Tuesday, July 1, 2014

Yeayy July!

Assalamualaikum :)

Hihihi blog aku ni awal bulan ngan akhir bulan je kan berupdate. Tengah-tengah bulan sunyi sepi takde cerita... Ada cerita tapi kemalasannya nak update huhu.. Nak tinggalkan gitu je blog ni sayangla pulak... Takpela update jarang-jarang pun. Yang penting ada. Kan kan kan? Hehe..

Alhamdulillah dah masuk bulan Julai. My birth month! Hihi.. Birthday kalini jatuh tepat pada hari raya nanti. Insyaallah. Double celebs la nanti. Seronok sebab raya tahun ni kat Kelate dulu ekeke... 

Sabtu ni dah nak balik kampung. Perasan bercampur baur. Happy sebab dapat jumpa keluarga. Especially mak yang tak berapa sihat. Semalam masuk wad sebab cirit birit dan muntah. Harap harini dah ok. At the same time sedih jugak ni sebab akan tinggalkan husband sorang diri. Kesian dia puasa sorang-sorang. Kadang-kadang datang jugak rasa menyesal tergesa-gesa beli tiket. Beli tarikh awal gile pulak tu. Padahal 17hb pun ada jugak tiket murah. Tapi mungkin ada hikmahnya. Beberapa hari lepas beli tiket tu, mak bagitau mak dijadualkan untuk operate mata pada 8 Julai. Kira ngamla aku balik tu aku boleh jaga mak. See, itu lah hikmahnya. Kalau aku balik 17hb, kesianla mak takde sape nak jaga lepas operate tu. Terima kasih buat husband yang izinkan aku pulang awal.. Terima kasih sangat-sangat abang!

Boarding pass dah print out semalam. Tinggal nak packing baju bajan je la. Belum start packing sebab takde beg haha.. Trolley luggage yang sedia ada dah tercabut pemegang. Yang elok pun saiz kecik. Rasa macam tak muat nak sumbat macam-macam. Nak tak nak kena beli baru. Khamis atau Jumaat nantila baru pack. 

Risau jugak ni nak travel berdua je dengan Shaheem. Last time dia naik flight masa balik raya tahun lepas. Shaheem normally behave dalam flight. Flight take off je automatik dia akan tidur. Sekarang dah umur toddler nih, tak taula macamana perangai dia. Harap-harapnya baik-baik saja. Mama nak kena handle kamu sorang-sorang ni huhu.. Paling best seat yang Air Asia bagi. Shaheem 19C, aku 19D. Haa.. macamana tuh? Sepatutnya bagila seat sebelah-sebelah kan. Ni berselang dengan laluan kat tengah tu. Acaner? Harap-harap dapatla tukar huhu...

Cerita pasal puasa pulak. Alhamdulillah, harini hari ketiga kita berpuasa. So far aku dapat berpuasa dengan baik. Much better daripada puasa ganti haritu. Puasa ganti haritu aku lembik selembik-lembiknya. Ahamdulillah puasa Ramadhan ni bertenaga luar biasa hehe.. Aku rasa sebab aku makan kurma time sahur. Selalu makan sampai 5 bijik! Aku ni bukanla suka sangat makan kurma. Manissss.. Tak tahan kadang-kadang. Tapi kali ni cuba jugakla makan. Alhamdulillah la, memang best bila makan. Tak rasa letih. Semalam siap ngemas rumah, alih alih perabot lagi huhu... Pastu sambung masak. Pastu petangnya drive pergi pekan jap. Huh, serius tak penat. The power of kurma hihi.. Semoga aku kekal bertenaga hingga ke akhir Ramadhan nanti. Insyaallah :)

Tu jela kot dulu nak cerita huhu... Take care kawan-kawan. Selamat berpuasa ya ;)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...