Sunday, November 15, 2015

Suri Shafina 1 Year Old

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, anak perempuan kesayangan dah genap setahun dah semalam, 14 Nov 2015. Ya Allah, serius rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Rasa macam baru je beranakkan dia, baru je mengharung air banjir (genap 40 hari masa tu), baru je ikut husband balik Sabah. Alih alih dah setahun dah dia huhu... 



Teringat ingat lagi detik nak melahirkan dia tu. Bermula dengan masuk wad sebab dia kurang bergerak dalam perut, pastu doc bukakan jalan sebab nak suruh beranak before due date (sebab mama ada kencing manis semasa hamil), menahan contraction dari pagi sampai ke tengah malam. Masa nak beranakkan dia pulak hujanselebat lebatnya. Maklumla musim tengkujuh masa tu. Mama masuk LR HUSM pukul 3 pagi, pukul 4.30 pagi, alhamdulillah Shafina selamat dilahirkan. Lahir lahir je doktor letak Shafina atas dada mama. Perasaan masa tu Allah je yang tahu.. Boleh baca kisah penuh kelahiran Shafina kat sini.

Lepas siap dibersihkan, nurse bagi kat mama untuk menyusu. Di HUSM ni selagi baby tak menyusu selagi tu tak boleh keluar dari LR. First time mama susukan Shafina, mama dalam posisi berbaring. Nurse letak kat tepi mama.. Alhamdulillah Shafina menyusu dengan baik sekali. Both sides. Pandai anak mama. Huhuhu nak keluar air mata. Cos I never had that experience with abang Shaheem... Since Shafina dalam perut lagi, mama dah niat, mama nak susukan Shafina dengan susu mama. Mama akan cuba sedaya mungkin. Mama berdoa Allah murahkan rezeki susu untuk Shafina. Alhamdulillah, hingga sekarang, Shafina masih breastfeeding. Susu mama takdela meriah sangat tapi mama tahu ia cukup untuk Shafina.



4 hari selepas dilahirkan, kita struggle dengan jaundis pulak. Mama stress, susah hati sangat sebab jaundis Shafina lambat sembuh. Siap masuk wad lagi. Mama sedih sangat bila Shafina kena duduk bawah lampu tu. Bila Shafina nangis, mama tak boleh angkat. Shafina menangis sampai suara pun serak. Stress sebab nurse cakap susu mama sikit, Shafina tak puas menyusu jadi dia terpaksa bagi formula walaupun mama dah rooming in dengan Shafina kat wad. Mama sedih masa dia amik Shafina bawak pegi nursery untuk bagi susu formula tu. Mama nangis sorang diri. Abah ada masa tu,. Tapi mama tak berani nak luahkan rasa sedih pada abah sebab takut abah marah. Bila masuk bilik menunggu tengok mommy lain susukan anak dorang dan Shafina dalam nursery diberi susu formula, hati mama ni bagai disiat siat huhu.... Tapi takpelah sayang. It is not a sin for u to drink formula milk. If it is for the best, then takpelah. Mama redha. Mama serah semuanya kepada Allah dan alhamdulillah, Allah bantu kita. Shafina tak confuse nipple. Botol boleh, susu mama pun boleh. Terima kasih Allah. Terima kasih sayang :') Boleh baca kisah jaundis kat sini.




Then, kita survive bah kuning. Banjir terbesar, banjir terburuk pernah mama hadapi selama 30thn mama hidup! Masa tu Shafina baru genap 40 hari. Mama punya kalut tu macam kucing hilang anak ahaha...  Yela, risau sangat sebab air makin naik. Kalau lambat lambat bertindak nanti sape susah? Pukul  5pagi, kita redah hujan, mengharung air banjir yang sejukkkk sangat sangat, paras peha dah masa tu. Mujurla ada asrama Muwara Tok Ayah tu. Dapat jugak berlindung kat situ. 2 malam kita tido kat situ. Alhamdulillah, Shafina behave sangat. Tak meragam. Tido je. Sampai orang kampung yang tumpang duduk situ pun terkejut tengok ada baby. Dia kata dia tak dengar suara menangis pun. Good girl sangat anak mama. Then kita naik bot bomba pergi ke pusat pemindahan. Tapi mujurla keluarga Mak Tua (mak mentua ku) datang amik bawa balik ke Besut. Tak perlula kita bersesak sesak kat pusat pemindahan. Haihh bila ingat balik, memang nak menitis air mata ni. Harap tahun ni dah tak banjir besar macam tu lagila. 

Ok ok cukup cukupla tu throwback. Dah panjang berjela dah ni hehe. Lets talk about now now now!

Now Shafina dah boleh jalan dah. Masa umur 10 bulan lebih haritu dah start bertatih. Cepat macam abang Shaheem jugakla dia boleh berjalan tu. Sekarang dah laju dah. Tapi still ada jatuh jatuh. Tak balance. Badan berat kot hahaha.. Kuat makan ini budak. Alhamdulillah, dari start makan masa umur 6 bulan sampaila sekarang berselera je dia,.Semoga maintain la selera makan tu. Janganla jadi macam abang Shaheem huhu. Cukupla mama risau kat abang Shaheem sorang je. Last sekali timbang berat bulan lepas, 8.6kg. Nanti minggu depan ke kita gi klinik untuk checkup 1 year, kita timbang lagi sekali. 

