Tuesday, November 10, 2015

9 Nov 2015 ~ Cik Bibab Is Free From Maybank!!

Assalamualaikum,

Harini hari bersejarah. Kena catat dalam blog. Alhamdulillah, kereta aku aka Cik Bibab dah habis bayar dah. Aku pegi bank buat full settlement. Sepatutnya Januari 2016 habis bayar. Tapi aku discuss dengan husband better aku settle jela terus. Sementara ada rezeki lebih ni. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Cik Bibab, aku beli pada tahun 2009. Beli sebab masa tu aku baru dapat keje. Keje pulak kena pegi pukul  5 pagi. Takkanla aku nak suruh kakak aku hantar kan. So, dengan gaji pertama aku, aku bayar down payment dan buat loan dengan Maybank selama 7 tahun. Mak yang suruh buat loan 7 tahun je sebab dia tak nak aku berhutang lama lama. Setiap bulan bayar RM564. Sehinggalah aku berhenti kerja pada tahun 2011 sebab ikut husband berpindah ke Sabah. Ayah aku sambung bayar. Kereta tinggal kat kampung. 

Aku mula mula rasa macam serba tak kena jugak nak berhenti kerja, nak biar ayah yang bayar. Tapi mak aku pulak insist suruh aku berhenti dan ikut husband. Dia kata tempat isteri di sisi suami. Dia tak suka tengok kami tak tinggal bersama. Mak jugak yang cakap takpe, mak ayah boleh sambung bayar. Guna duit pencen, duit sewa kedai, duit sewa rumah tamu.. Huuu.. aku sedih. Kadang kadang timbul rasa kecewa dengan diri sendiri sebab dari kecik sampai ke tua dok menyusahkan mak ayah. Allah... anak jenis apa aku ni? Memang kadang kadang timbul rasa menyesal berhenti kerja. Aku sedih sangat. Macam macam perasaan ada. 

3 tahun ayah yang tanggung hutang aku. Aku tahu ayah pun perit nak membayarnya lebih lebih lagi selepas dia pun beli kereta baru. Bertambah bayaran yang dia kena buat. Kadang kadang dia tak dapat bayar penuh sebab tak dan duit katanya. Aku sedih sangat. Bukan sedih sebab duit nak bayar tak cukup tapi sedih sebab aku dah menyusahkan dia. Dia pulak yang minta maaf sebab duit tak cukup. Allah... Wani mintak maaf mak, ayah..... 

Hujung tahun 2014, kampung kami dilanda banjir. Bah kuning. Cik Bibab pun tenggelam sekali. Allah.. sedih sangat rasa. Besar ujian Allah bagi. Dahla masa tu aku tengah pantang Shafina. Lepas banjir dah surut, kami hantar ke bengkel Perodua. Kos baiki berjumlah RM2000. Itupun tak dibaiki sepenuhnya. Dia just baiki untuk hidupkan enjin je. Lepas tu tambah lagi kos cuci buang lumpur, baiki lampu belakang tak menyala, dan banyak lagi lah. Almost RM3k jugak kot total total semua. Again, mak ayah yang tanggung kos baiki. Husband aku pun ada bagi sikit duit. Sedih lagi sebab banyaknya dugaan huhu... Malu sangat kat mak ayah, kat husband.. 

Cik Bibab sekarang adik aku yang guna. Bawak pergi keje. Aku serah kat dia jela untuk jaga. Baru baru ni dia tinted cermin Cik Bibab tu. Hihi umur  6 tahun lebih baru nak tinted. Haritu ada jugak dia cakap nak bagi duit sikit. Tapi aku cakap dengan dia tengok gaji lah. kalau rasa cukup bagi lah sikit untuk kurangkan beban ayah. Tapi ni memandangkan aku dah bayar habis so takpelah. Cukuplah dia guna, isi minyak, tolong basuh 2 minggu sekali ke hehehe.. Aku selalu pesan kat adik aku, cari keje elok elok. Doa dapat permanent job. Dapat keje kerajaan lagi bagus. Lebih secure dari segi pendapatan. Aku pesan kat dia, jangan jadi macam aku. Nak kawin ke ape, tunggula stabil dulu. Cukupla aku sorang yang susahkan mak ayah. 

Alhamdulillah. Aku lega sangat bila dah settle semua bayaran. Mak ayah dah tak perlu bayar bulan bulan lagi dah. Terima kasih mak, ayah atas pertolongan ni. Banyak sangat jasa mak ayah. Banyak dah duit yang habis. Aku tak mampu nak bayar dengan wang ringgit.. Wani hanya mampu doakan mak dan ayah dari kejauhan. Semoga Allah sentiasa lindungi mak dan ayah, murahkan rezeki, panjang umur, sihat selalu... 






2 comments:

  1. apa apa pon mak ayah jugak yg menolong kita kan.

    ReplyDelete
  2. kasih sayang mak ayah sehingga syurga...
    hai cik bibab!! lama x jumpa.. hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...