Sunday, October 11, 2015

Ragam Penyewa Rumah

Assalamualaikum.

Husband ada sebuah rumah kat Machang. Betul-betul belakang UiTM Machang. Rumah teres 3 bilik tidur, 2 bilik air. Ada ruang tamu, ruang makan, dapur yang agak luas juga.

Rumah tu sebelum ni husband bagi student UiTM sewa. Lama jugakla. Dah 4 tahun kot. Every new sem bertukar penyewa. Tapi alhamdulillah tak pernah ada masalah. Kalau tak silap aku sewa husb letak RM600 sebulan. Husb sediakan TV, peti ais, washing machine, dapur gas, tilam dan bantal. Student ni bayar sewa lump sum satu sem. Contohnya kalau satu sem tu 4 bulan jadi total dorang bayar RM2400. Students ni biasa menyewa ramai-ramai. Jadinye sorang sikit jela bayar.

Sepanjang dorang menyewa tu memang jarang husb pegi tengok. Sekali dua je kot. Maklumla duduk jauh. Sehinggalah yang last menyewa keluar. Bulan 4 ke 5 haritu aku tak ingat. Husb suruh aku pegi tengok rumah macamana. Bersih-bersihkan sikit sebelum iklankan untuk sewa lagi...

Aku pun pergila dengan Ayah aku. Bawakla penyapu, mop, pencuci tandas etc. Dalam kepala bayang rumah tu berhabuk sikit-sikit jela sebab penyewa baru je keluar. Sekali ko tahu... Rumah tu macam tongkang pecah! Mengucap panjang aku bila masuk huhu.. Dengan sampah sarap bertimbun-timbun. Mostly buku dan baju. Spender pun ada huhu.. Tandas aduhh teruk gila macam tak pernah sental. Dapur lagi dasyat. Peti ais busuk gila! Siap ada bekas air yang tak tau dari zaman bila. Tengok keadaan tu Ayah aku cakap dorang ni hidup macam takde tamadun huhu.. Macamanala boleh duduk dalam keadaan kotor gitu. Oh penyewa ni sume student lelaki. Student perempuan tak pernah sewa.

Aku bagitau husb yang masa tu kat Sabah. Dia kata jangan buat apa-apa. Tunggu dia balik nanti dia ajak anak buah dia bersihkan rumah tu. Kebetulan husb balik tak lama lepas tu. Dia la yang pergi bersihkan satu rumah. Buang segala sampah. Penuh satu Triton sampah tu. Washing machine pun rosak so husb buang je. Tilam bantal semua pun buang. Dah takde rupa tilam dah pun huhu.. Yang tu memang expected dan husb memang nak beli tilam baru sekali dengan katil.

Husb beli katil 2 tingkat letak di setiap bilik. Washing machine pun dia beli baru. Dah kemas cantik-cantik dia iklankan dalam Mudah.my. Alhamdulillah memang cepat je orang respon. Ramai yang tanya nak sewa. Kalini ramai student perempuan yang call. Dan ada satu family. Yang family ni macam serious sikit nak sewa. Husb masa tu kat Sabah. Aku kat kampung. So yang discuss tu husb jela. Dia ada tanya aku, ok ke kalau bagi sewa kat family? Aku awalnya rasa macam berat hati jugak. Tak tau nape. Maybe sebab sebelum ni biasa bagi kat student. Bila family nak duduk ni lain pulak rasa. Tapi bila pikir-pikir ok jugak. Mana lah tahu kalau family ni dorang jaga rumah dengan baik sikit. Aku serah pada husb je untuk buat keputusan.

Beberapa minggu sebelum raya husb bagitau aku yang family tu dah confirm nak menyewa. Dia akan masuk rumah 2 minggu sebelum raya. Family ni dorang sebelum ni dok kl. Ni nak balik dok Kelantan for good. Yang selalu dok WhatsApp dengan husb ni sang isteri. Dorang husb n wife ni katanya keje sendiri je. Ada anak 3 org. Wife tu sebaya dengan husb. Dorang mintak husb turunkan sikit sewa. And I am not sure why husb setuju. So dari RM600 husb turunkan pada RM500. Deposit pulak husb just mintak sebulan. Aku tak setuju sebenarnya sebab rasa macam sikit sangat. Kalau jadi apa-apa, kita yang tanggung. Kalau amik 2 bulan at least dia pun tak berani buat hal. Tapi husb cakap dia kesian kat orang tu. Lagipun nak dekat raya. Sure banyak nak pakai duit. So okla.. Aku ikut jela.. Aku suruh husb buat proper agreement. Supaya takde hal berbangkit. Husb balik time raya nanti kitorang plan nak jumpa.

