Thursday, August 28, 2014

Shaheem dan Spender hehe

Assalamualaikum,

After seminggu Shaheem dah berjaya poo & pee di toilet, aku belikan dia spender kartun. Kemain suka dia. Salah satu sebab aku beli spender ni sebab aku takmo dia asyik dok pegang bebird dia tu tiap kali berjalan. Mesti dia rasa pelik ape 'benda' yang berhayun-hayun dalam seluar tu kan huahua.. Makanya kita pakaikanlah spender supaya 'benda' itu berada di dalam keadaan kemas hehe...

Auww seksi kikiki

Buat masa sekarang Shaheem baru ada 7 helai spender. Tak tau nape tiap kali pegi kedai mesti rasa macam nak beli spender banyak-banyak haha.. Comel comel wehh.. Aku beli saiz 3-4y. Tak jumpa cari yang 2-3y. Beli kat Tesco macam besar sikit. Beli kat Mydin kecik sikit. Tapi material best yang Tesco sebab kain dia tebal. Dan lebih berkualiti. 

Sekarang dah macam wajib pakai dah spender ni. Kalau let say semua spender dia tengah basuh mesti dia akan rasa pelik kenapa tak pakai. Asyik tanya, "mana basder?"

Kalau kita tanya dia, "Shaheem, mana spender?" Dia akan turunkan seluar dia dan cakap, "jeng jengg.." hahaha.. naughty sangat!

Shaheem sekarang pakai diaper time tido jela. Inipun aku tengah berkira-kira nak stop pakaikan diapers malam-malam. Lagipun bekalan pampers yang sedia ada tu dah nak habis. Tak tau nak beli baru ke tak. Erm nak ajar yang malam ni susah sikit. Aku kena banyak korban masa tidur. Kena selalu bangun check dia kencing atau tak. Kalau kencing kena tukar seluar dia. Takkanla nak tido basah-basah kan? Hmmm rasa macam tak rajin je nak buat haha.. Shaheem memang akan kencing dalam tidur sebab sebelum tido dia menyusu dulu. Nak bawak pegi toilet memang susah sebab dia memang akan terus lena lepas hisap susu tu. 

Pasal tilam basah ke ape aku tak risau sangat sebab aku ada Waterproof Sheet Protector ni..

** Contoh **

Alas ni betul-betul waterproof. Anak kencing banyak-banyak kali pun tetap kering cadar tu. Tak bocor langsung. Saiz dia ngam untuk katil single sebenarnya. Tapi kalau untuk queen atau king bed pun boleh je. Macam gambar contoh tula. Walaupun separuh je tapi dia tak bergerak-gerak. Akak ipar aku guna pun dia puas hati. Nak basuh pun senang. Basuh macam biasa je. Cuma takleh guna pelembut macam Downy atau Softlan tu. Tak tinggal bau hancing pun after basuh tu. Bila basuh banyak-banyak kali lagi bagusla penyerapan dia. So untuk Shaheem aku akan gunakan alas ni, insyaallah. Nantila bila roh rajin untuk diaper free malam datang ekekeke...

Eh, aku ada jual tau alas ni hehehe... Recommended sangat untuk mommies yang tengah toilet train anak day and night especially. Harga biasa aku jual RM60 termasuk pos Semenanjung Malaysia. Tapiii... untuk readers blog aku ni, aku bagi special price RM55 je termasuk pos. Plus FREE laundry net. Provided masa nak order tu korang bagitaula korang dapat tau pasal alas ni dari blog aku. Then aku akan bagi special price ni. Ok :) Boleh SMS/WHATSAPP 014-8224228 atau email je alwani.amalini@gmail.com.

Haha jangan marah aa. Acik amik kesempatan meniaga pulakk :P
Haa ni contoh pasang kat katil single. Memang ngam-ngam :)


Wednesday, August 27, 2014

Wednesday, August 20, 2014

Selamat Belayar Sayangku!

Assalamualaikum,

Dalam bulan puasa haritu husband dapat draft order. Pindah ke kapal pulak... Aku mula-mula dengar tu terkejut jugak. Dahla naik kapal. Kapal KD Perak pulak tuu.. Kapal yang memang selalu keluar belayar. Ingat lagi masa dok minum-minum petang, tiba-tiba bunyi siren, bunyi pengumuman mintak sume krew kapal KD Perak untuk melaporkan diri kat kapal sebab ada operasi. Masa tu terlintas dalam fikiran aku, kesiannya kat anak bini. Baru nak habiskan masa dengan suami dah kena panggil bertugas pulak. Nahhhh, amik.. Sekarang giliran aku pulak untuk rasa semua tu. Huhu.. tabahlah hati. Itulah harga yang perlu dibayar bila dah berkahwin dengan anggota keselamatan ni kan. 

