Friday, January 16, 2015

Assalamualaikum,

Awal bulan haritu Mr pumpkin dan kawan-kawan krew kapal KD Perak ditugaskan untuk menyertai operasi menyelamat (SAR) kapal terbang Air Asia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa.

Masa husband bagitau dia kena pegi tu aku terkejut juga tapi lepas tu redha je. Dah tugas dia. Dan aku sebagai isteri kena berkorban sama. It's ok, when you marry a navy, you must be ready to let him go run his duty.

Aku cuma pesan kat dia kena ready mental dan fizikal sebab nak belayar jauh tu satu, satu lagi operasi yang dia buat ni bukan operasi biasa. Kemungkinan dia akan berhadapan dengan mayat mangsa nahas tu tinggi. Keadaan mayat tu mesti dah berbau ape sume. Dan memang betul pun. Sepanjang operasi KD Perak berjaya menemui seorang mayat.

Seminggu lebih juga tak dapat khabar berita dari dia. Rindu tak payah cakapla. Rindu gila gila hehe.. Sebelum ni duduk jauh at least boleh cakap telefon, WhatsApp 24/7. Dah duduk tengah laut mana la nak ada line telefon kan.

Mujurla page Navy The Best kat Facebook tu ada jugak update pasal operasi tu.







Husband bagitau dia yang hujung sekali tu hehe



Oh macamana husband bagitau? Dia dah balik dah. Alhamdulillah semalam dapat call dari dia. Sekarang dorang masuk jeti di Tanjung Pengelih, Johor. Happy sangat dapat dengar suara dia. Alhamdulillah dia sihat. Banyak benda nak cerita katanya. Harapnya balik KK nanti dia dapat cuti. Tapi macam tak je sebab dia cakap next operasi kena pegi Lahad Datu pulak. Ermm takpelah. Saya sedia berkorban hehe..

Tak mudah berjauhan dengan suami ni. Especially dengan anak kecik. Yang sorang tengah nak membesar, sorang lagi baru nak kenal dunia. Sangat susah nak handle sendiri. Malam-malam kalau Shafina lambat tidur, aku selalu sedih. Kalaulah husband ada, mesti dia teman aku berjaga. Kalau jelaa..

Tapi takpelah. Tak lama dah husb nak pencen. Lagipun aku sekarang duduk kat kampung dengan family. Ada jugakla peneman di kala sunyi hehe











Sebelum belayar husb upload gambar ni kat moment wechat :') Insyaallah I will always be with you dear hubster. Supporting u all the way!

Because...




posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. Emi bangga tau ada kawan setabah wani! kalau emi, xtahu lah gano. huhu

    ReplyDelete
  2. Touching jer part last2 tu...semoga kebahagiaan terus menjadi milik kalian...;)

    ReplyDelete
  3. Sedih baca amal.. Dulu ciknaa ada sahabat baik keje kapal jugak.. Mcm2 cerita dengar dr dia.pape pun isteri pelaut sgt mencabar..proud of u mal..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...