Sunday, November 8, 2015

Hidup Berjiran

Assalamualaikum.

Ermm.. Pagi tadi something happen. And I am not really happy about it actually.

Orang kat rumah atas ni suka menumbuk. Dan dia selalu tak alas. Kot. Sebab memang kuatla bunyi keletung keletang tu. Jiran atas ni jiran baru. Baru masuk tahun lepas masa aku kat kampung tu. Husband cakap memang selalula bunyi kuat. Dia ngadu kat aku. Aku kat kampung masa tu so tak amik pot sangat. Bila dah datang, dengar sendiri barula tahu. Aku selalu buat donno je. Yang selalu panas husband haha. Banyak kali jugak kami bincang macamana nak buat. Macamana nak bagitau orang tu. Nak pergi rumah dia tego direct rasa macam tak best sebab tak kenal. Lagipun husband dah pernah ada bad experience tego direct ni. So last² kami buat tak tahu jela.

Sehinggala minggu lepas kot, orang tu menumbuk pukul 5 pagi. Subuh² tu. Hangin gakla lakiku itu. Bukan apa, takut anak² terjaga. Esp Shafina yang telinga lintah tu.. Bising sikit terjaga.. Husb geram dia panjat kusi, ketuk balik siling dengan lesung. Tapi orang tu tak dengar kot. Aku cakap dengan husband biar jelah.

Hari² lepas tu ada lagi dia menumbuk. Ada time bunyi slow, alas elok. Ada time memang kuat huhu..

Then... Pagi tadi dalam pukul 6 lebih. Haa dia menumbuk. Nak goreng nasi utk breakfast kot. Husb tengah siap² nak pegi meniaga. Nampak dah air muka dia berubah bila dengar tu. Sekali lagi dia panjat kerusi dan ketuk siling. Aku cakap dengan dia x payahla. Kalau orang tu dengar dari haritu lagi dia tak buat. Dah tu husb bengang, dia jerit kat balkoni dapur, "alaslaaa menumbuk tuuuu.." Huahuahuahuahua.. Aku kt ruang tamu menikus je...... Dan orang tu pun serta merta berhenti menumbuk.

Ye, husband saya ni memang seorang yang mudah marah. Kalau dia takleh tahan, takleh sabar, memang macam tu lah jadinye. Kena pulak pagi². Emosi tak stabil huhu.. Tak kata kat husb, aku rasa orang lain pun mcm tu kot kalau dah lama sangat dok sabar dan pendam. Ye, aku akui, silap jugakla jerit macam tu sebab tak pasal² orang lain pun boleh dengar. Jatuh aib la kan. Kalau jadi kat aku pun aku malu. Tapi tu lah...

Lepas tu, husband keluar... Dalam pukul 7 lebih camtu ada orang ketuk pintu rumah. Aku dah agak dah, ni mesti orang atas. Aku bukak. Dia tanya husb ada tak. Aku jawab takde. Dia tanya tadi ada dengar orang menumbuk ke? Aku cakap ada. Pastu dia cakapla, maafla kalau bunyi kuat. Kami dok atas tak tahu orang kat bawah dengar macamana. Tapi janganla jerit² macam tu. Datang ke rumah bagitau. Saya ok je kalau datang ketuk pintu rumah.
Aku pun minta maaf jugakla dengan dia sebab jerit tu. Biasala pagi² mood tak elok. Lagipun dah selalu bersabar. Kali ni tak tahan.. Dia cakap lagi dia keje, orang rumah telefon bagitau jadi macam ni, terpaksa balik. Tak best la..

Huhuuu..

Aku dah bagitau husb dah, nanti balik pegila jumpa orang tu. Cakap elok².. Kasi settle elok². Agar tak timbul rasa tak suka ke ape.

Apa pengajaran daripada kisah iols ni? Aku tak suka sebenarnya bila jadi macam ni. Sebab tu aku rela buat tak tau je dia nak menumbuk ada alas ke tak. Kan tak pasal² dah ada aura² negatif. Sebelum ni kalau selisih bahu senyum², lepas ni agak² dia nak senyum lagi tak? Yang isteri tu la. Kalau lelaki aku tak tau. Perempuan ada kemungkinan dia simpan dalam hati.

Kisah ni juga boleh jadi pengajaranla untuk aku. Nak buat apa² kena pikir dan hormat orang lain juga. Nak menumbuk kena alas. Nak tarik kerusi kena slow². Aih biasala rumah bertingkek² macam ni. Macam²la boleh dengar. Lagi satu.. Nak meluah perasaan tak puas hati pun kena ada cara. Kena sabar banyak² la kan. Kami belajar dari kesilapan kami..

Aihhhh.. Tak pasal² aku pun dah takut nak menumbuk huahuahua..

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. amal, kt umah mak aku gini lah. dulu ada org indon menyewa kt atas. ya allah sabor jelah masa dia menumbuk tu. actually, tumbuk tu macam common sense tau. kalau tak fikir org lain, fikir lah telinga sendiri, ko selesa ke menumbuk takde alas kan. tp tu lah. tak sume org common sense nya berfungsi. kalau mak aku, aku tak alas, dia cakap kang rosak lantai. hahahahahahah....yg aku pulak bab jiran ni, jiran sebelah umah. asal dia balik je, dia hon kasi signal org dalam rumah suh bukakkan gate. selagi mak dia tak keluar, selagi tu dia hon. aku okay je. tapi laki aku tak okayyyy....dia cakap, tak bley ke sediakan kunci spare, kenapa nk harapkan org dalam rumah bukak gate. skrg ni kalau dia dengar hon tu, dia buat muka annoying. hahahahahah. ate dah nape mcm blog sendiri ni taip panjang panjang

    ReplyDelete
  2. Errrr. Za pun geram dgn jiran blkg umh. Dia kms rumah dia, dia sepah rumah org. Longkang tu siap penuh dgn kain buruk, lapik kaki sgla. Kau rasa? Dah lah kongsi longkang tu. Tp xtau nk ckp cmne. Sabar jelah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...