KD PERAK


Husband ada tanya perasaan aku. Aku ok je hehe.. Memangla terkejut sebab macam tiba-tiba je. Tapi dah memang rutin tu. Lama dok darat kenala dok laut pulak. Husband pun dah nak pencen dah. Redah jelaaa... Aku sebagai isteri kenala sokong. Nak tak nak memang kena terima lah. Takkanla aku nak bantah pulak. Dah memang nature keje dia macam tu. 



Anyway, tadi husband bagitau kapal dia akan masuk base Lumut untuk beberapa bulan. Yippieeee! Aku memang happy sangat-sangatla haha.. Kalau dok Lumut ni takdela rasa macam jauh sangat. Weekend boleh balik kampung hehehe.. Perak-Kelantan dalam 5 jam lebih kurang. Katanya mungkin 3 bulan dok Lumut. Kalau 3 bulan memang sempatla sampai aku bersalin nanti. See, ada hikmahnya juga aku balik kampung awal-awal ni. Takdela ditinggalkan kat Sabah nanti. Cantik sungguh perancangan Allah ni kan :) Cerita lepas bersalin tu nanti-nantila kita pikir ye..

Insyaallah esok pagi husband akan belayar. Mungkin ambil masa 5 hari untuk sampai ke Lumut. Huh 5 hari tanpa khabar berita. Maklumla, tengah laut mana nak ada line telepon kan? Semoga aku tabah haha.. Aku ni kalau sehari husband tak mesej atau call pun dah tak tentu arah. Overrr sangat tauu haha.. Takpela, kena biasa-biasakan diri la ni.. 

Semoga Allah lindungi perjalanan suamiku dan kawan-kawannya. Semoga selamat sampai ke destinasi. Dipermudahkan semua urusan. Insyaallah. Happy sailing my sailor!

Monday, August 18, 2014

Shaheem Dah Diaper Free! :D

Assalamualaikum,

Handsome boy mama & abah

Alhamdulillah, my baby dah tak pakai pampers dah siang-siang hari. Pakai time tidur je. Tu pun tunggu dia tido baru aku pakaikan. Oh my baby dah besar! Sekarang kalau ada iklan pampers kat tv aku akan cakap dengan dia, "pempis tu baby je pakai. Shaheem dah besar. Dah big boy. Big boy syin dalam bilik air. Dah tak pakai pempis dah..." Shaheem diam je. Dia paham kot hehe..

Macam tak percaya je dia dah diaperless. Semuanya berlaku tiba-tiba je. Aku takde ajar-ajar ke ape. Last aku ajar dia masa dia umur setahun setengah dulula. Tapi gagal di tengah jalan sebab aku tak sabar. Cepat naik angin bila dia terkencing dalam seluar. Pastu dia buat peel pulak tak nak masuk bilik air. Last last aku give up. Shaheem pun suka la mama tak paksa-paksa hehe..

Kali ni dia sendiri yang tiba-tiba nak. 

Sebenarnya balik-balik je kampung ni dia memang ada buat peel tak nak pakai pampers. Lepas mandi je mesti berperang tak nak pakai baju, tak nak pakai pampers. Nak bogel togel. Eeee geramm.. Aku selalu marah-marah dia la. Aku selalu cakap kat dia, "Shaheem kena pakai pampers sebab Shaheem tak pandai bagitau mama lagi Shaheem nak kencing. Kalau Shaheem kencing atas lantai siaplaaaa..." Haa aku siap warning lagi tu. Benda ni berlarutan sampaila abah dia balik. Abah dia balik pun sama jugak mengamuk-ngamuk tak nak pakai. Grr tak tau ape masalah. Dan dia memang ada terkencing atas lantai sekali tu. Haa membebel-bebel la mama ni kan.. 

