Wednesday, September 10, 2014

To Putrajaya After 3 Years

Assalamualaikum,

Weekend lepas aku, Shaheem, mak, ayah dan adik pegi ke Putrajaya. Rumah akak aku. Pegi tu sempena nak bagi semangat kat anak buah aku Hanin yang akan menduduki UPSR. Eh dah start dah kan UPSR? Best of luck Hanin! :D

Aku mula-mula macam tak nak ikut sebab memikirkan perjalanan yang lama itu. Huhu.. 8 jam oke. 8 jam. Tapi, aku teringin sangat nak jumpa kawan-kawan aku. Dah lama tak jumpa. Rindu membuak-buak. Plus nak gi shopping. Haha. Macamla kat Kelantan takleh shopping kan. Alasan sangat!

Hari Jumaat dalam pukul 9.30 pagi kitorang bertolak. Lewat sebab masing-masing pagi tu baru nak bersiap. Bising mak aku sebab dia dari malam dah siap haha.. Bawak bekal roti, keropok dan air je. Tak bawak bekal nasik sebab dah tau dah, sampai je kat umah akak aku mesti dah ready Nasi Arab Saba' atas meja hihi.. Rindu oii, lama tak makan nasi arab tu. Sedapppp...

Bergegar!


Sepanjang perjalanan, 2,3 kali jugak aku terlelap. Biasala. Aku kalau naik kereta sure senang je lena. Yang Saif Shaheem pulak potpetpotpet tak berhenti. Penat nak menjawab segala soalan dia. "Car ape ni mama?" "Isi minyak ape ni mama?" "Ni ape ni mama?" Budak dalam fasa ape ni memang suka bertanya macam-macam. Tu belum masuk fasa kenapa. Masuk fasa kenapa lagi tertekan mama... Apa-apapun Shaheem macam biasa tak pernah nak mengecewakan mama kalau berjalan jauh. Good boy sangat. Tak buat perangai langsung. Pampers pun tak pakai. Oh, kitorang banyak kali jugakla stop kat stesen minyak. Mak yong ni tak tahan nak kencing hee.. Macamana nak tahan. Asyik terhentak-hentak je dalam kereta. Bergegar-gegar pundi kencing. Tu yang kencing pun acap kali tu. Mujurla travel dengan kereta. Kalau dengan bas? Mau ku terkencing atas bas tu huhu..



So everytime berhenti aku akan ajak Shaheem kencing sekali. Pampers aku pakaikan masa dia tido. Tu pun dia tak nak. Aku selit gitu je kat celah kangkang dia. End up, sampai Putrajaya bukak-bukak, kering je pampersnya.. 

Kitorang sampai Putrajaya dah nak dekat pukul 6 petang. Huh 8 jam jugakla. Kaki aku dah sembap dah. Punggung, pinggang sume sakit. Sabar jela. Nak berjalan sangat kannn...

3 tahun aku tinggalkan Putrajaya. Banyak dah perubahan. Institut Kanser Negara dah siap dah. Sebelum aku gi Sabah, tempat tu baru nak dibina. Baru nak tanam-tanam besi dalam tanah. Paling obvious, flat hijau dah bukan warna hijau dah! Warna kelabu asap pulak. Kenapala dia tak cat hijau jugak. Hilang dahla landmark Precint 9. 

Malam first tu aku tak boleh tido. Sakit habis seluruh badan. Tido kat bawah. Atas toto je sebab Shaheem ni tak nak tido atas katil. Grrr.. sokmo gitu. Tapi ada hikmahnya jugak aku tak lena tidur. Dalam pukul 2 pagi Shaheem mintak susu. Aku buatkan 5oz. Sekejap je habis. Haus sangat agaknya. Pukul 4 pagi tiba-tiba dia bangun dan macam batuk kecil. Rupa-rupanya dia tersedak susu. Keluar sikit dari hidung dia. Aku tepuk-tepuk belakang, gosok-gosok sikit. Dia sambung tido. Tapi macam tak selesa. Pusing kiri kanan sambil terbatuk kecil lagi. Aku gosok-gosok belakang dia. Pastu agaknya tak tahan dia bangun. Nampak macam dia susah nak bernafas. Aku dah boleh rasa dia nak muntah. Aku tepuk belakang dia kuat-kuat. Akhirnya dia muntahkan balik semua susu yang dia minum pukul 2 pagi tu. Aku dah standby towel dah masa tu. Kesian Shaheem. Tapi yang good boy nye, dia langsung tak nangis. Lepas habis muntah tu siap boleh ajak aku main lagi huhu... Pukul 4 pagi nak main ape tak taula.. Lepas dah salin baju, basuh-basuh semua, dia mintak susu lagi. Aku buat 4oz je. Dia minum sampaila tertidur semula. Tak taula kenapa dia tiba-tiba muntah tu. Sebelum ni tak pernah macam tu. Penat travel mungkin? Kesian sayang mama....

