Monday, May 19, 2014

Oh, Anak!


Alahai sebak pulak baca ni :'(

Semalam Shaheem tido lewat. Mama pulak dah mengantuk tahap gaban. Pukul 1 pagi dok tengok tv lagi. Pastu mama baru nak lelap mata dia datang mintak susu la. Mintak itula.. ini la.. Aduh.. Mama naik darah terus marah dia. 

Pastu aku terlelap. Sedar sedar tv terpasang. Saif Shaheem nowhere to be seen. Hah panik kejap. Intai dalam bilik, rupanya dia dah tidur dengan abahnye kat sebelah huhu..

Sedihla pulak rasa. Sorry sayang..........

Mama sayang Shaheem. Sayang sangat-sangat. Lebih dari nyawa mama. Mama mintak maaf. Bila mama penat, mama selalu cepat hilang sabar. Shaheem jadi mangsa. Sorry ye sayang....

Friday, May 16, 2014

JALAN-JALAN LABUAN

Assalamualaikum..

Ni cerita lama ni. Baru rajin nak update kat blog. Rajin ke? Malas gak ni tapi rajin-rajinkan je haha..

Kitorang pergi Labuan, hujung bulan 3. 30 Mac tak silap aku. Tujuan ke Labuan tu sebenarnya, encik suami yang ada keje. Keje tukar nama motor di JPJ Labuan. Ye, dia beli motor baru lagi T_T Pasal motor dia tu nantila cite dalam entry lain. Dah alang-alang dia nak ke Labuan tu, aku mestila nak ikutttt haha... Lama dah aku teringin nak jejak Labuan. Dah dok Sabah dah ni, harusla tak lepaskan peluang kan?

Masa ni aku pregnant 5w baru kot. Risau juga nak pergi berjalan, naik feri ape semua. Tapi, tawakal jelah. Nak dijadikan cerita sehari sebelum pergi tu aku demam. Aku tak rasa panas pun, tapi rasa sejuk. Menggigil-gigil. Siap pakai stokin, selimut bagai. Walhal cuaca masa tu panas gile. Husband dah tanya-tanya, "aihh macamana nak berjalan ni? Boleh ke?" Aku confident je jawab, bolehhhh... Haha tapi masa tu serius aku tak larat sebenarnya. Pembawakan budak la aku rasa. Nak makan panadol aku takut huhu. Last aku mintak husband bawak pergi klinik. Doc bagi panadol jugak heh.. Katanya boleh makan tapi bila perlu saja. Aku makan 2 bijik je kot lepas tu terus kebah. Alhamdulillah..... Boleh teruskan percutian ke Labuan..

Sebenarnya kan, sebelum nak pergi Labuan ni macam-macam hal la jadi huhu.. Feri fully booked, hotel mahal-mahal. Nak cari homestay tak tau kat mana. Aku google je. Redah saje lah huhu. Paling sadis feri tu la. Kitorang plan nak bawak kereta. Rupanya feri yang angkut kenderaan tu ada 2 bijik je. Dua-dua full. Cuma ada satu syarikat feri (lupa dah namanya) bukak satu, waktu malam. Extra feri. Masa tu nak abis cuti sekolah. Orang pakat nak balik le. Kitorang ingat tiket leh book dulu melalui phone. Tapi rupa-rupanya tak boleh. Kena pegi beli kat kaunter di Terminal Feri Membakut nunnn.. 

Jadinye, kitorang gamble je pergi ke terminal feri tu untuk beli tiket. Kalau habis, terpaksala fikir plan B.

Hari Ahad, 30 Mac, kitorang gerak dari Tuaran pukul 12 lebih. After Zuhur. Kira lewat gakla. Pastu jem pulak kat Papar sebab ada accident. Lama gak sangkut. Delay lagi perjalanan. Aku dah cuak ni. Takut tiket feri habis huhu.. Dalam pukul 5 petang baru sampai kat Membakut. Hujan renyai-renyai masa tu. Husband parking, cepat-cepat pergi ke kaunter. Aku dalam kereta dok berdoa je, mudah mudahan ada la tiket. Tak lama patu husband datang dengan bawa kertas. Aku ingat tiket dah. Rupanya bukan! Tiket dah habissss huwaaa... Dia letak dalam waiting list. Waiting list ni kira nasib baik jela. Kalau feri ada kosong lagi bolehla selit-selit. Tapi kalau dah tiket habis tu maknanya takde tempat dahla. Huhuhu... masa tu sedih gile rasa. Encik husband lagila. Muka stress je. Aku malas nak stress stress ajak dia gi masjid dulu, solat, pastu baru pikir ape nak buat..

