Tuesday, September 15, 2015

Wallpaper Menceriakan Dinding Rumah!

Assalamualaikum.

Tajuk tu poyo je kan haha..

Encik husband la ni tetiba je nak cat dinding rumah katanya. Aku cakap dengan dia, boleh ke nak cat?? Sebab kita kan duduk kuarters.. Dia konfiden jawab, boleh je.. Pastu aku cakap dengan dia, daripada cat baikla tempek wallpaper. Takdela berbau. Corak pun cantik-cantik.

Aku tunjuk kat husband entry Ciknaa yang Ciknaa tampal wallpaper kat dinding rumah dia tu. Tq Ciknaa bg inspirasi hihi.. Dia tengok dia pun teruja. Terus ajak aku g Kaison weekend tu. Weekend nak cuti Merdeka tu. Haii cite lama la ni ek, baru nak up kat blog hehe..

Kitorang pegi Kaison 1 Borneo. Kaison ni memang boleh buat orang gila kan haha. Macam-macam benda ada dalam tu. Kalau boleh nak borong semuaaa..

Kitorang beli wallpaper yang harga RM19.90 segulung. Panjangnya 45cmx10m kalau tak silap. Banyak gulung jugak kitorang beli sebab tak reti nak bajet. Habis dalam RM100++.



Sebelum pasang wallpaper dinding ni nampak kosong je..



Proses menampal wallpaper. Husband buat sorang je sebab aku kena jaga anak². Aku suh tunggu anak tido dia tak nak. Tak sabar katanya nak pasang.


Tadaaaa.. Dah siap




Dah siap pasang yang dekat TV tu kitorang pasang kat dinding tepi pulak.



Aku pilih corak ni. Saje nak warna purple sebab nampak soft je hehe..






Ada sikit lg wallpaper lebih kami tampal kat dinding tepi pintu masuk.

Bila dah tampal wallpaper ni rasa macam kecik pulak rumah.

Aku sejujurnya tak pandai nak deco rumah. Frame satu pun takde tergantung kat dinding rumah. Husb dia malas sikit bab nak drill ni. Maybe sebab dok rumah kuarters. Malas nak tebuk lubang. Kalau pasang wallpaper ni OK lg katanya.. Tapi tengokla macamana. Nak jugak ada frame gambar kat dinding tu.

Wallpaper ni banyak kegunaan. Tak terhad utk tampal di dinding saja. Ada yang tampal kat almari, kat meja, kat peti sejuk. Mana-mana pun boleh. Ikut kreativiti masing-masing. Pegila terjah Kaison ye. Daaaaa

posted from Bloggeroid

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...