Thursday, September 25, 2014

Mad About You!

Assalamualaikum,

Oh I miss me husband so much! Padahal baru je jumpa haritu. Tapi entahla... rindu wehh.. 

Maybe sebab tengah pregnant kot. Emosi tak berapa nak stabil. Asyikla rasa macam nak nangis bila teringatkan dia. 

Ni kali kedua PJJ dalam jarak masa yang panjang. Dulu masa pregnant Shaheem, awal-awal tu PJJ jugak. Tak tahan jugak masa tu sampaila aku buat keputusan untuk berhenti kerja. Pregnant kalini tak boleh ikut dia. Terpaksa jugak hadap. Rasanya pregnant kalini yang susah sikit. Sebab dah sarat baru duduk jauh. Sedangkan time sarat ni la aku rasa sangat-sangat perlukan dia di sisi. Hmmm... Tapi takpelah, mujur juga aku duduk kat kampung sekarang ni. Ada jugakla yang tolong tengok-tengokkan. Walaupun tak sama huhuhuhu....


Ohoii sama-sama bulat!
HAHA


Pokcik Guard saye hehehe..


Semoga hati ini terus tabah dan tabah dan tabah......

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...