Siap solat, husband pegi balik ke kaunter. Tak puas hati katanya haha... Dan pemergian dia tu sangat berbaloi! Alhamdulillah.... rezeki Allah nak bagi kat kitorang yang datang jauh-jauh ni. Kerani kat kaunter tu cakap ada tiket pulak, terus dia cop CONFIRM kat kertas yang dia bagi memula tu. Alhamdulillah. Jadi malam tu kami dapatla naik feri. Legaaaaaaa... Terus gi makan lepas tu. Lapar haha.. Masa tengah stress tu tak rasa lapar pun.

Feri pukul 9 malam. Tapi kitorang dah beratur, tunggu dalam kereta dari pukul 7 lagi. Bosan yang amat! Pastu delay pulak ferinya. Pukul 10 lebih baru sampai. Excited ni sebab first time naik feri dengan kereta kereta sekali haha.. Maaf takde gambar nak tunjuk suasana dalam feri malam tu sebab henpon ku rege muroh. Kalau amik gambar malam tak nampak ape! Tapi kan, kereta memang penuhla. Siap ada lori besar-besar tu tauu.. Aku macam tak percaya je feri tu bleh tampung lori yang berat-berat huhu. Kereta dia susun rapat-rapat sampai takleh buka pintu! Mula-mula ingat nak duduk dalam kereta je. Tapi tak bestla tak tengok keadaan kat atas. Nasib baik kereta kitorang dok bahagian tepi. Bolehla keluar ikut pintu driver. 

Kitorang sampai dalam pukul 12pagi. Pastu cari pulak homestay yang kami dah book awal-awal. Letaknye di Kg Bukit Kuda. Mujurle tak lama nak cari walaupun kitorang bukan tau jalan kat Labuan tu. Thumbs up to hubby yang awal-awal dah study map nak ke sana haha.. Sampai kat rumah terus mandi mandi, bersihkan badan, tidurrrrrr...

Aku kan sebenarnya risau nak bawak Shaheem jalan-jalan jauh dok sementara tempat lain ni. Teringat kisah misteri di Kundasang huhuuuu... Aku siap bawak mainan-mainan dia sekali. Nak buat dia rasa feel like home. Alhamdulillah juga kat homestay tu ada tv dan paling penting, ada channel Astro Ceria!! HAHA.. Lega wehhh.. Sebab Shaheem memang layan channel tu. So dua malam dok sana, Shaheem ok je. Takde buat perangai ape. Alhamdulillah :)

31 Mac, Isnin. Husband keluar awal pagi untuk settle kan urusan di JPJ, Labuan. Meanwhile aku dengan Shaheem kat rumah sambung membongkang hahah.. Dia balik tu baru kitorang siap-siap keluar. Itupun dah tengahari. Kitorang solat dulu kat masjid ape namanya ku lupa huhu.. Tapi dekat bandar Labuan tu la.


Ni pelbagai aksi Shaheem kat masjid tu. Sementara tunggu abahnye siap solat dia main lari-lari dulu. Tempat luas kan, seronoklaa.. Pastu nak join abang kakak tengah relax. Sebelah majid tu ada sekolah. Jadi ramai budak-budak sekolah dok situ sementara menunggu kelas agama petangnye (kot, aku agak je hehe..) Tak padan kecik Shaheem ni, suka nak berkawan dengan abang kakak yang lebih besar.

Siap solat kami ke Ujana Kewangan. The only shopping complex di Labuan? Kitorang kat dalam tu tak lama pun. Bukan nak beli ape. Just jalan-jalan. 


