Thursday, November 12, 2015

Kek Minyak Kukus

Assalamualaikum






Sekarang ni rajin betul buat kek. Sebabnya abang Shaheem suka makan. Hantu kek tu. Dia mana makan nasik. Hari² request nak kek huhu.. Memandangkan aku takde oven so aku mampu buat kek kukus jela.

Dua kek kat atas ni ialah kek minyak kukus. Resepi Google saje. Aku suka kek ni sebab dia lembut, gebu, lembap je. Ala lebih kurang kek coklat kukus tu cuma yang ni tak bubuh coklat.




Kalau ikut resepi ni dia guna tepung naik sendiri. Aku takde tepung ni so aku guna tepung gandum biasa dan tambah 1 sudu teh soda bikarbonat. Susu cair pun aku tak bubuh sebab takde. Aku ganti dengan air biasa je. Kalau bubuh susu ni mungkin rasa dia lebih lemak kot. Next time kalau ada stok kat rumah, aku try bubuh. Tengok macamana pulak rasanya.

Itu jelah caranya. Nak buat layer² colour tu korang asingkanla adunan kat bekas berlainan, titis colour, kacau sebati, pastu masukkan dalam loyang secara selang seli. Nak cantik buatla corak² guna lidi.

Selamat mencuba!

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. wow... menarik sis... memandangkan akak pun tak de oven, boleh lah akak pun cuba sama... hehehe.... terima ksih byk2 sis.... rasa nak buat terus ni.... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je kak. sy guna blender je buat ni hehe.. dah buat share la ye

      Delete
  2. Amal... akak nak cuba respi ni. Tq.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...