Wednesday, June 17, 2015

Adik Membuas!

Assalamualaikum,

Adik Suri dah 7 bulan dah umurnya. Alhamdulillah. Sihat. Aktif kemainnnn.. Memang tak lekat dipegang. Ada je kerja yang dia nak buat. Kalau dukung dia panjat-panjat bahu kita. Kalau duduk pun sama. Kalau letak atas lantai dia merangkak sampai kemana-mana dia suka.

Sepanjang umur 6 bulan 3 kali dah jatuh katil huhuhu.. Yg pertama masa tidur dalam bilik maksu. Mama kat luar tengah cakap telefon dengan Abah. Tiba-tiba bunyi gedebukkk. Kuat gila. Disertai dengan tangisan meraung yang kuat. Huhuhuhu masuk-masuk bilik tengok dia dah tertiarap atas lantai.

Second time dalam bilik maktok. Tetengah malam buta. Dia terjaga dari tido tapi mama tido mati. Mama sedar time dia dah selamat kat bawah. Meraungg. Tengok-tengok mulut dah berdarah huhu. Bibir pecah kena gigi dia. Adoiii.

Third time dalam bilik maktok jugak. Pagi-pagi time org semua tgh sibuk. Mama sibuk uruskan Che (moyang Shafina). Maktok sibuk kat dapur. Tau tau dah bunyi gedebuk dah huhu.. Mujurla mama dah letak bantal kat bawah. Jadinye xdela sakit sangat bila jatuh tu.

Haa ni gambar pagi tadi. Tengok dia sedap tido mama pun tinggal la kejap g dapur. Tak sampai 5 minit pun kat dapur mama masuk bilik intai dia. Tengok² dia dah buat aksi nak panjat badan abang. Kalau mama lambat seminit dua tu kompemm Adik dah selamat landing kat bawah kan kan kan..

Yang ni tengah selongkar harta karun maktok. Favorite spot ni. Mentang² almari maktok tu dah uzur takde cermin seronokla dia ye mengorek haha..

Cubaan nak panjat rocker. Heeee x padan kecikla Adik ni!

Suka tonggeng² macam ni.

Tido pun ada style! Hahaha

Dah sekian dulu update pasal Adik Manis kesayangan mama ni hehe

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...