Friday, June 27, 2014

Jalan-jalan Kundasang :)

Assalamualaikum,

Ini kisah Sabtu lepas. Baru ada mood nak update kat blog. Alkisahnye aku yang ajak husband pegi Kundasang. Tak taula nape, aku memang suka ke sana. Maybe sebab sejuk kott hihi.. Pastu dalam masa 2-3 hari sebelum pergi tu cuaca elok je. Boleh nampak Gunung Kinabalu dari rumah aku dari pagi sampai ke petang. Means cuaca kat sana pun elok. Biasanya, tengahari dah berkabus tak nampak. Kalau ikutkan hati nak bermalam kat sana, tapi... tengah-tengah bulan ni bajet ketat haha... Tambahan pulak masih ada perasaan takut Shaheem takmo tidur tempat lain. Dan tambahan lagi esoknye hari Ahad tu, husband ada konvi motor pffftttt.. In fact dia dok bagitau kawan-kawan dia, pegi Kundasang ni ibarat nak cop passport kebenaran nak konvoi dari aku la, gitu... Huh sabo jela. Tak kisahla, yang penting dia bawak aku jalan-jalan sebelum balik kampung hehe..

Plan asal nak pegi family kitorang je. Last minute husband ajak member dia. Ex-jiran kitorang. Saje ajak jalan-jalan sama-sama. Bawak anak-anak. Jiran aku ni dah ada 5 anak! Latest yang paling kecik tu kembar sepasang, umur setahun. Murah rezeki dorang, alhamdulillah..

Pastu husband plan nak bawak bekal makan kat sana. Bekal pulak bukan bekal biasa. Dia suruh aku masak nasi dagang. Hohohoho... Aku kalau nak masak nasi dagang ni memang ada rasa cuak-cuak sikit haha.. Sebab nak buat tu renyah. Kalau terlebih santan ke ape nanti nasik lembik. Dah lembik konfem konfem tak sedap huhu.. Tapi dah encik husband request tu, buat jelaa... Sambil buat sambil hembus doa mintak-mintak jadi haha.. Nervous sebab nak jamu jiran aku makan jugak. Dahla jiran aku ni pandai masak. Hohoho cuakk...

Aku bangun seawal jam 5 pagi. Siap solat subuh terus masuk dapur. Bergulai pagi-pagi hehe.. Nasi dah siap masak sebelum tidur malamnya lagi. Pastu sempat lagi rebus telur, goreng mi untuk Shaheem, tumbuk sambal, masak lempeng untuk breakfast. Huh berpeluh! Janji dengan kawan husband tu pukul 9 pagi nak gerak. Aku siap prepare sume tu dalam pukul 8 pagi. Ngam ngam la kiranya. Sempat juga jemur baju yang dah dibasuh malamnya. Feeling superwoman sangat haha.. Shaheem abah yang handle. Kejutkan dari tidur, mandi, pakai baju semua. Alhamdulillah tak kelam kabut nak bersiap.

Pukul 9 naik kereta. Kita selfie dulu sepukul kuangkuangkuang...



First destination kitorang ialah Pekan Nabalu. Takde nak beli ape pun. Singgah jap, mak yong ni nak kencing haha.. Pastu amik gambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.

Cantik sangat kan pemandangan kat belakang tu?
Haa cik Shaheem tu berdukung takmo pandang depan sebab malu dengan pakcik.
Arghhh... tak taula datang dari mana peel pemalu yang amat ni..

Berdukung lagi. Takmo tengok depan pun. 

Dah puas bergambar kami teruskan perjalanan ke Kundasang. Kami ke Desa Dairy Farm. Nak tengok lembuuuuu... Nak masuk kena bayar RM4/dewasa. Huh dah naik rege. Ingat dulu murah je. Tapi tengok dah macam-macamla dorang buat. Ada banyak kelainan. Cumanya jalan je masih tak berturap haha.. Tak paham aku nape jalan masuk tu masih berbatu. Memang sengaja ke ape? huhu..

Ramai orang! Mainly pelancong dari Semenanjung la. First time aku pergi ramai orang macam ni. Tu kat dalam tu, beratur orang nak beli susu ngan aiskrim.. 

Posing sat.. Ketap bibir kes malu lagi T_T


Angin kuattt sangat masa ni. Rasa macam nak terbang je. Dahla sejuk. Best best. Rasa macam nak buat rumah satu kat sini haha...

Makan aiskrim! Satu cup tu RM5. Mahal gakla kan? hehe.. Tapi takpela, bukan selalu bleh makan aiskrim fresh dari susu lembu hehe.. Jahat tak, mama duduk, Shaheem berdiri? haha.. Dia yang takmo duduk. Maluuuuu...

Shaheem seronok tengok lembu banyak. "Kebu kebu." dia dok sebut.. Susu lembu ni memang banyakla. Tengok dia punya nenen tu semua bengkak bengkak macam nak meletupp huhu... 

Kalau nak tengok perah susu kena tunggu pukul 3 petang. Masa tu baru pukul 1. Tak kuasalah menunggu huhu... So next destination kami ke Masjid Kundasang. Eh lupe namanya. Nak solat zuhur dan makan bekal yang dah dibawa tu. Mujur kat masjid tu ada wakaf jadi senangla.. Lepak-lepak makan kat situ.

Tadaaaaa, nasi dagangku! HAHAHA..
Alhamdulillah menjadi :D
Happy sangat huhu.. 

Haa ni Shaheem bergambar dengan anak-anak jiran aku tu. Sorang lagi kembar takde dalam gambar hehe.
Tak malu pula Shaheem nak bergambar. Dia nak berkawan sebenarnya tapi malu malu kucing huhu..


Lepas siap makan dan solat, kami pergi beli sayur kat gerai tepi jalan banyak-banyak tu. Aku tak beli banyak pun sebab takut tak termakan kang kuning, buruk saje dalam peti ais huhu.. Husband borong buah. Suka makan buah yang dia dah siap-siap potong. Beli 3 RM5. Sayur pulak beli 3 RM10. Best shopping sayur kat sini. Fresh fresh..

Dah beli sayur, kitorang pegi Ranau jap. Kawan husband nak isi minyak kereta. Pastu terus balik je. Ingat nak masuk Kinabalu Pines Resort jap nak bergambar. Tapi Shaheem tido pulak masa tu. Kawan husband pun nak balik terus je sebab dia lagila anak ramai kan. Macam-macam kerenah..

Jalan-jalan ke Kundasang kalini memang betul-betul short. Aku ok je. Asal dapat rasa suasana sejuk kat kaki gunung hehe... Aku suka sangat! Insyaallah next time, ada peluang pergi lagi. Bermalam pulak ke.. 

Korang kalau datang Sabah ni wajib pergi Kundasang tauu. Pasti jatuh cinta dengan pemandangan indah kat sana. Syiok bah! :D



4 comments:

  1. bestnya kundansang.. ada lembu... nz... klu hafidh tgk mesti dia suka giler.

    ReplyDelete
  2. bestnya kundansang....haih..bila la nak sampai sana...

    ReplyDelete
  3. Sedapnyo nasi dagang wani!!!! Nyum3x

    ReplyDelete
  4. Wow... seronoknye kundasang bila la saya nk sampai sana. Salam Ramadhan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...