Sehinggalah hari abah dia dah nak balik Sabah semula. Aku pegi klinik pagi tu. Balik-balik tengok dia dah bangun, dah mandi dan bogel. Abahnye jenuh memujuk. Siap ugut kalau tak pakai pampers dengan baju takleh ikut hantar abah kat airport. Tapi ada dia kesah? huhu.. Tiba-tiba masa dia tengah bogel tu dia jerit, "Abah, Shaheem syin!!" Panik abah dia. Mencari-cari kat mana dia kencing sebab lantai tak basah pun. Masa tu Shaheem dok kepit-kepit sambil jerit, "Shaheem syin, Shaheem syin!" Masa tu lah abah dia ajak pegi tandas. Masuk tandas je dia kencing. Bersorak gembira lah abahnye haha... Kitorang memang macam tu, kalau Shaheem kencing dalam bilik air memang kitorang akan sorak beria hehe.. Bagi dia semangat dan rasa bangga sikit sebab kencing dalam bilik air. Sepanjang bogel tu dua kali dia kencing dalam bilik air. Dan itulah permulaannya.....

Balik dari hantar abah kat airport, aku cakap dengan dia, "Shaheem nak syin cakap mama ye..." Dia jawab, "baik akak..." Haha, pengaruh upin ipin. Feeling muda mama bila Shaheem panggil akak kihkih. Dan alhamdulillah dia memang bagitau bila dia nak kencing. Siang tu memang bila nak kencing je masuk bilik air. Macam mudah sangat. Aku happy tauu. Yela dulu, kemain berperang. Sekarang tiba-tiba je ok. Dan tiap kali dia kencing dalam bilik air tu aku tepuk tangan, aku puji dia good boy, aku cakap aku sayang dia. Tengok dia senyum tu buat aku rasa bahagia dan sebak. Eh dah besar dah anak mama huhu..


Getting ready to sleep. Dah sleep baru mama pakaikan pampers.

Cuma malam pertama tu dia asyik terkencing dalam seluar je. Ada la dalam 2,3 kali. Pelik jugak aku, siang ok je. Maybe sebab malam tu dia ralit dok bermain dengan sepupu-sepupu dia. Siang hari dorang sekolah. Tapi aku tak marahla. Aku cuma cakap ulang-ulang kali, "nak syin cakap mama ye. Jangan syin dalam seluar. Sian seluar basah. Dah takde seluar dah..." Ahamdulillah Shaheem ni mudah paham kalau kita cakap banyak-banyak kali. Dan dia akan jawab, "baik akak" ulang-ulang kali jugak hehe..

Esoknya the whole day dia tak pakai pampers dan tak terkencing dalam seluar langsung! Good job anak mama :)

Action je lebih. Tak pandai kayuh pun :P

Aku hanya pakaikan pampers time dia tido je. Bangun pagi dia akan cakap, "mama Shaheem syin.." Maknanya dia nak kencing. Aku ajak dia pegi bilik air cepat-cepat walaupun dia pakai pampers. Means dia pahamla, siang hari bila dah bangun tido kena kencing dalam bilik air. Tak boleh dalam pampers. Pampers untuk kencing time tido je. 

Satu lagi masalah ialah time keluar. Haa masa mula-mula haritu dia macam confuse jugak. Kenapa tiba-tiba siang hari, tak tido, kena pakai pampers? Dia memang ye ye tak nak. Aku pun explainla ngarut-ngarut haha.. Aku cakap dengan dia, "kat kedai takde tandas sebab tu kena pakai pampers..." Haha pandaila kan menipu. Dia pun ikut jela, dah nak keluar kan. Kalau tak nak pakai takleh keluar pulak. Mama ugut haha.. Masa tu aku tak ready lagi nak bawak dia kuar tanpa pakai pampers. Sebab baru-baru lagi kan. Dibuatnya dia nak kencing time kat luar, haruuuuu...

