Sunday, September 6, 2015

Daripada Dia Kita Datang, Kepada Dia Kita Kembali

Assalamualaikum,

2 hari lepas aku dapat berita photographer wedding aku dulu dah meninggal. 2 minggu lepas. Lung cancer.

Terkejut. Serius aku terkejut dengan berita tu sebab aku tak pernah tahu pun dia sakit. Bila buka balik FB dia memang takde pun dia update dia sakit ke apa.

Sedih pulak rasa. Walaupun aku takdela kenal dia sangat. Kenal masa wedding tu jela. Kawan sekolah aku dulu yang recommend dia. Aku masa tu memang takde cari op lain so just amik je dia. Kira last minute jugakla. Keje dia pun ok. Dia jenis easy going. Kelakar. Banyak cakap. Even mak aku pun still ingat dia. Mak cakap masa hari akad nikah tok imam datang lambat. Arwah la yang dok layan sembang dengan mak. Sikap dia yang easy going tu la buat aku senang bekerja dengan dia walaupun langsung tak pernah kenal.

Gambar-gambar yang dia amik pun ok. Aku memang serah kat dia 100% untuk buat photobook tu. Aku memang tak campur tangan. Alhamdulillah hasilnya aku puas hati.

Ni entry aku cerita pasal photobook wedding http://amalini.blogspot.my/2011/09/photobook-wedding-sudah-dapat.html

Kawan aku cakap dia sakit lama dah. Dalam 2, 3 tahun dah. And guess what, dia kena lung cancer tapi dia tak merokok pun. Ermm.. dia tinggalkan seorang isteri dan 3 orang anak. Kecik-kecik lagi. Semoga mereka kuat dan tabah menghadapi kehilangan ni.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah Abang Han.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...