Wednesday, September 10, 2014

HALFEST 2014 ~ Mama's Day Out!

Assalamualaikum,

Macam kukhaborkan dalam previous entry, hari Ahad lepas aku ada keluar dating dengan kawan-kawan masa kat UPM dulu. Alhamdulillah berpeluang jugak jumpa dorang. Lama sangat dah tak bersua muka. Rindu!

Kami ke Halfest di MIECC, Mines. Plan jumpa kat sana sebab salah sorang daripada kawan kami tu buka booth kat sana. 

Aku pergi sorang je. Tak kuasa nak bawak Shaheem. Ditambah pulak dapat tau cerita pasal kejadian culik di Halfest tu. Lagila buat aku tak nak bawak. Shaheem sekarang kalau kat luar memang ligat. Asyik nak lari jauh daripada mama je. Nak buat macamana. Dah peelnye macam tu.Semua budak pun macam tu. Apa la yang dia tau. Baru umur 2 tahun. Mana dia reti culik culik ni. Kita orang tua ni la yang kena alert, jaga betul-betul. Dan aku pada hari tersebut tak rasa aku boleh jaga. Yela, sorang-sorang. Mana nak huha huha dengan kawan-kawan lagi. Kalau abahnye ada takpela jugak. Nak mintak adik aku temankan pun aku macam tak yakin. Adik aku pun mesti nak tengok-tengok jugak apa yang ada kat booth. Sekali terlepas pandang, haishhh nauzubillahiminzalik! Jadi kesimpulannya aku tak bawakla Saif Shaheem. Tinggalkan dia kat rumah kakak aku. Lebih selamat. Dok diam-diam main dengan abang Khalis dan kakak Hanin.

Pukul 9 pagi, Yana ngan Nor datang amik. Hee peluk cium dalam kereta. Rindu! Dengan Nor dah jumpa raya lepas. Yana la dah lama tak jumpa. Tah bila tah last jumpa. Sebelum gi Sabah kot. Lupe dah. Then kitorang gerak ke Salak Tinggi untuk amik Dina dan anak, Fateh. First time jumpa Fateh ni. Comel sangat! Good boy. Diam je dalam kereta. Bila orang tegur manis je senyum. Fateh dah nak jadi abang long jugak dah ni. Dina tengah pregnant gak. Due March 2015 insyaallah :)

Kitorang sampai kat MIECC dalam pukul 11 lebih. Masa tu kereta dah bersesak-sesak nak masuk parking. Kitorang park dalam Mines. Ahamdulillah dapat parking yang dekat dengan MIECC. Mines dengan MIECC ni kan sebelah sebelah. 

Nak masuk kena isi form dulu dan sorang satu dapat sticker PELAWAT. Lekatkanlah kat baju ke tudung ke asalkan boleh dilihat. 

Nampak tak sticker tu? hehe

Masuk-masuk je huh ramai betul orang. Kitorang jalan-jalan cari booth Fairuz. Sambil jalan sambil singgah di booth makanan yang ada banyak! Makan tester. Sebab masa tu lapar gile haha. 


Oh masa round round tu ternampakla Hairuddin Omar tengah diinterview. Tak perasan pulak dia duta ape. Excited nak amik gambar dia je. Hahah tak malu betul mak buyong ni ye. Err korang kenal ke sape Hai-O ni? :D




Tak lama pastu jumpala dengan booth Fairuz. Fairuz jual cookies. Yum yum.. Cookies dia sedap-sedap tau. Habis tester kitorang bedal haha.. Kalau korang nak rasa cookies yang dia jual boleh like Facebook page ni k. Fresh cookies from home. SHEEDA COOKIES N FROZEN.

