Monday, May 18, 2015

Frust

Assalamualaikum,

Last week aku ada order nursing kurung dengan satu online shop ni. Niat di hati nak beli tu sebab nak pakai hujung bulan ni. Wedding anak buah husband. Temanya emerald green. Baju yang aku beli tu almost like emerald greenla jugak maybe cerah sikit. Aku suka so memang cepat je berurusan untuk beli tu. Harga RM120 inc postage. Okla, affordable untuk aku.



Cantik tak? Aku suka kain dan hujung lengan dia tu. Stripe macam tu. Simple je but nice. Memang taste aku. Kalau bunga-bunga ni aku tak berapa nak gemar.

Rabu malam bayar, Khamis seller pos, alhamdulillah Sabtu selamat sampai. Excited sangat. Bila try ngam di badan lagi seronok. Aku amik saiz L. Memang padan elokla. Material, jahitan sume pun cantik. Masa tu rasa dah lega sebab at last dah ada baju untuk wedding tu.

But then semalam... Masa aku tengah baring kat katil, aku dok perhati kat baju tu. Then I noticed something is not right.


Hujung lengan tu tak sama warna kiri dan kanan. Kalau ikut gmbr promo sepatutnya kena sama dengan warna kain. Yang kiri dah betul dah. Kanan tu tak sama. Aduilaa.. Frust dah aku masa tu. Mula2 pikir orang tak perasan kot. Tapi bila pikir balik tak bestla tak sama gini. Aku bayar mahal-mahal dapat yang defect macam ni pulak huhu..

Aku PM seller dengan penuh hemah. Bila tunjuk gambar dia terus cakap ok boleh tukar. Tapiii sayangnye.. Baju ni dah totally sold out. So dia suggest pilih lain atau full refund. Frust sangat rasa. Sebab aku memang suka baju ni. Hmmm.. Anyway aku pilih untuk pilih yang lain. Takpelah, consider yang ni untuk baju raya la pulak. Wedding cari lain. Atau pakai je mana-mana baju. Tak ikut tema pun takpe kot?huhuhu..

Well I guess itulah buruknye shopping online. I mean, kita tak boleh nak expect benda tu perfect sama macam kita beli kat kedai yang kita boleh belek-belek sampai puas hati. Aku pun tak complain ape-ape kat seller tu. Takdela nak tanya kenapa ekk tak sama etc etc. Maybe dia pun tak perasan. Defect dari supplier. Pikir yang baik-baik aje. Aku pun online seller juga so I understand. Alhamdulillah seller ni baik dan bertanggungjawab. Tak banyak soal. Kos pos untuk aku hantar balik baju pun dia yang akan tanggung. Alhamdulillah.

Frust juga la tak dapat pakai baju yang aku suka ni. Tapi takpelah. Ada hikmahnya kot?

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 13, 2015

Preorder: Robocar Poli All 4 in 1 Set









Preorder open now! Ni po batch ketiga dah ni. Alhamdulillah sambutan amatlah menggalakkan.

Brg dijangka tiba pertengahan Jun nanti. Insyaallah.

Harga: RM69 inc postage Semenanjung Malaysia
Booking with FULL PAYMENT.

PM: alwani.amalini@gmail.com
SMS/WHATSAPP: 014-8224228

posted from Bloggeroid

Monday, May 11, 2015

Hijab Pins by Mommy Lin

Assalamualaikum,

Last week aku belikan hijab pins untuk adik aku. Sekali sekala belanja dia. Hadiahkan something sebab tolong jaga anak-anak aku masa aku bz buat benda lain. Kebetulan pulak Mommy Lin tengah buat sales so apa lagi kan, grab the chance! Hehe..

Adik aku ni memang pemakai shawl yang tegar. Haha boleh gitu? Dia memang jarang pakai tudung lain selain shawl. Suka sangat belit-belit. Sanggup ni tengok tutorial segala just to stay updated with current shawl trend. Sekarang kan macam-macam cara orang pakai kan. Lantaklah. Aku tak reti!



Tq Mommy Lin! Ku suka semuanyaa..


Omeyy omeyy. Adik aku pencinta kucing so design kucing wajib grab.


Harini sampai. Esoknya adik aku dah rasmi. Suka sangatla tuu..

Korang yang tengah cari hijab pins yang comel-comel bolehla follow blog, FB atau IG Mommy Lin yeah? :)

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...