Wednesday, March 12, 2014

Makan-makan Sempena Birthday Shaheem

Assalamualaikum,

Sempena birthday Shaheem yang ke2 minggu lepas, aku takde buat birthday party ape pun. Hee tak reti lah nak masak-masak panggil orang makan huhu. Keinginan tu memang ada, tapi.... hehe. Insyaallah lain kali kalau ada rezeki. Anway aku sebenarnya ada niat lain. Niatnya nak masak bihun atau mi goreng 3,4 bungkus pastu sedekah kat masjid kat rumah ni. Tu niat aku. Kalau ada rezeki untuk aku laksanakan niat tu, insyaallah. Semoga Allah permudahkan.

Untuk makan-makan sendiri aku masak Mi Sup dengan buat kek coklat lapis cheese je. Muehehe, resepi macam biasalah, google. Mi sup alhamdulillah, menjadi. Encik husband suka. Kek coklat je kurang menjadi kahkahkah. Rasa tu jadi, yang tak jadinya layer tu hehe.. Cheese belum betul-betul masak aku dah bubuh adunan coklat kat atasnya. Takpela, first attempt kan hehe..

Mi sup ayam. Ada telur & begedil.


Shaheem suka la makanan berkuah ni. Tapi dia nak kuah dan mi saja. Aku bubuh sayur, ayam sume dia tak nak. "Mohh...moh.." Tak nak maksudnya huhu..

Kek coklat lapis cheese.
Resepinya amik kat Facebook. Nanti aku share kat entry lain.


Tengok tengok, layernya x menjadi hahaha. Sabar jela.

Tak kisahla! Yang penting Saif Shaheem sayang mama sukeee :D


Tuesday, March 11, 2014

Penghibur Hati

Assalamualaikum,

Harini nak cerita pasal Saif Shaheem yang macam-macam perangai dah sekarang. Kadang-kadang bnda yang dia buat tu, buat aku rasa nak marah je. Tapi bila pikir-pikir balik nak tergelak pun ada. Aduiyai.. Anak oh anak, penghibur hati mama!

Pakai helmet abah. Nampak je terus cakap, "kai akaii.." (Read: pakai pakai)
Bila abah dia pakaikan terus dia naik basikal dia tu. Dua tiga kali nak jatuh ke belakang tuannya. Kes helmet lebih berat daripada tuan yang memakai haha..

Suka susun barang. Tak kira apa barang. Ni kat kedai. Susun kacang pun bolehh hehe

Yang ini kesukaan nombor satu. Susun car. Pastu panggil mama, "maa maa.. cantik takkk?"

Haa tengokkkk.... diambilnya periuk belanga mama kat dapur pastu dia buat macam roller blade. Habis bercalar tile huhu. Nasiblaa duduk rumah kerajaan nak oii, kalau rumah sendiri mama piat dah haha
Pastu satu lagi kan, dia sukeee sangat tengok tv dekat macam ni. Haihhh letih dan berbuih dah mulut mama suruh dia kebelakang sikit. Tapi dia tak pahammmmm... Hmmm...

Ni tengah main masak-masak. Susun periuk. Susun sudu. Pastu macam biasa dia akan tanya, "cantik takkk?"

Yang ni kejadian terbaru. Aigooooo habis patah berus gigi dia kerjakan.

Haa yang ni tak tau nak marah ke nak gelak. Dia mintak nak makan roti. Mama pun bagila. Tak lama pastu dia panggil, "maa maaa.. cantiknyaaa totii..." Allah.. tepuk dahi jap. Grrrrr... Tak taula apa yang dia bayangkan haha.. Sabar jela anak oh anak..



Friday, March 7, 2014

Happy 2nd Birthday Ma Boy, Saif Shaheem! ^_^

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, happy Friday! Feeling happy feeling blessed..

Semalam, 6 Mac 2014 birthday anok jate ambo yang ke-2 tahun, Saif Shaheem bin Shamsuddin. Thank you Allah. Thank you for this gift of love :)

Bangun pagi, mama nyanyi, "happy birthday to you..." Shaheem senyum simpul je sambil ikut menyebut you di belakang. 

Mama tak buat birthday party pun untuk Shaheem. Mama bawak Shaheem makan nasi ayam je ekeke.. Malam pulak mama masak mee sup untuk Shaheem. Shaheem cakap, "mmmm edapnyeeeee..." Walaupun Shaheem just makan mee dengan kuah je. Lauk sume takmo. Begedil yang mama buat dengan penuh kasih sayang pun Shaheem takmo. Takpe takpe, yang penting Shaheem makan dan Shaheem cakap sedap haha..

Kek insyaallah hari ni mama buat. Plannye nak buat kek coklat lapis keju tu. Entah jadi entah tidak haha.. We will see :P

Hadiah pun mama belum beli lagi. Haritu mama dah beli baju, cukupla kot ek? Kihkihkih kedek punya mak.. Nanti kita mintak dekat abah lah ye. Abah banyak duit muahaha..

Happy birthday ye sayang. Membesar dengan sihat. Jadi anak yang baik. Anak yang soleh. Mama sayang Shaheem. Sayang sangat-sangat! Mmmuahhh Mmmuahhhh..

Facebook gambar ni, blog pun gambar ni haha.. Sorile, mama malas nak tarik kabel henpong huhu...






Saturday, March 1, 2014

Marvelous March :)

Assalamualaikum!

Apa khabar semua. Rindu tau kat blog ni tapi entah mengapa entah, mood nak mengupdate blog sentiasa kelauttt.. Tambahan pulak haritu laptop encik husband rosak. Rosak kipas sampai blank screen. Panas sangat. Huh bahaya... Jadi aku keluarkan laptop Compaq yang dah lama gile tak on. Mujurla bleh guna lagi tapi slow yang amat. Tak slow bakpo, ram 512mb jah ekekeke.. Maklumla laptop lama. 7 tahun dah umur dia. My first laptop. One and only. Slow slow pun mampu lagi berjasa. Last week hantar repair. Kenala RM160 huhu.. Tambah ram, sekarang dah 2gb. Lajuuu haha. Saya suka saya suka! Format dan juga servis bersih kat dalam. Banyak habuk katanya huhu.. Moga-moga Compaq ni dapat berjasa kepada saya 7 tahun lagi. Aminnnn hehehe...

Anyway, dah bulan Mac ye kita. Alhamdulillah. Bulan Mac bulan kelahiran my boy, Saif Shaheem. 6 Mac ni genaplah 2 tahun itu budak. Alhamdulillah. Besar dah anak mama. Dah banyak benda pandai buat. Cakap banyak walaupun pelat ekekeke. Nantila esok buat entry pasal dia..

Semoga bulan Mac ni bulan yang baik untuk kita semua ya :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...