Shaheem tak pakai pampers ni hehe

Tapi semalam aku try test. Bawak dia keluar pergi beli barang kat Tesco. Bawak siap-siap bekal pampers dan baju & seluar sepasang. Kot-kot terkencing dalam seluar hehe.. Nervous jugak aku. Banyak kali pesan, "nak syin cakap mama.." Masa kat Tesco tu dia dok pegangla bebird dia. Actually dia memang selalu pegang pun. Mungkin rasa pelik, ape yang berhayun-hayun dalam seluar ni? haha.. 2 jam kat Tesco dia bagitau maksu dia, dia nak syin, nak uk uk. Alamakkkk... Cepat-cepatla aku bawak dia pergi tandas. Dahla tandas tu jauhhhhhh... Risau betul aku takut dia terkencing dalam seluar. Masuk dalam tandas dia buat bunyi, "uwekkk uwekkk.." Hahahah, Saif Shaheem ni memang penggeli sikit orangnye. Kalau tandas kotor ke ape dia memang akan buat gaya nak muntah. Aku bukak seluar dia tapi sebab dia geli dia terus cakap, "timo syinnn...." Maknanya tak nak kencing. Sudah, takkan nak tahan sampai balik. Sakitla perut tu nanti. Aku pun pakaikanla pampers kat dia. Mujur jugak dia nak. Tapiii, balik rumah dia cakap nak syin lagi. Bukak-bukak pampers kering. Dia tahan jugak rupanya huhu..... Kesian Shaheem. Apa-apapun kira berjaya la tu kan keluar tak pakai pampers? Harap-harap lepas ni pun okla..

Pasal berak pulak memang payah sikit. Shaheem biasa berak sekali sehari. 2 hari pertama dia berak dalam seluar. Aku memang tak marah dia sebab faham, berak ni bukan macam kencing. Datang sakit tiba-tiba, mana boleh tahan-tahan. Tapi alhamdulillah la, after dah cakap ulang-ulang kali dia dah boleh berak dalam bilik air. Tapi dia macam takut-takut lagila. Takut sebab dia bleh nampak taik dia haha.. Sampai menangis-nangis kadang-kadang tu sebab takut. Ada ada je huhu...

Anyway, aku memang rasa senang hati sangat sekarang ni bila Shaheem dah diaper free. At least perbelanjaan untuk pampers tu dah berkurang. Dah tak luak mana dah pun pampers yang ada. Maklumla, pakai sekeping time tido je. Senang hati jugak sebab proses potty training mudah sangat. Letih memang letih sebab dia asyikla nak terkencing. Dengan keadaan aku yang tengah pregnant ni memang letih dan mengah sikitla. Tapi takpelah, susah susah dahulu, senang senang kemudian :) Cuma sekarang ni tinggal pakai time tido tu jela. Aku tanya mak aku macamana nak ajar. Mak cakap kalau malam ni tawakal je hehe.. Memang macamana sekalipun mesti ada toto atau tilam berjemur esok paginya. Tunggu dia dah besar sikit, dia boleh control atau boleh bangun untuk kencing. Takpelah, slow slow. Kita master yang siang hari ni dulu..

Alhamdulillah, at 2 years 5 months, Saif Shaheem is officially diaper free!



Friday, August 8, 2014

Travel Berdua dengan Saif Shaheem

Assalamualaikum,

Ini kisah balik kampung 5 Julai yang lepas. Aku berdua je dengan Shaheem, naik kapal terbang Air Asia dari Kota Kinabalu, Sabah ke Kota Bharu, Kelantan. Tiket aku beli dalam bulan 3 lagi kot. Lupe dah. Beli yang direct sebab malas nak naik waran. Malas nak gi KL dulu. Sebab kalau gi KL dulu nanti dari KL kena balik dengan kereta. Huii tak laratla aku nak duduk dalam kereta lama-lama. Dahla menumpang kakak aku. Kereta dia luas tapi dah campur anak dia 2 orang yang dah besar-besar, jadi tak selesa sikitla nak berjalan jauh. Balik raya pulak tu, jem laaa. Dan memang jem pun. Husband & kakak aku balik haritu amik masa 13 jam tau nak sampai KB. Fuhhh nasib baik aku dah balik awal-awal.

Mula-mula tu macam was was jugak ni nak naik flight berdua je dengan Shaheem. Takut dia buat onar dalam kapal terbang tu la. Sebelum ni naik masa dia kecik. Memang sangat behave. Take off je tidur. Landing baru bangun balik. Memang senangla. Tapi ni dah toddler, dah besar, aku risau jugakla. Risau jugak takut dia cari abah. Maklumla anak abah. 

Masa kat airport dia memang ngekor abah dia je. Nak beratur masuk departure hall dia dah mintak abah dukung. Adeii.. Aku tak bagi abah dukung. Kang dukung takmo lepas pulak. Abah dia pujuk slow slow, bagitau, abah work. Shaheem ikut mama jalan-jalan. Dia diam je.. Pastu aku pimpin tangan dia masuk. Lama kena tahan dengan abam Air Asia yang jaga tempat nak masuk departure hall tu. Kena sign surat mengatakan aku ngandung. Shaheem maintain pegang tangan aku. Sambil teruja tengok ada gambar kereta kat dinding. Dia dah lupe kat abah dah tu hehe.