As planned, sebelum raya family tu dah masuk. Husb banyakla dok berwhatsapp dengan akak tu. Dia bagitau kerosakan² semua. Husb suruh dia baiki dulu nanti tengokla macamana. Potong sewa ke macamana. Then one day dia inform tangki kumbahan kat rumah tu tersumbat. Katanya sisa kumbahan membuak-buak keluar dari tangki dan masuk dalam longkang depan rumah. Bau busuk so dia takleh nak duduk rumah tu. Dia siap mintak plan rumah dengan husb nak tengok macamana piping untuk sisa kumbahan tu. Sebab dia kata kadang-kadang ada bau busuk keluar dari sinki. Husb macam pelik jugakla kenapa tiba-tiba ada masalah sisa kumbahan ni sebab sepanjang students menyewa dorang takdela pulak bagitau. Husb kata takpe, tunggu dia balik. Nanti dia tengok.

2 minggu lepas raya husb balik. Kitorang pegila ke rumah tu jumpa dengan penyewa tu sekeluarga. Tengok pada gaya macam orang baik-baik. Peramah juga orangnya. Tak berhenti dok cerita pasal masalah tangki kumbahan tu. Dok ulang-ulang bagitau dia takleh nak duduk kalau tersumbat macam ni. Busuk dan geli katanya. Aku dengar pun macam kesian. Yela aku pahamla. Kalau aku pun takleh duduk. Lagi dengan ada anak-anak. Of course tak selesa. Dia kata sementara takleh duduk kat rumah tu dia duduk rumah mak dia. So bincang-bincang husb suruh dia cari org yang boleh baiki. Tentang kos takpe nanti bincang kemudian. Dan memandangkan dia tak duduk rumah tu husb cakap tak perlu sign agreement lagi, tak perlu bayar depo dan sewa lagi. Sehinggalah masalah kumbahan tu selesai. Husb serahkan kat dia 100% la urus pasal tu sebab kami dah nak balik Sabah dah.

Kitorang balik Sabah hujung bulan 7. Tengah bulan 8 ada la husb whatsapp dia tanya progress. Dia kata haritu dah ada orang datang buat tapi masih tak OK. Tapi nanti nak buat lagi. Husb ok jela.. Tak lama pastu macam senyap je. Husb pulak bz. Dia tak sempat nak follow up. Sampaila hujung bulan 9 baru ni. Aku la yang tanya husb macaman dengan rumah tu sebab macam lama sangat je. Aku suruh husb tanyala dah ok ke belum. Kalau dah OK orang tu bolehla start bayar sewa. Kalau tak OK jugak aku rasa better dia serah kunci dan cari rumah lain. Dia tak rugi. Kami pun tak rugi. So husb call la. Tapi tak dapat. Masuk voicemail. Whatsapp pun sama. Ada satu tick je. Aihh kami dah rasa lain macam dah. Takpe relax. Pikir positif maybe takde line sebab dia pernah bagitau husb rumah Mak dia memang line problem sikit. Esoknya call lagi. Masih sama. Lusa pun sama. Aihh memang lain macam. Aku cakap dengan husb ke hp dia rosak? Hilang semua no? Tapi takkanla dia takde catat kat mana-mana no husb. Wallahualam. Aku suruh husb bagi tempoh 2 minggu. Kalau dalam masa tu takleh contact jugak, kena amik tindakanla. Then memang takleh contact pun.

Husb suruh anak buah dia gi tengok. Kalau takde orang dia suruh mangga je pintu rumah dan pagar.

Jumaat lepas anak buah husb pergi. Dia kata orang takde tapi ada kain berjemur. Maknanya ada orang dudukla kat rumah tu. Husb suruh anak buah beli mangga. Hanginla dia sebab haritu beria kata takleh duduk ape semua. Ni tiba-tiba ada kain berjemur siap ni ape cite. Anak buah pegila beli. Bila datang balik kebetulan orang tu dah ada kat rumah.

