Monday, November 9, 2015

Astro Ceria 24/7

Assalamualaikum,

Urghhh geram betul. Sekarang ni Shaheem conquer tv. Tak boleh tukar channel langsung. Tukar sekejap dia punya meraung macam kena pukul. Sebab malas nak dengar dia jerit jerit tu kitorang bagi jela dia tengok. Sedih. Lama dah tak tengok cerita lain selain kartun kat Ceria tu. I miss watching Law & Order SVU! Huhuhu.. Nak tengok Polis Evo kat Astro First pun tak dapat. Habis pujuk dah. Shaheem ni pulak every night tido lambat. Pukul 2, 3 pagi baru tido. Pukul 1 tengahari baru bangun. So masa tu la baru aku dapat tengok tv. Itupun pasang volume paling slow sebab tak nak dia dengar. Kalau dia terjaga dan tengok channel lain selain Ceria haaaa meraung la TT

Paling dia suka, Tobot. Pengaruh cite tu kuat betul. Setiap masa berlakon jadi robot. Ultraman pun minat jugak. Dah mama abah kena jadi raksasa.

Adui tak tau ape nak jadi.

Lepas ni, kena strict la. By 10pm, tutup tv, Tido.

Cakap macam senang, nak melaksanakan payah huhu. Susahnya sebab kami tido depan TV. Sebab tu susah nak tutup. Kecuali tutup dan sorok remote. Pernah abah dia angkut tv tu, Tapi kena dengar Shaheem meraung dulu la.

Next year nak sekolah dah. Huhuhu tak taula macamana. Fenin mama ni haa.. Nervous!

6 comments:

  1. Betul sis... anak akak pun cam tu gak klu dh tgk tv.... try zikir Allahumma Ya Bathin, Ya Mummit, (40x) stp kali lps solat atau sewaktu dia tgk tv or nak tgk tv. Lepas tu buat bicara hati Ya Allah Ya Bathin Yg Maha MEhilangkan hilangkan ingatan dan pandangan anakku dr menonton tv dan Ya Allah Ya Mummit, Yang Maha Mematikan, matikan ingatan anakku daripada terpegaruh dengan tv...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sis bg tips. insyaallah saya akan cuba :)

      Delete
  2. mcm ain kalau rasa nak tgk tv time dorang tgh tgk tu...kena lah cakap tgk cite lain la..cite lain tu best..ada tu ada ni..hahaha..baru dia bg tukar...kdg2 tu ain bg dorang main benda lain yg bole dorang lupakan kejap tv tu...so time tu la baru boleh tukar chanel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. x jalan la ainnn huhu.. cakapla ape pun mmg dia xkan bg. kalau dia tgh main benda lain pun dia xkan bg kita tuka channel. tukar je meraung, dia bgn tido dia akan cakap siap2, pagi cite shaheem, malam pun cite shaheem tau mama. grrrrr

      Delete
  3. kat rumah hana pun ada hantu2 channel ceria tapi sebabnya hana garang, maka dia org terpaksa mengalah. kiki

    ReplyDelete
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...