Dah lepas imigresen semua tu kitorang pun masukla kat tempat menunggu. Flight takde lagi masa tu. Aku memang tak sebut langsung perkataan abah tu. Takut tersebut dia meraung lak cari abah haha.. Sampai macam tu sekali haa aku risau. Bila flight dah sampai tu berpimpin tanganlah kami, jalan nak naik flight. Mujurla Shaheem tak mintak dukung. Aku dahla galas beg satu kat belakang. Bimbit beg besar satu, berat almost 5kg. Dengan adik baby dalam perut lagi. Kalau tambah kena dukung dia memang sengetla aku haritu haha.. Good boy sangat Shaheem, jalan steady je. Naik tangga pun steady. Dia diam je. Maybe tengah nervous jugak hehe.. Dengan bunyi enjin yang kuat tu dia boleh buat relax cool je.

Masuk dalam flight aku suruh dia jalan dulu kat depan. Aku ikut dari belakang. Laluan tu kan sempit, mana boleh jalan beriringan. Seat kitorang nombor 19, agak belakang jugakla. Sepatutnya seat aku dengan Shaheem berselang dengan laluan. Alhamdulillah kebetulan seat sebelah aku kosong. Jadi dapatla kami duduk sebelah sebelah. FA pun suruh duduk je, takde masalah katanya.


Duduk je mama terus pakaikan seat belt. Alhamdulillah Shaheem ok je bila pakai. Maybe sebab dah biasa pakai seat belt dalam kereta. Gambar first tu macam nak solat pun ye haha.. Muka cuak tu..


Masa take off aku tanya dia nak milo tak? Aku ada bawak bekal air kotak milo siap-siap. Tapi dia tak nak. Aku nak peluk dia pun dia tak bagi. Nak tutup telinga lagila tak boleh. Ditepis-tepis tangan aku. Eksyen sangat tau. 

Dia sibuk baca flyers ni haaa... Khusyuk sebab ada gambar kereta. Shaheem dan kereta memang tak boleh dipisahkan. Minat sungguh. 


Alhamdulillah, kami berlepas dengan selamat. Sepanjang atas flight tu aku bagi dia makan biskut, minum air. Sembang-sembang dengan dia.. Pastu kan, dok sembang-sembang, aku pulak yang ngantuk haha.. Boleh aku terlelap. Shaheem dok tengok flyers tu lagi. Mak jenis apakah ini haha.. Aku kalau ngantuk memang susah betul nak tahan huhu.. Tapi, aku tidur-tidur ayam je sebenarnya hehehe.. 

Tersedar dari tidur tu aku tengok Shaheem pun dah terlentok. Aloooo syian sangat dia.. Flyers yang ada gambar car tu masih kat tangan. Kesian tengok dia terlentok macam tu aku pun tarikla dia nak suruh dia tido atas riba aku. Tapi Shaheem ni dia tak suka tidur terlentang. Dia suka menonggeng. Nahh menonggenglah dia hehe.. Tak kisahla. Yang penting dia selesa. Seat belt dia aku buka. Masa tu perjalanan kami baru dalam sejam gitu. Ada sejam setengah lagi nak sampai.

Lama jugak Shaheem tidur. Nak dekat landing aku kejutkan dia. Senang nak pakaikan seat belt. Kalau biar je dia tido nanti susah lak masa nak turun tu. Aku memang tak larat nak dukung dia. Kaki dah cramp masa tu. Seat sempit, riba dia lagi. Walaupun kepala je atas peha aku, tetap lenguh. Pinggang pun sakit huhu. Memang tak lah mama nak dukung Shaheem yang sangat berat tu..

Muka budak mamai mamai. Mujurla dia nak pakai balik seat belt tu. Tak rimas ke ape. Mood okkay sepanjang masa. Alhamdulillah!


