Saturday, January 4, 2014

Happy New Year 2014!!

Assalamualaikum,



Muehehehe.. aku paling lambat kot wish new year kat blog nih?

Selamat tahun baru kawan kawan bloggerku, kawan kawan silent readers (kalau ada ;D), kawan kawan yang terbaca entry ni, pendek kata semuanya lah!

Semoga tahun ni lebihhhhh baik daripada sebelumnya.

Tak nak cakap pasal azam lah tahun ni. Kang tak terlaksana jugak hehe.. Cumanya aku berharap tahun ni, aku.. pregnant.. muahahaha.. HARAPAN PALING UTAMA tu... Pastu pastu nak manage bisnes dengan lebih baik. Dah ajak encik husband daftar syarikat di SSM. Insyaallah bila ada masa nanti.. Pastu nak manage duit dengan lebih baik. Aku fail bab pengurusan kewangan ni. Huhuhu... Dannnnn, doakan aku jadi isteri dan ibu yang lebih baik tahun ni. 2013, banyak cabaran dan dugaan yang aku hadapi as a wife to my husband and as a mother to my only son Shaheem. Aku je yang tahu. Doakan semuanya baik baik saja untuk keluarga kecilku tahun ni. Mintak jauh sangat benda benda yang boleh meruntuhkan, menganggu gugat kebahagiaan kami. Amin amin amin..

Tengah counting days ni. Beloved mak, ayah & adik bongsu nak datang jalan jalan Sabah 21 Januari ni. Tapi tengah risau sebab mak tak sihat pulak sekarang ni. Hopefully mak segera sembuh, baru boleh jalan jalan... Rindu mak! Doakan mak saya sihat ye ;)

Oklah, setakat ni dulu. Esok update lagi. Adios!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...