Monday, August 24, 2015

Family Day KD Perak

Assalamualaikum,

Sabtu lepas unit husb keje buat family day. Dah banyak kali tertangguh sebenarnya aktiviti ni. Tangguh sebab kapal asyik keluar belayar je. Alhamdulillah 2,3 minggu ni kapal kat jeti jadinye sempatla buat. Walaupun buat dalam base je, tetap meriah. Paling penting hadiah cabutan bertuah best best hehe..

Aku first time jumpa family anggota kapal ni. Segan pun ye jugak huhu.. Tapi layankan jela. Shaheem paling seronok. Family day tu buat kat yacht club jadi ada banyak boat. Haa seronok dia menjelajah kat situ. Tak nak pegi tempat lain. Nak duduk dalam boat je.




Shafina pulak alhamdulillah tak meragam sangat. Bagi makan, minum susu cukup-cukup, tak meragam la dia!hehe



Mentido je kejenye. Senang hati mama hehe

Makanan haritu utk breakfast dorang buat potluck. Jenuhla aku mikir nak bawak ape. Nak goreng mi ke mihun ke nasik ke aku tak konfiden haha. Maklumle tak berapa reti nak masak. Kang tak sedap buat malu je huhu. Last last aku goreng kopok je. Senang! Hehehe. Goreng satu balang besar. Habis licin. Mujur jugak aku tak buat goreng² mi tu sebab dah ada yang bawak. Macam-macam makanan ada sampai berlebihan pulak. Tengahari pulak makan nasi. Yang ni dorang tempah catering. Alhamdulillah. Puas hati bab makan.

Games pun banyak dorang organize. Sukaneka utk budak² sume utk budak 4 tahun ke atas. So Shaheem tengok jela abang-abang main. Paling dia seronok tengok game cari gula-gula dalam tepung. Gelak besar dia. Abang comot katanya hehe.. Ada juga games untuk anggota bujang. Meriah ko. Paling meriah game musical chair. 6 biji kusi patah! Haha bahana orang tua main game budak² hihi.. Games utk pasangan suami isteri pun sepatutnya ada tapi tak sempat nak main sebab masa amat mencemburui kami ececece. Lega aku wehh sebab aku tak nak main!hahaha

Cabutan bertuah pulak hadiahnya sume barang elektrik. Semua orang akan dapat. Macam²la hadiahnya. Dari sekecik-kecik electric shaver ke sebesar-besar microwave oven. Yang paling besar peti sejuk. Husband aku dok aim ke peti tu. Memang dia teringin sangat nak tukar peti sejuk kat rumah ni. Tapiiii... Sorila bang, tak bertuah kikii..


Kami dapat power bank hehe. Yang seronok aku laa sebab husb dah ada power bank jadi yang ni, saya yang punyaaa! Alhamdulillah rezeki..

Yang paling lawok kan, aku kena panggil utk cabut nombor dan sampaikan hadiah. Aduii malu weh. Husband memang dah bagitau awal² suruh standby. Nasib badanlaaa..


Dengan wife CO

Seronok jugakla pegi family day tu. Dapat jumpa kawan-kawan baru. Next month husb draf unit baru. Dapat kawan lain pulak hehe..

posted from Bloggeroid

Saturday, August 22, 2015

Back At Home

Assalamualaikum,

Yeppp.. We are back at our home sweet home! Keluarga kecil kami dah kembali bersatu di bawah satu bumbung. Alhamdulillah.. Dah seminggu lebih dah. Both Shaheem and Shafina are doing well. Alhamdulillah dorang takde demam ke ape. Risau jugak sebenarnya sebab cuaca kat sini dengan Semenanjung lain sikit.

Naik flight haritu pun alhamdulillah semuanya okay. Shaheem very well behaved. Shafina tak duduk diam haha. Mulut bising. Aku suap dia makan, bagi susu pastu baru tido. Cek mek molek tu kuat makan yang amat! Lama jugak dia tido. Nak dekat landing baru bangun. Flight lebih kurang 2 jam 30 minit. Masa flight tengah descend tu telinga aku sakittt yang amat. Husband pun sama. Shaheem too! Dia dok tarik-tarik telinga dia. Sakit katanya. Muka cuak habis tapi dia maintain cool. Tak nangis. Suri Shafina lagi selamba. Senyum je. Agaknya telinga dia tak sakit. Lega sikit aku.


Shafina pun pakai seat belt jugak hehe


Tak duduk diam. Suka nak intai orang kat belakang


Abang Shaheem dapat hadiah dari abah! Beli atas awan ni hehe. RM60. Balik rumah yang kecik-kecik hilang entah ke mana. Mama redhaaa..

Adik aku pun ikut sekali balik Sabah. Tapi dia datang seminggu je. Saje jalan-jalan. Tapi sebenarnya tak jalan mana pun cos husb keje. Kitorang sempat bawak dia tgk sunset kat Sutera Harbour Resort, makan seafood kat KK, shopping kat uptown KK, shopping kat Tamu Tuaran, masuk base navy. Ermmm mana lagi ek, tu je kot? Haha punye bosan aktivitinya. Banyak duduk rumah je. Takpela, next time datang lagi, insyaallah kita gi jalan-jalan tempat yang lebih best.

Masa maksu ada mama relaxxxx je. Nak berak, nak kencing, nak gi dapor, nak mandi, nam jemur kain. Relaxxxx.. Maksu ada tolong tengok-tengokkan anak-anak. Tapii.. Bila mak su dah balik, the challenge begins haha..

Susah jugak nak buat keje sebab Shafina ni jenis takleh nak berenggang sangat dengan aku. Tapi ada masa dia boleh duduk diam sorang-sorang main apa-apa mainan. Kadang-kadang kalau aku kat dapur, aku suruh Shaheem tengok Adik. Tapi takleh harap sangat tu. Kang jap lagi dengar Adik meraung. Abang meraung. Kuat gaduh dua tu! Grrr.. Selalunya time Shafina tidola aku cepat-cepat buat keje. Susah nak handle sorang ni tapi takpe, lama-lama okla ni kan?huhu.. Be strong mama!


Suka dok depan TV


Shafina kuat makan!


Abang Shaheem naughty boy!


Adik tidur atas abang hehehe

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...