Nak dipendekkan cerita Shaheem memang sangat behave sepanjang perjalanan tu. Takde buat perangai ape pun. Aku legaaa sangat. Dia macam dah biasa naik flight je. Takde meragam, takde sibuk-sibuk nak bukak seat belt, nak jalan merata, nak lompat atas seat. Eh behave la. Good boy sangat! Alhamdulillah :)

Thursday, August 7, 2014

AIDILFITRI 2014

Assalamualaikum,



Nahhh lama menghilang tiba-tiba wish selamat hari raya hehe.. Aku dah kat kampung ni. Lama dah. Dari 5 Julai haritu. Tak sempat-sempat nak duduk mengadap laptop mengupdate blog. Facebook pun sunyi sepi. Sekadar like like status ngan gambar orang je. Nak komen tak sempat sebab selalu online guna phone je. Tak puas nak komen-komen ni kalau guna phone hehe *alasannn*

Apa-apapun, Allahuakbar, cepat sungguh masa berlalu. Ramadhan dah pun melabuhkan tirainya. Sedih pulak rasa. Semoga aku diberikan lagi peluang untuk merasai Ramadhan pada tahun hadapan.. Tahun ni tak dapat juga puasa penuh. Terpaksa korban sehari sebab kena minum air gula. Pasrah saja lah. Demi baby. Demi kesihatan aku sendiri... Sehari je pun kan..

Raya tahun ni kat rumah mak ayah aku. Semua adik beradik beraya kat rumah mak kecuali abang aku sorang beraya kat Kedah rumah mentua dia. Raya ketiga baru balik. Raya kitorang sempoi-sempoi je. Dah tua-tua ni takde feeling sangat time raya, budak-budak jela seronok hehe..

Tema aku, husband n Shaheem tahun ni purple colour. Purple tu sebabnya mak tok dah belikan baju melayu Shaheem tu dari tahun lepas haha.. Kiranya pakai yang tu jela. Aku memang takde beli lain dah untuk Shaheem. Baju melayu ni setahun sekali je pakai. Tinggal beli baju aku dengan husband jela. Itupun last minute baru cari. Aku memang malasss sikit bab shopping baju ni. Entahla kenapa. Memang tak berapa minat.

Aku beli baju kurung biasa je kat Mydin. RM39.90 hehe.. Pastu adik aku belikan shawl. Ikut hati malas betul nak belit-belit. Tapi kadang-kadang teringin jugak nak berjiwa muda remaja walaupun sebenarnya dah tua haha.. Adik aku la yang tolong belit-belitkan. Husband pulak beli baju kat Pantai Timur, Kuala Besut. RM80. Huh mahal daripada baju aku nihh.. Tapi takpela, beli je. Lagipun husband boleh pakai time ada event dalam base ataupun time nak g solat Jumaat.

Inilah satu-satunya gambar raya kami bertiga plus baby dalam perut hehe. Gambar lain sume takde Shaheem. Haih cik awe donde tu susah sangat nak bagi kerjasama. Inipun paksa rela. Tengok dia buat muka bosan tu.. Gambar ni pun petang baru dapat amik. Muka masing-masing berminyak dah haha.. Kitorang baru balik dari Tanah Merah masa ni. Sebelum masuk rumah snap gambar dulu. Sekurang-kurangnya ada la juga potret kenangan raya 2014 huhu..


Selamat hari raya ye kawan-kawan. Aku minta maaf banyak-banyak kalau sepanjang aku berblogging ni aku ada silap dan salah. Menulis sesuatu yang mengguris perasaan sesiapa. Mungkin aku tak sedar pun. Salam kemaafan juga untuk customer-customer Sweet Little Pumpkin. Semoga semua urusan jual beli kita diberkati Allah. Kalau ada kurang kat mana-mana tu, maafkan aku ye... 

Giveaway Souvenir From Holland by Cherish Every Cherry

Assalamualaikum :)

Dah laaama tak join giveaway yang blogger anjurkan. Kalini nak cuba nasiblah. Mana tau ada rezeki di bulan Syawal yang mulia ni hehe.. Jomla join giveaway anjuran blogger Fathiyah Jamaludin empunya blog Cherish Every Cherry. Hadiah cenderahati dari Holland. Cun sangat nih! Harini dah last day tauu, kena cepat-cepatla hehe..

Syarat-syarat penyertaan:



1. Followers blog Cherish Every Cherry (kalau silent readers mcm mana I nak kenal kan?)

Dah follow :)


2. Like Page MyHafiy Blogshop di Facebook 

Dah like :)

3. Tulis satu entri bertajuk " Giveaway Souvenir From Holland by Cherish Every Cherry"  dan pastikan ada banner GA di atas dalam entry tersebut. 

4. Link kan entry anda kepada entry ini/blog ini. 

5. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry GA ini. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...