Hari Sabtu, after zohor kakak aku bawak pegi Aeon Seri Kembangan. Hee niat aku ke sana adalah untuk shopping barang adik baby. Aeon takde sale pun sekarang. Tapi takpela. Beli jela. Aku suka shopping dengan kakak aku hehe.. Even barang Shaheem dulu pun beli kat sini. Dengan bantuan dan guidance daripada kakak aku. 



Tak banyak pun beli. Err yeke tak banyak? Haha.. Dalam 10 pasang baju kot. Dan 4 pasang mittens and booties. Pastu 2 pasang baju untuk Shaheem. Sekarang kalau beli barang untuk adik mesti kena beli untuk abang jugak. Barulah adil dan saksama kan? Total RM175++. Mak Tok belanja RM50. Alhamdulillah :)



Malamnye kami makan di Taman Warisan. Mak belanja. Makan satay dan add mee sup semangkuk dengan mee goreng sepinggan. Pakat-pakat makan. Plus ABC Special ngan coconut shake. Burpp kenyang yang amat hehe.. Saif Shaheem makan mee sikit. Makan satay 2 cucuk. Pastu sibuk nak membuas. Grrrr... Mama nak makan dengan senang pun takleh. Asyik nak lari je dia. Memang takleh lepas dari pandangan budak tu. Bahaya!

Ahad, aku dating dengan kawan-kawan UPM dulu. Heee.. Mama's day out! Mama feeling single sebab keluar sorang je. Tak bawak Shaheem hehe.. Nantila aku cerita kat entry lain pasal dating ni. 

Hari Isnin, it's time go home. Sobsob. Sekejap je kat Putrajaya. Rasa macam tak puas. Alamanda pun tak sempat pergi. Mesti ada lagi banyak perubahan dalam tu kan. Takpelah, ada masa dan peluang nanti pergi lagi. Transit sebelum balik Sabah next year ke. Tengokla macamana. 

Anyway, kitorang bertolak balik pukul 8.30am, sampai pukul 5.15pm. 

Overall travel dengan kereta ni penat sangat-sangat. Macam dah serik je haha.. Lepas ni dok rumah jela ye. Jangan gatal-gatal nak berjalan jauh lagi...

10 comments:

  1. kan...dh hilang trademark flat ijau...flat kelabu plak...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal. terkejut tgk flat tu dah berubah wajah

      Delete
  2. mmg penat travel dgn kereta ni...ain pun mcm dah serik travel naik kete dengan anak 2 orang...argghh..pening dibuatnya...sampaikan boleh termuntah2...nak tidur dalam kereta jangan harap la..ain kalau husband bawak kereta memang ain payah sikit nak tidur..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amal haritu ayah yg drive. laju jugak. tp daku ni mmg dasar mudah tido jadi tido jela kejenye haha

      Delete
  3. Kamiorg dh serik amat nk travel kb - kl.. kena p ikut kuantan kl.. sakit pinggang oooo. Anak2 x meragam mmy yg meragam nt.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa tu la kak. sakit pinggang macam nak patah haa.. xmo dah huhu

      Delete
  4. Good boy tau shahem..sbb xpyh pakai pampers..pastu dok diam je dlm kereta.akk ada plan nak g kelate cuti sek ni tp mikir aish ni ada peel xsuka dok dlm keta lelama..mcm payah je nk travel.tggu dia besar sikitla

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe klu aish x suka dok dlm kete lama2 mmg susahla. kalau dtg sini bgtaula kak. leh kita jumpa :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...