Encik husband lenguh, naik atas kerusi mengurut ni. Buh seringgit je kot. Sementara tu aku plak dok ikut Shaheem. Itu budak jalaaaaan je. Tak peduli dah kat mama abah ni. Habis semua kedai yang ada jual mainan dia singgah. Jenuhla memujuk tak bagi beli...

Kat Ujana ni ada jual coklat jugak. Pegi Labuan tak sah la kan kalau tak beli coklat. Tapi, blogger Yong Nana yang dok Labuan bagitau aku, kalau nak beli coklat better beli di pasar. Lebih murah dan expiry date lambat lagi. Biasanya yang dekat Ujana tu kalau kita tak tengok elok-elok dia jual coklat yang dah expired atau expiry date dah dekat. Kes ni ada terjadi pada jiran aku huhu.. Husband dia terbeli coklat yang dah expired hampir 2 bulan dah. Hmmmphhhh... Jadi kena hati-hatila kalau nak beli coklat kat Ujana tu okey? Make sure check expiry date :)

Next destination selepas Ujana, kitorang ke Muzium Marin yang letaknya di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.


Uiii panas betul masa tu. Labuan serious panaslah! Katanya dah lama tak hujan. KK pun tak hujan jugak tapi aku rasa takdela panas macam ni. Panas Labuan ni panas berbahang. Pedih kulit ni. Mungkin sebab dia sebuah pulau kecik yang dikelilingi laut.. Wap panas dari air laut tu naik ke darat menyebabkan panasnya melampau. Ada gaya cikgu Geog tak? hahaha... 


Saif Shaheem biasa laa.. Suka buat hal sendiri. Lari sini sana. Nak amik gambar dia memang payah.

Haa ni mama tengah bergelut dengan dia hehe. Dia nak berlari ke mana tah. Muka tak puas hati tu kena peluk. Itu pintu masuk ke Muzium Marin. 

Sebenarnya kitorang tak masuk pun dalam Muzium Marin tu. Masuk pun dok kat area depan je. Kenapa???

Inilah sebabnya.........
Saif Shaheem buat macam rumah sendiri. Meniarap kat situ tolak car dia. Huwaaa. Nangis aku. Kotor tau meniarap kat situ. Tempat orang lalu, pijak-pijak. Dia dah penat rasanya, sebab tu dia bantai je meniarap kat situ. Aku ngan abahnye angkat pun tak mau. Menangis-nangis dia. Nak duk jugak kat situ. Pujuk-pujuk tunjuk fish pun dia wat donno je. Last sekali abahnye tak tahan, angkat je dia. Meraung pun meraungla dia. Takkanla nak biar je dia meniarap kat situ huhu. Jadi sampai situ jela lawatan kitorang kat muzium tu huhu


Bila kat luar sambung lagi lari-lari. Tengok mama muka tension haha..


Selepas tu kitorang ke pasar pulak. Beli coklat. Maaf sangat-sangat. Gambar kat pasar dan juga gambar coklat yang kubeli takde huhu.. Tak sempat nak amik gambar. Sibuk mengepung dak Shaheem je huhu.. Aku tak beli banyak pun. Cukupla untuk makan 2 orang dan bagi kawan-kawan sikit.Oh ye, aku ada beli fridge magnet jugak untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan. 

Okey, ni homestay kitorang duduk 2 malam. RM150/night. Tapi alhamdulillah, rezeki kami, makcik dan pakcik owner bagi diskaun, RM100/night. Time ni dah nak checkout dah..

Feri kitorang untuk balik ke KK pukul 12 tengahari. Masa tu ada banyak masa lagi. Hubby cam biasa la kan, mana boleh lepaskan peluang singgah kedai motor yang banyak kat kiri kanan jalan. Minat betul dengan motor motor besar ni pftttt.. Layankan ajelaaa.. Saif Shaheem tengah tengok car atas jalan tu. 

Yang ni Shaheem request nak naik. Aii minat moto macam abah jugak ke..

Time to go home... Bye bye Labuan. 

Alhamdulillah dapat tempat paling depan. 
Macam ni dia susun jauh-jauh sebab kereta tak banyak. Malam kitorang pergi tu dia susun rapat-rapat sampai tak boleh buka pintu tauu.. Bayangkanla huhu..


