Saturday, September 27, 2014

Jom Shopping Men Shoes di ZALORA!

Assalamualaikum,

12 September lepas birthday husband aku. Alkisahnye aku belum hadiahkan ape-ape untuk dia huhu.. Aku bukan ape, aku ni kalau bab nak membeli barang untuk lelaki mesti pening kepala. Tak tau nak hadiahkan ape kat dia.

Sehinggalah.... aku bukak web ZALORA and kebaboom!! Dapat idea nak belikan kasut untuk my darling husband hehe.. Kenapa kasut? Well kasut ni kan memang benda wajib yang dipakai setiap hari. Perfume, baju, jam semua tu macam dah common sangat. So why not this time kita tukar pulak pada kasut.

Orang lelaki ni sebenarnye dorang ni pun sama macam perempuan. Suka berfesyen. Fesyen pulak of course kena follow trend terkini. Husband aku tak terkecuali la. Dia kalau membeli memang cari yang up-to-date punye. Barula smart hehe..


Aku kan, suka dengan gaya pemakaian pelakon Hollywood, Zac Efron. Korang kenal tak? Ala yang berlakon jadi Troy dalam filem High School Musical tuu.. Dia punya fesyen tu memang smart habis, from top to toe. 

Contohnya macam dalam gambar ni, dia padankan kasut kulit berwarna coklat gelap bersama basic t-shirt dan seluar jeans, nampak santai je tapi dalam masa yang sama menonjolkan imej maskulin. Oh smart! Tengah membayangkan incik husband pakai camni. Lebih hensem dari Zac Efron kot! HAHA..

Haa ni satu lagi contoh terbaik daripada Zac Efron. Time bersukan atau bersenam pun kita kena make sure kasut yang kita pilih tu sesuai dan selesa dipakai. Pakai kasut sukan Nike dan padankan dengan singlet sukan lelaki dan seluar pendek. Ok, HOT!! (I’m imagining my husband ok :P ). Hmm, boleh juga hadiahkan husband kasut sukan ni. Dia memang suka bersukan. Navy kan, memang wajib kena stay fit selalu.

Here’s another style from Zac Efron. On top of t-shirt biasa, pakai denim jacket. Barula nampak menarik and ada perubahan la sikit dari style biasa. Pakai pulak slip on shoes. Kalau tengah rushing nak pegi mana-mana memang senang pakai slip on shoes. Husband aku pun memang suka style kasut macam ni. Senang kalau pegi shopping, nak singgah surau solat kejap, just bukak kasut macam tu je. Tak perlu susah-susah nak bukak dan ikat tali bagai.


Smart kan style Zac Efron ni? You know what, kat ZALORA ada semua jenis kasut ni. From casual to sport to slip on shoes dan banyak lagi! Kasut-kasut di ZALORA terdiri daripada pelbagai saiz, warna dan datang daripada pelbagai jenama yang terkenal.  Harga pun sangat berpatutan. Paling best korang just boleh klik klik je then they will send directly to your doorstep. Tak perlu susah-susah nak pergi kedai. Very convenient untuk mak buyong macam aku yang dah tak larat berjalan ni haa..


Nak klik kat mana?? Korang klik je kat sini ok >> SHOES ONLINE MALAYSIA


Okey acik nak sambung survey kasut untuk laki acik ni.. Rambang mata haa tengokkkk...

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...