tgh malam semalam masa tido tu aku rasa badan dia panas. Tapi aku macam mamai-mamai sebab aku makan ubat selsema jugak sebelum tido tu. Aku rasa lepas aku rasa badan dia panas tu aku tido semula. Bad mama kan huhu. Sedar-sedar dah cerah pastu tengok dah ada tuala basah kat kepala Shafina. Abahnye yang letak. Huhu mujur ada encik husband. Tenkiu me love. Sorila mama tido mati smlm. Gara-gara ubat huhu..

Pastu harini dia merengek jela. Hisap susu pun jarang sebab hidung dia tersumbat. Abahnya pagi-pagi dah breakfast cendol (read:hingus). Haha. Sebab kesian sangat tengok Shafina cam tak cukup nafas dia rela hati sedut hingus Shafina. Kihkihkih.. Bukti kasih dan sayang seorang Abah...

At first aku just lap-lap badan dia dengan kain basah. Mandikan dia banyak-banyak kali. Tapi petang tadi macam makin panas je badan dia so aku bagi dia minum ubat. Alhamdulillah dia minum. Walaupun hujung-hujung tu dia luah balik hehe.

Alhamdulillah lepas makan ubat dia dah OK. Terus tak demam. Malam ni dia kembali aktif. Merangkak sana sini. Kalau tak asyik nak beriba je. Mujurla demam dia tak melarat. Harapnya esok esok dah tak demam la. Susah hati mama tau sayang..



Nak tumbuh gigi ke Shafina ni? Air liur meleleh-leleh..







Nangis sebab takmau dok bawah. Nak duduk atas riba mama huhu..





posted from Bloggeroid

Tuesday, September 8, 2015

Dinner Semalam ~ Lamb Grilled



Omnomnomnom.. Sedap hingga menjilat jari!hehe.. Incik husband tu memang kegemaran dia makan kambing. Aku sebelum kawin tak pandai makan kambing. Tapi bila dah kawin dengan dia otomatik jadi pandai dan suka makan!

Ni husband la ni beli lamb shoulder. 3 keping RM15.40 kalau tak silap. Dia beli last week lagi tapi aku tak reti nak masak macamana huhu..

Semalam aku perap dengan garam+sos tiram. Pastu grill atas pemanggang ajaib je. Hasilnya superb weh! Sedap jugak. Makan dengan nasi panas-panas. Terangkat beb!

Alhamdulillah untuk rezeki ni..

posted from Bloggeroid

Sunday, September 6, 2015

Daripada Dia Kita Datang, Kepada Dia Kita Kembali

Assalamualaikum,

2 hari lepas aku dapat berita photographer wedding aku dulu dah meninggal. 2 minggu lepas. Lung cancer.

Terkejut. Serius aku terkejut dengan berita tu sebab aku tak pernah tahu pun dia sakit. Bila buka balik FB dia memang takde pun dia update dia sakit ke apa.

Sedih pulak rasa. Walaupun aku takdela kenal dia sangat. Kenal masa wedding tu jela. Kawan sekolah aku dulu yang recommend dia. Aku masa tu memang takde cari op lain so just amik je dia. Kira last minute jugakla. Keje dia pun ok. Dia jenis easy going. Kelakar. Banyak cakap. Even mak aku pun still ingat dia. Mak cakap masa hari akad nikah tok imam datang lambat. Arwah la yang dok layan sembang dengan mak. Sikap dia yang easy going tu la buat aku senang bekerja dengan dia walaupun langsung tak pernah kenal.

Gambar-gambar yang dia amik pun ok. Aku memang serah kat dia 100% untuk buat photobook tu. Aku memang tak campur tangan. Alhamdulillah hasilnya aku puas hati.

Ni entry aku cerita pasal photobook wedding http://amalini.blogspot.my/2011/09/photobook-wedding-sudah-dapat.html

Kawan aku cakap dia sakit lama dah. Dalam 2, 3 tahun dah. And guess what, dia kena lung cancer tapi dia tak merokok pun. Ermm.. dia tinggalkan seorang isteri dan 3 orang anak. Kecik-kecik lagi. Semoga mereka kuat dan tabah menghadapi kehilangan ni.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah Abang Han.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...