Wednesday, April 30, 2014

NAVY DAY 2014 - Base Sepanggar KK

Assalamualaikum,

Ini cerita Ahad lepas. Navy buat Hari Armada atau hari terbuka sempena ulangtahun yang ke 80 Navy. Kat Lumut pun ada buat jugak. Lumut lagi meriah. Buat 2 hari sampai ke malam. Base Sepanggar tahun ni buat sehari je, pastu sampai petang huhu.. 

Aku memang minat nak pegi tapi husband tak bagi pegi. Sebab dia cakap panassss.. Kesian Shaheem. Dan kesian kat aku katanya heheh.. Okla okla tak pergi.

Tapi entah kenapa, sehari sebelum hari kejadian tu dia cakap, "bolehla kalau syg nak pergi. tapi pegi awal pagi. tengok abang kawad.." Haa lakiku ni kan, suka tukar plan last minute haha.. Sekejap gitu sekejap gini.. Aku memang nak sangat pergi tengok dia kawad. Tak pernah tengok kawad secara dekat especially my husband in it.

Jadi pagi Ahad tu, aku bangun subuh terus tak sambung tido. Selalunya sambung tido kiki.. Husband dah turun awal lagi. Pukul 5.30 pagi dia dah gerak sebab nak siap-siap pakai baju nombor satu kat wisma. Sebelum turun dia breakfast milo cicah biskut kering je. Aku nak goreng nasik dia tak bagi. Katanya nak kawad ni takleh makan berat-berat. Kang perut memulas tengah-tengah padang tu, mana bleh keluar. Tercirit dalam seluar nayeee katanya ahaha.. Takleh bayang aku..

Lepas husband dah gerak tu aku goreng jugak nasik. Buat bekal aku dan Shaheem. Shaheem masa tu sedap tidur lagi. Aku angkat dia masuk bilik air. Mandi air suam. Mamai-mamai dia dalam bilik air. Pakaikan baju, dia leh sambung tido lagi haha.. Dalam puul 6.30 pagi aku turun. Drive sendiri ke base.

Sampai dah almost 7am, parking dah penuh! Terpaksa parking tepi jalan. Menapakla jugak dengan Shaheem. Time tu pun aku dah berpeluh sebab panas huhu.. Kesian Shaheem mama lupa ambik cap dia. Gara-gara kelam kabut siapkan dia sorang diri.

Eh korang layan gambar jela eh. Ku dah takleh menaip panjang. Nak muntahhhh huhu


Lama jugak dorang ni berdiri tengah panas. Dari pukul 7 sampai nak dekat pukul 9 huhu.
Tak jumpa langsung dengan husband nak amik gambar dengan dia pakai baju nombor satu. Last sekali bergambar dengan dia pakai baju tu masa kawin haha..



Shaheem keboringan. Ada je tempat duduk tapi dia takmo duduk.Nak pegi main kat padang.
Tu pun entah berapa kali ajak balik, "jom alik jom alik.."


Mama jumpa pokok semalu. Tunjuk kat dia bila sentuh pokok tu tertutup. Punyela seronok dia dok sentuh pokok tu hehe

Posing depan kapal Maritim.
Shaheem bukan layan ship ship ni huhu
Masa ni dah panas gile gile huhu



KD PAUS

Husband bertugas haritu sebab tu pakai uniform

KD GANAS

Me posing dengan one of the submarines. KD Tun Razak kot namanya.
Shaheem memang takkan tengok kamera laa..


Ok dah habis cerita. Ku nak muntah. Huwaaaaa takkan alahan update blog kot? Makin tak berupdate la blog ni huhu

IKLAN: BAJU BUDAK! :D

Assalamualaikum,

Aduhai, lama tak update blog. Tiba-tiba update iklan pulekkk hehe. Redha jela ye, ini yang tengah ku usahakan sekarang. Demi mencari sesuap nasi ecewaahhh... Jika berminat boleh email alwani.amalini@gmail.com atau SMS/WHATSAPP 014-8224228. Terima kasih :)

RED ADIDAS
PRICE: RM30 EXC POSTAGE
SIZE: 80 (1-2Y), 90 (2-3Y), 100 (3-4Y), 120 (5-6Y)

I LOVE MAMA
PRICE: RM22 EXC POSTAGE
SIZE: 80 (1-2Y), 90 (2-3Y), 100 (3-4Y), 110 (4-5Y), 120 (5-6Y)

I LOVE PAPA
PRICE: RM22 EXC POSTAGE
SIZE: 80 (1-2Y), 90 (2-3Y), 100 (3-4Y), 110 (4-5Y), 120 (5-6Y)

