Saturday, August 22, 2015

Back At Home

Assalamualaikum,

Yeppp.. We are back at our home sweet home! Keluarga kecil kami dah kembali bersatu di bawah satu bumbung. Alhamdulillah.. Dah seminggu lebih dah. Both Shaheem and Shafina are doing well. Alhamdulillah dorang takde demam ke ape. Risau jugak sebenarnya sebab cuaca kat sini dengan Semenanjung lain sikit.

Naik flight haritu pun alhamdulillah semuanya okay. Shaheem very well behaved. Shafina tak duduk diam haha. Mulut bising. Aku suap dia makan, bagi susu pastu baru tido. Cek mek molek tu kuat makan yang amat! Lama jugak dia tido. Nak dekat landing baru bangun. Flight lebih kurang 2 jam 30 minit. Masa flight tengah descend tu telinga aku sakittt yang amat. Husband pun sama. Shaheem too! Dia dok tarik-tarik telinga dia. Sakit katanya. Muka cuak habis tapi dia maintain cool. Tak nangis. Suri Shafina lagi selamba. Senyum je. Agaknya telinga dia tak sakit. Lega sikit aku.


Shafina pun pakai seat belt jugak hehe


Tak duduk diam. Suka nak intai orang kat belakang


Abang Shaheem dapat hadiah dari abah! Beli atas awan ni hehe. RM60. Balik rumah yang kecik-kecik hilang entah ke mana. Mama redhaaa..

Adik aku pun ikut sekali balik Sabah. Tapi dia datang seminggu je. Saje jalan-jalan. Tapi sebenarnya tak jalan mana pun cos husb keje. Kitorang sempat bawak dia tgk sunset kat Sutera Harbour Resort, makan seafood kat KK, shopping kat uptown KK, shopping kat Tamu Tuaran, masuk base navy. Ermmm mana lagi ek, tu je kot? Haha punye bosan aktivitinya. Banyak duduk rumah je. Takpela, next time datang lagi, insyaallah kita gi jalan-jalan tempat yang lebih best.

Masa maksu ada mama relaxxxx je. Nak berak, nak kencing, nak gi dapor, nak mandi, nam jemur kain. Relaxxxx.. Maksu ada tolong tengok-tengokkan anak-anak. Tapii.. Bila mak su dah balik, the challenge begins haha..

Susah jugak nak buat keje sebab Shafina ni jenis takleh nak berenggang sangat dengan aku. Tapi ada masa dia boleh duduk diam sorang-sorang main apa-apa mainan. Kadang-kadang kalau aku kat dapur, aku suruh Shaheem tengok Adik. Tapi takleh harap sangat tu. Kang jap lagi dengar Adik meraung. Abang meraung. Kuat gaduh dua tu! Grrr.. Selalunya time Shafina tidola aku cepat-cepat buat keje. Susah nak handle sorang ni tapi takpe, lama-lama okla ni kan?huhu.. Be strong mama!


Suka dok depan TV


Shafina kuat makan!


Abang Shaheem naughty boy!


Adik tidur atas abang hehehe

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...