Sembang-sembang jap dengan Fairuz pastu kitorang naik ke tingkat atas. Tingkat atas jual baju-baju dan tudung. Haa hari Ahad tu last day so ada ramai jugakla artis datang. Promote barang dorang. Iols paling teruja jumpa Mizz Nina. Cantik sangat! Simple je dressing dia. Mekap pun natural. Tak silap aku dia just pakai celak je. Eh comel laa.. Suka tengok. Aku teruja sangat sampai lupa nak snap gambar huhu.. Tapi dok terbayang-bayang. Second time pergi dia dah takde dah. Sobsob... Artis lain yang aku jumpa Siti Nordiana, Fazurina yang berlakon cite Anita tu, Syura, pastu ada mamat pelakon ni sorang. Aku tak tau nama dia haha.. Tapi good looking la. Tinggi. Dia jual jubah. Azza Elite pun ada. Maybe ada ramai lagi tapi aku tak perasan.

Lama jugak kitorang round round dalam dewan tu. Semua booth kitorang singgah kot hehe.. Aku ada la jugak beli 2,3 barang. Aku beli VCO kat booth Catalyst. Harga di kotak RM39.90. Harga jual kat booth tu RM36. Kalau online berapa ek orang jual? Aku baru nak try ni. 

Gambar google. Credit to the owner.
Sape consume ni? :)

Gambar google. Credit to the owner

Pastu aku ada beli frozen food jenama Fatihah, karipap, popia dan roti sardin. 3 pek RM11. Not bad jugakla rasanya. 

Sebelum balik kitorang lepak lagi kat booth Fairuz. Kebetulan ada sofa kat situ bolehla duduk hilangkan lenguh. Aku dah sakit kaki dah masa ni haha.. Sakan berjalan.

Gosip ape tahhh...

Sebelum balik kita bergambar ramai-ramai. Tak cukup lengkap lagi ni. Geng kitorang ada 9 orang semuanya. Rosie kat Sabah. June kat Sarawak. Tini kat Melaka masa ni. Dia keje KL tapi weekend balik Melaka sebab husbandnya kat sana. Sorang lagi, Chan Chan baru keluar wad lepas operate buang hempedu. Get well soon Chan Chan! Insyaallah ada rezeki, masa dan peluang, kita kumpul ramai-ramai. Sayang korang! Friends till Jannah, insyaallah :)

L-R: Dina, Yana, Fairuz, Me!, Nor
Dalam stroller tu la Fateh yang comel hehe..


Kitorang balik tu dah pukul 4 lebih. Aku sampai rumah pukul 5 lebih. Bising mak aku haha.. "Amboi amboi mama.. keluar macam takde anak! Dari pagi sampai ke petang.." Kuikuikui.. sekali sekala mak. Bukan sokmo huhu. Shaheem pun teruja je bila mama balik. Rindula tu haha.. Mama pun rindu Shaheem. Keluar kejap tu pun pikiran asyik dok ingatkan Shaheem je tauu.. 

Oh ye, masa Yana datang hantar aku balik umah kakak aku tu, aku bawakla Shaheem keluar kejap jumpa dorang. Sebab Yana belum penah tengok Shaheem lagi. Dina last tengok masa baby. Tapi.... Shaheem malu laa.. Asyik tunduk je. Siap nyorok belakang mama lagi. Aigoo.. Anok jantan ape la pemalu gini hehe..


Tunduk tengok car je kejenye. Puas aunty aunty tegur, usik. Malu nak angkat kepala.
Ikut perangai sape la ni. Abah ke? Kalau mama ni muka tak malu haha..


Letih, penat. Tapi seronok dapat spend time bersama kawan-kawan. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Masing-masing dok jauh. Ada komitmen sendiri. Especially aku ni la. Dahla dok jauh. Dah ada anak. Nak berjalan saje-saje tu memang payah. Thanks encik husband sebab bagi kebenaran aku keluar jumpa kawan-kawan :) 

Aku teringin nak jumpa dengan geng gojes. Tak kira la sape pun. Kalau ada peluang nak sangat jumpa, bertemu mata. Haa sudah, mak yong dah teringin ni. Kenala tunaikan sebelum beranak ye tak? Kang anak keluar air liur meleleh je haha.. Haa sape nak jumpa Amal?? *krikk krikk* :P

2 comments:

  1. Laaa. Ada kt sini ke. Kalau tau amal ada sini n nak ke miecc, ku ajak laki ku pergi.. huhu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...