PYJAMAS OGGY AND THE COCKROACHES
PRICE: RM23 EXC POSTAGE
SIZE: 2Y, 3Y, 4Y, 5Y, 6Y, 7Y

PYJAMAS SOFIA THE FIRST
PRICE: RM23 EXC POSTAGE
SIZE: 2Y, 3Y, 4Y, 5Y, 6Y, 7Y

ADIDAS ARMY
PRICE: RM27 EXC POSTAGE
SIZE: 1Y, 2Y, 3Y, 4Y, 5Y, 6Y, 7Y, 8Y, 9Y, 10Y, 11Y, 12Y

Monday, April 21, 2014

Prince George Cutest Moments

Olololo comel tau anak Prince William & Princess Catherine nehhh.. Rasa macam nak gigit-gigit haha.. Dahla badan semangat kemain. Huii lenguh tu aku rasa mendukungnya... Ni gambar-gambar masa dorang buat royal visit ke New Zealand. Ku cilok dari web http://www.royal-fans.com.

Oh! He is so adorable.

Muka feeling meh haha

Sembang ape ngan daddy tu? hehe

Yeayy dapat hadiah! Ko tengok lengan William dukung dia haha.. Sure berat George nih!

Haa ni my fave pic! Ingat Shaheem je suka makan rambut mama haha


Jumpa aweklaa hehe

Olo syonoknye main!


Eh William ngan Kate selamba je pijak air. Kalo aku cari tempat kering, sayang kasut woo

Asyammmm je George..

Woooo dapat hadiah super besar!

Sunday, April 20, 2014

READY STOCK! ~ Pyjamas Upin Ipin & Sofia The First :D

Assalamualaikum, iols nak meniaga lagi ni huhuhu.. Mommies yang berminat nak beli baju Upin & Ipin dan Sofia the First Princess ni boleh contact saya ye.

Baju-baju ni semua READY STOCK.

Macamana mau order?
PM di www.facebook.com/messages/slpumpkin atau
email di alwani.amalini@gmail.com atau
SMS/WhatsApp/WeChat ke 014 8224228


Upin Ipin A-059
RM23
Available size: 5y, 6y &7y
Fit Cutting

Upin Ipin A-057
RM23
Available size: 5y & 6y
Fit Cutting


Upin Ipin X-174
RM23 
Size: 2y, 4y, 5y, 6y, 7y
Fit cutting


Sofia The First X-132
RM23
Size: 3y, 4y, 5y, 6y
Fit cutting


Sofia The First #1
RM27 
Size: 12y
Normal cutting

Sofia The First #2
RM27
Size: 8y, 9y, 12y
Normal cutting


Terima kasih!^^

Monday, April 7, 2014

Kegusaran Dalam Hati

Assalamualaikum,

Ngantuknye lahaiii... Tapi Shaheem takmo tidur lagi maka mama kenala tongkat mata tahan ngantuk dulu. Dah alang-alang takleh tido kita update la blog yang dah bersawang ni huhu... 

Sihat ke kawan-kawan semua? Aku alhamdulillah sihat walafiat. Sihat gemok pun ye jugak. Ramai yang dah tego, "Wani dah bulat.." "Wani dah berisi.." Mihmihmih ye, aku tak nafi. Aku memang dah gemok bambam. Makan banyak tak brenti memangla gemok. Ah tak kesahla. Yang penting happy! hehe

Saif Shaheem pun sihat. Tapi kan, aku ada kegusaran dalam hati. Shaheem ni susah sangat nak makan. Nasik sume tak nak. Lauk-lauk saje pun tak nak. Kalau goreng mi ke bihun ke makanla jugak tapi 2,3 mulut je pastu tak nak. Kurus sangat dah dia. Nape eh? Cacing ke?

Pastu satu lagi, dia tak nak minum air masak. Allah, jenuh dah aku dan abahnye memujuk. Dia tak nak! Nampak je air dalam gelas tu warna putih terus lari. Siap pakej tutup muka tutup mulut. Dah penat mengagah, memujuk. Cakap "Upin Ipin pun minum air masak.. sedappp.." Tak jalan jugak. Kadang-kadang dia buat gaya minum. Masuk sikitt je dalam mulut pastu burrrrr dia sembur. Huhuhu sedihnya mama. Kulit dia kering dah. Betis tu kalau garu keluar putih-putih.. 

Korang ada tak idea macamana nak bagi dia minum air masak/air putih ni? Tolong tolong. Aku dah buntu dah memikirkannya huhu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...