Thursday, September 10, 2015

Suri Shafina Demam

Assalamualaikum,

Malam-malam buta camnila baru dapat update blog. Inipun guna hp. Laptop memang jarang dah aku on. On bila nak login m2u atau cimbclicks je. Selalunya time hujung bulan. Check duit elaun & duit kutu dah masuk ke belum. Ermm update tetengah malam ni ada ke yang nak baca ni? Haha soalan mengadee..

Anyway.. Shafina demam harini. Kesian dia. Mulanya dia selsema. Jangkit dengan abang Shaheem. Pastu tgh malam semalam masa tido tu aku rasa badan dia panas. Tapi aku macam mamai-mamai sebab aku makan ubat selsema jugak sebelum tido tu. Aku rasa lepas aku rasa badan dia panas tu aku tido semula. Bad mama kan huhu. Sedar-sedar dah cerah pastu tengok dah ada tuala basah kat kepala Shafina. Abahnye yang letak. Huhu mujur ada encik husband. Tenkiu me love. Sorila mama tido mati smlm. Gara-gara ubat huhu..

Pastu harini dia merengek jela. Hisap susu pun jarang sebab hidung dia tersumbat. Abahnya pagi-pagi dah breakfast cendol (read:hingus). Haha. Sebab kesian sangat tengok Shafina cam tak cukup nafas dia rela hati sedut hingus Shafina. Kihkihkih.. Bukti kasih dan sayang seorang Abah...

At first aku just lap-lap badan dia dengan kain basah. Mandikan dia banyak-banyak kali. Tapi petang tadi macam makin panas je badan dia so aku bagi dia minum ubat. Alhamdulillah dia minum. Walaupun hujung-hujung tu dia luah balik hehe.

Alhamdulillah lepas makan ubat dia dah OK. Terus tak demam. Malam ni dia kembali aktif. Merangkak sana sini. Kalau tak asyik nak beriba je. Mujurla demam dia tak melarat. Harapnya esok esok dah tak demam la. Susah hati mama tau sayang..



Nak tumbuh gigi ke Shafina ni? Air liur meleleh-leleh..







Nangis sebab takmau dok bawah. Nak duduk atas riba mama huhu..





posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. ade je orang bace wani.. kebetulan br update blog gak ni hehehe

    semoga baby cpt baik

    ReplyDelete
  2. alahai sian nye..cepat sembuh tau syg..demam nak besar ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...