Anak buah husb tanyala, dah lama ke duduk sini? Dia macam terkejut jugakla. Dia kata baru je. Anak buah husb call husb dan akak tu pun cakapla dengan husb. Dia kata hp dia rosak. Habis semua nombor hilang. Sekarang dah guna nombor baru. Tak tahu nak contact macamana. Dia cuma berharap husb akan hantar orang datang tengok. Dia bagitau dia duduk jarang-jarang je. 2,3 hari sekali. Sebab tangki kumbahan tu tak settle lagi. Husb pun cakapla dia nak kunci balik lah dah kalau tersumbat lagi. Tapi akak tu macam reluctant. Dia kata nanti dia bincang dengan suami dia.

Anak buah husb tanya husb, boleh percaya ke dia ni sebab nampak lain macam. Dengan anak buah pun dia banyak cakap belit-belit. Sikit-sikit cerita pasal tangki tersumbat tu. Macam nak tukar tajuk. Ada rasa sangsi sikitla anak buah cakap. Husb dia ada je dalam rumah. Sekejap-sekejap intai kat tingkap. Tak keluar pun tanya kenapa.

Husb bila dengar macam tu terus call balik akak tu dan minta dia serah kunci dalam masa seminggu. Dia tanya husb aku, anak buah nak sewa ke? Husb cakap tak. Lepas ni dah tak bagi sewa sebab tangki tu kan tersumbat. Mana boleh bagi orang sewa. Dia kata takpe. Dia sanggup duduk dan bayar sewa. Pulakkk.. Haritu beria cakap dengan aku takleh duduk. Bau busuk. Geli taik terapung-apung kat porch.

Kalini husb tegas, tak nak bagi sewa dah. Minta serah kunci dalam masa seminggu. Dia minta 2 minggu untuk pindah barang. Husb argue la dengan dia. Kata tak duduk rumah tu tapi kenapa ada barang? Husb agak dia sebenarnya dah duduk kat rumah tu sepenuhnya tapi cakap duduk jarang-jarang. Eh duduk jarang-jarang pun sepatutnya kena bayar sewa jugak kan? And u know what lepas dia setuju nak serah kunci dalam masa seminggu tu dia takde cakap pun nak bayar sewa ke apa. Mula-mula tadi beria kata nak bayar. Husb pun malas nak mintak. Dia tak nak panjang-panjang cite.

Husb frust jugakla dengan kes ni. Malam tu dia takleh tido sebab banyak fikir. Tak sangkala katanya. Dia buat baik dengan orang. Banyak tolak ansur tapi orang buat macam ni pulak. Agaknya tangki kumbahan tu tak tersumbat pun sebenarnya. Yela kan. Kalau dah berbulan tak settle patutnya dia kena la start cari rumah lain. Kan kata tak boleh duduk rumah busuk? Huhu tak tau la aku dorang ni macamana sebenarnya.

Tengokla Jumaat depan nanti macamana keadaannya bila anak buah husb pegi amik kunci. Husb dah suruh akak tu settle bil letrik. Make sure takde tunggakan. Dan make sure juga barang2 kami (peti ais, washing machine dan katil) tak rosak. Dia reply OK je kat WhatsApp. Harapnya memang okla nanti.

Kami sebenarnya tak nak la pikir bukan-bukan pasal orang ni. Tapi bila dah jadi macam ni rasa serik pulak huhu. Husb kata pasni biar kosong jela. Mintak tolong anak buah husb g tengok sebulan sekali ke. Tengokla macamana..

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. Amal better suruh anak buah g check cepat..takut dia pindah kluar kang ngan barang2 umah sedia ada sekali plak....dah rugi kat situ

    ReplyDelete
  2. herm ni sama makhluk dgn barbie ni...huhu org² gini la yg buat kita jd ssh nk bersangka baik dgn org...hehh dia ingat korang takde relatives ke duk sana wpn korang jarang balik kg?? sabo je lerr...betul ckp kayrul check bebetul kang dgn perabot korang sekali deme angkut...gigih aku bc kisah ko ni...kot boleh amek iktibar memana...sabo ye lin... :)

    ReplyDelete
  3. Panas hati je baca kisah wani ni..ade jugak spesis gitu ye..mmg sengaja je la kl dh mcm tu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...