Nampak gigi Shafina tu? hehe

Gigi dah ada 8 batang. 4 atas, 4 bawah. Dah besar besar dah. Haritu ada peel menggigit mama sekejap. Sekarang takde dah. Huh lega. Sakit oiii dia gigit. Esp masa menyusu tu. Aduiiii.... Ku tak pernah lagila terpukul atau tercubit dia bila dia gigit tu. Selalunya aku jerit kuat kuat dan cepat cepat keluarkan dari mulut dia. Mama ni kemain menjerit sakit, dia tersengih sengih buat muka tak bersalah huhu..

Suka bubuh apeeee sajeee dalam mulut. Urghhhhh... Jumpa makanan atas lantai, kutip, masuk mulut. Jumpa sampah, masuk mulut. Jumpa mainan abang yang kecik kecik, masuk mulut. Aduiiii... Aku boleh cam kalau ada benda dalam mulut dia. Pipi kembung semacam. Pastu dia pandai pulak tengok kat aku. Bila aku suruh bukak mulut, dia senyum senyum. Eeeeeee geram. Macam semalam, aku kat dapur tengah basuh pinggan. Tiba tiba dia datang. Pipi kembung. Air liur meleleh leleh. Kat tangan sebelah pegang lego abang yang halus mulus saiznye tu. Dia senyum senyum tengok aku. Haaa ni confirm ada barang. Aku suruh dia bukak mulut. Aku selalu ajar "aaaaa ngangaaa.." sambil aku nganga sekali.. Kalau takde apa dalam mulut memang dia akan nganga. Ni tak nganga memang sah laaa ada benda! Huuu, tangan aku pulak berminyak, cepat cepat panggil husband suruh korek. Shafina ni kalau kita korek, dia gigit jari kita. Tapi semalam tak gigit sebab lego tu penuh dalam mulut dia. Husband kata dah kebelakang dah lego tu masa dia korek huhuhu.. Mujurla tak jadi pape. Shafina ni kannnnnnnnnnn... Sokmo buat mama sakit jantung huhu.. Terus bebel kat abang Shaheem, "Shaheemmmmm.. kan mamaa kata yang kecik kecik simpan kat tempat tinggi. Nanti adik amik.." Memang kena selalu check la atas lantai tu. Takleh ada barang hatta sezarah habuk pun.



Perangai pun comel sekarang. Suka buat buat nangis. Manja kededek sangat. Tak boleh hilang mama walaupun sekejap. Kalau mama masuk bilik air, dia punya menangis, macam sakit sakit. Bila mama keluar, automatik senyap. 



Suka masuk dapur.. Adoiii ni aku paling stress. Kadang kadang tengah tengah malam tak tido lagi tu pun dia pergi masuk dapur. Main periuk ketung ketang. Aiiii.. penat mama nak angkut dia balik ke depan. Tapi lepas tu dia pegi lagi. Kecik kecik suka masuk dapur. Besar esok tak nak masuk dapur siaplaaaaa... Mama dah order safety gate kat lazada. Tunggu Aunty Eamy bawak balik KK bulan 12 nanti. Tq Aunty Eamy tumpangkan barang huhu..... 




Waktu tidur Shafina pulak biasanya dalam pukul 11 ke atas. Lewat sebab dia kadang kadang tak tido siang tapi selalu tido time Maghrib. Pukul  6ptg tido, dalam pukul 8 malam camtu bangun. Sebab tu nak tido semula tu payah. Tapi kalau dah tido memang sampai ke pagi. Ada la in between terjaga nak susu. Senang breastfeeding ni. Selak sajo hahaha.. Kalau abang Shaheem dulu, adoi malas gila mama nak bangun buat susu. Tapi bangun jugakla walaupun terpaksa heret kaki hehehe.. 

Anywayyyy... sempena birthday semalam, mama takde buat apa apa special pun. Makan tengahari mama goreng ikan dengan sup sayur je kat Shafina haha.. Mama ada la buat kek seketul. Yang overjoy makan opkos abang Shaheem. Shafina pun makan jugak. Mek tu semua makan. And then malamnya abah bawak makan Pizza yang sebenarnya abah yang nak makan tu haha..Pizza ni memang fave husband and abang Shaheem. Aku takdela suka sangat tapi makan jelaaaa.. Shafina makan jugak. Again, dia semua pun makan huhu... Tapi semalam, Ya Allah, takleh duduk diam budak kecik ni. Dok dalam baby chair tu punggung tak lekat. Kejap berdiri, Kejap nak capai pinggan atas meja. Kejap nak keluar dari baby chair. Aduii.. Mulut pun bising. Tak tau apa yang dia bebelkan. 

Ni asalnye kek minyak kukus yang aku share resepi tu. Aku tambah sunquick oren dan choc chips. Pastu bubuh colour oren sikit. Siapppp ekekeke.. Okla tu kan. Nanti nak try buat cheese cake versi kukus tu. Aiii kuat btul makan kek!






Suri Shafina, sayang mama... Alhamdulillah, dah cukup setahun dah umur kamu sayangku. Mama doakan Shafina sihat selalu, happy selalu. Semoga Allah sentiasa jaga anak mama ni. Mama sayang Shafina. Mama akan didik Shafina sebaiknya. I may not be the best mother but I will give my all for u to have the best in your life. Insyaallah.. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...