Saturday, November 1, 2014

Kenapa Blog Tak Berupdate?

Assalamualaikum,

Ya Allah, lama betul tak update blog kan kan kan... Hari-hari berazam nak update tapi ada je halangan yang mendatang. Aku sayang blog ni. Nak biar terabai macam tu je rasa bersalah sangat-sangat. Tapi tu lahh.. 

Selalunya time duduk saja-saja tu ada je idea datang nak update blog. Macam-macam cerita ada dalam kepala. Tapi bila duduk je depan laptop, bukak je blogger dashboard, pufffff habis semua cerita dan idea dalam kepala tadi hilang. Nyampah btul aku haha.. 



Halangan lain ialah encik Saif Shaheem tu. Macam sekarang pun dia ada je dok mengacau aku. Tapi aku tengah kuatkan hati malas nak melayan. Time aku dok depan laptop ni lah dia pun datang menyendeng. Nak suruh bukak You Tube. Nak tengok Upin la.. nak tengok Backkom laa.. Ngade sungguh. Kalau aku bukak bukan dia tengok pun. Saje je tauu.. Pastu time aku duduk depan laptop jugakla dia mintak nak tu nak ni.. Arghhh geram geram..

Satu lagi aku tak suka update blog tanpa ada gambar dalam entry. Kalau update tulisan saje tu rasa macam boring je. Walhal ada gambar takde gambar memang boring pun blog aku ni haha.. Aku malas betul nak transfer gambar dari handphone ke laptop. Nak kena amik usb cable, nak kena cucuk. Eh malas malas. Pendek kata aku pemalas jelaa haha.. Sebab tu la blog ni tak berupdate. Please blame my malas hormone. 

Bila la nak rajin macam blogger lain.. Tolong babap aku sket. Ape nihhhh.....

1 comment:

  1. Waniiiii.. i pun dah malas nak update blog. xtau pasai pa. huwaaaa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...