Tak puas sebenarnya pegi sana. Macam banyak je lagi tempat tak pegi. Aku suka la suasana di Labuan. Macam kat Semenanjung je hehe.. First impression aku masa sampai sana, "waa bersihnye..." "waa orang Labuan kaya-kayaa.." Hahaha.. Rumah kat sana besar-besar. Kereta pun mewah-mewahla kebanyakannya hehe.. Insyaallah kalau ada rezeki, ada masa, ada umur yang panjang kami akan ke sana lagi :)

Tuesday, May 6, 2014

2nd Pregnancy - Alhamdulillah!

Assalamualaikum,

Apa kabar semua? Aku baik-baik saje. Nak menghabiskan trimester satu ni cepat-cepat sebenarnya huhu. Morning sickness sekejap ada sekejap takde. Time ada tu memang melepet jela aku. Especially pagi-pagi. Nak muntah tapi tak muntah. Loya, pening.. Sampai nak buat keje ape pun tak larat sangat rasa. Especially masuk dapur. Huarghhh malas gile. Nak masak, nak basuh pinggan, nak kemas dapur, malas gile!! Kesian incik somi. Makan nasik berlaukkan petai jeruk dengan budu je. Pastu up sket goreng telur dadar. Hahaha, adehhh... Bila nak habis fasa malassss nih..

Memang lain sikit pengalaman mengandung second baby ni. Ape-apepun, alhamdulillah syukur. Diberi peluang untuk merasainya lagi. Aku sekarang 11 weeks preggy. Masih awal kan? Baby kecik lagi. Tapi haritu scan boleh nampak dia aktif sangat-sangat. Alhamdulillah. Seronok! Tak sabar nak tunggu perut besar, tak sabar nak tunggu dapat rasa gerakan-gerakan dalam perut ni hehe.. Doakan aku ye. Semoga selamat semuanya hingga ke hari aku melahirkan khalifah Allah ni.. 

Shaheem tak paham ape pun lagi. Masa scan haritu dia tengok je doctor scan. Balik rumah dia pegang perut aku pastu cakap, "sakit sakit.." hehe.. Shaheem dah nak jadi abang tau. Kena jadi good boy dah lepas ni. Shaheem ni memang good boy. Jarang-jarang buat perangai. Tapi kalau dah buat perangai tu, boleh jadi gergasi jugak mama ni haha.. Semoga Shaheem jadi anak yang baik, abang yang baik nanti. 

Incik suami pulak.. errr ntahla haha. Orang lelaki kot kan, susah nak tunjukkan feeling dia tu. Masa awal-awal tau pregnant, banyak kali juga dia dok sebut, "Shaheem dah nak jadi abang". Pastu tanya, "mama pregnant lagi eh?" Macam tak percaya je haha.. And you know what, sometimes dia lupa aku pregnant haha. Mungkin sebab aku takde sickness yang teruk sangat. Kadang-kadang aku memang act macam biasa. Macam tak pregnant je. Ligat ke sana sini. Tapi tulah, time tak larat memang tak larat. Masa tu lah dia baru sedar aku pregnant hehe..

Alhamdulillah. Perancangan Allah memang terbaik kan? Aku TTC dari July last year. Aku macam pelik gakla kenapa susah sangat nak lekat. Walhal masa Shaheem dulu siap bunting pelamin huhu.. Rupa-rupanya Allah dah tetapkan bila waktu yang sesuai untuk aku pregnant lagi. Shaheem ngam 2 years terus aku pregnant. Agaknya sebab by that time Shaheem dah besar, dah boleh dengar dan paham apa yang aku cakap atau suruh. Aku sekarang pun lebih tenang dalam menjaga Shaheem. Aku penah cite kan, aku ni hot tempered sikit. Dulu Shaheem selalu kena marah, kena cubit bila dia buat hal. Tapi nak dekat dia umur 2 tahun tu aku macam dah cool sikit. Takde nak marah dia selalu. Dan dia pun macam jarang dah buat perangai. Kalau buat perangai pun aku masih boleh bersabar. 

Apa-apapun doa aku, semoga Allah sentiasa memberi aku kekuatan dan kesabaran dalam menjaga anak-anak, amanah Allah ni..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...