Thursday, September 17, 2015

Dokumen Perjalanan Terhad Shafina

Assalamualaikum,

Last week kami ke Jabatan Imigresen untuk buat Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) Shafina. Kitorang ke sana dalam pukul 12 tengahari. Silap jugak pergi time tu sebab kaunter banyak tutup. Kedai nak fotostat dan amik gambar passport pun tutup. Kena la tunggu sekejap.

Dokumen yang diperlukan utk buat DPT anak ni ialah satu salinan fotostat ic Mak/Bapa/Penjaga, satu salinan fotostat surat beranak anak dan 2 keping gambar passport anak. Salinan asal pun kena bawak jugak sebab nanti dia nak tengok..


Gambar passport Shafina

Haritu panassss jugakla rasa sebab pukul 2 pun masih banyak kaunter tak buka. Orang pulak boleh tahan ramai. Daripada 9 kaunter, 2 je bukak. Huhu.. Dekat pukul 3 baru settle semua.

Bayaran DPT ni RM5 je utk 5 tahun dan siap dalam masa 5 jam. Memandangkan kitorang punya lambat settle maka the next day baru boleh amik.











Jadi lepas ni kat airport, Imigresen akan cop dalam ni tanda keluar/masuk Sabah. Tak perlu bagi slip kertas tu dah..

posted from Bloggeroid

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...