Tuesday, October 6, 2015

Peti Ais Baru!

Assalamualaikum.

Perkakas elektrik dalam rumah ni esp yang besar-besar macam peti ais dan washing machine semuanya dari zaman encik husb duduk sendiri. Masa kami awal kawin memang dok guna pakai yang tu. Tak beli baru pun. Buat apa nak beli baru kalau keadaannya elok lagi. Walaupun dah macam outdated ke apa but still masih boleh digunakan.

Peti ais tu satu pintu je. Pastu kalau freezer dah beku, penuh ais, kena tekan defrost. Nanti ais tu cair kena keluarkan pulak air kat bhgn bwh peti tu. Leceh kan? Tapi takpelahh, syukur apa yang ada. Aku memang tak pernah mintak nak beli baru pun. Husb sendiri yang nak tukar. Sebab dia tahu peti ais tu kecik esp freezer. Selalu tak dapat nak beli lauk mentah banyak-banyak sebab tak muat. Ahli keluarga dah bertambah ni jadi dia cakap, it's time to change!






Peti ais lama. Ni dah siap-siap cuci, kasi wangi. Pastu iklankan dalam Mudah.my. Alhamdulillah dah selamat dijual dah pun dengan harga RM200. Aku tak tau berapa usia peti ni. Lupa nak tanya husb. Dah berbelas-belas tahunla kot. Tapi alhamdulillah peti ni memang elok. Sejuk elok lagi. Orang yang beli tu datang tengok dan puas hati. Dia kata memang sejuk dan rak-rak kat dalam tu pun masih dalam keadaan baik. Semoga selamat lah peti ais ni kat rumah tuan baru. Terima kasih kerana telah banyak berjasa kepada kami. Huhu sedih pulakk rasanya..






Peti ais baru. Beli kat Courts Mammoth. Sebelum beli tu kitorang survey jugak kedai lain tapi Courts paling murah. Amik yang sedang-sedang je. Cukupla untuk kami berempat. Freezer tu memang cukup luas dah. Buh ayam 3 ekor pun lega lagi. Tak nak beli yang besar sangat sebab kami ni kan hidup berpindah-randah. Susah nak angkut nanti. Oh harga peti ais ni ku dah lupa laa.. Around RM1500++ kot. Serious lupa tapi memang tak sampai RM2k. Kiranya within our budget lah.

Next husb kata kumpul duit nak tukar mesin basuh pulak. Nak amik mesin auto yang besar gedabak, boleh basuh toto. Tak payah hantar dobi dah. Dobi kat sini kalau toto dia kira kilo. RM5/kg. Haritu basuh toto 2 bidang kena RM35 hoho.. Tu husb kata baik beli mesin basuh yang besar terus pastu buat bisnes dobi toto hihi..

Tapi aku cakap dengan dia nanti jela beli. Aku suka mesin basuh sekarang. Semi auto. Senang aku nak basuh cloth diaper hehe.. Lagipun mesin tu elokk je lagi walaupun fizikalnya dah uzur. Pintu atas dah takleh tutup so terbuka macam tu jela. Shaheem suka tengok kalau ada baju tengah basuh. Masa baju tengah pusing-pusing tu dia akn cakap, "mamaaaa... Lemasla baju Shaheem ni. Kesian diaaa.." Hahaha.. Anak oh anak!

posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. cantik peti amal..lebih kurang peti kita tapi ciknaa sharp..huhu..suka hitam sbb tak nampak kotor..hihi

    ReplyDelete
  2. Berbaloi dengan harga nye amal..puas hati kan boleh simpan banyak barang..kat sini pun dobi agak mahal..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Berbaloi luas...kayrul pun dulu guna peti ais dari zaman bujang..bila anak dah bertambah baru tukar yg lebih besar

    ReplyDelete
  4. Line siput sedut la wani,..huhu...tp try jugak komen....comel peti baru tu...hehe...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...