Monday, June 2, 2014

Hello June!

Assalamualaikum,

Update blog tengah-tengah malam. Sebab budak nama Saif Shaheem tu belum tidur. Grrrr.. tadi tengok car dalam laptop. Sekarang tengah baring hisap susu sambil tengok kartun. Tak taula pukul berapa nak tido. Ni gara-gara dia tido lama petang tadi. Tido pukul 5 petang, bangun pukul 9 malam. Haa sungguh-sungguh tido. Dah bangun susahla nak tido balik. Terpaksa la mama OT. Abahnye udah tido. Macam biasa la kan hehe. Husband nak naik Gunung Kinabalu esok... Wah wah.. Semoga dia berjaya mendakinya hingga ke puncak dengan selamat.. 

Erm dah masuk bulan Jun. Dah sampai ke pertengahan tahun. Alhamdulillah. Bulan 6 bulan anniversary me and mr husband :) Tahun ketiga tahun ni. Hoh baru tiga tahun ke? Rasa macam dah lama sangat dah kawin ahaha.. Poyo je. Terima kasih Allah atas kurniaan ni. Seorang pasangan hidup, seorang anak pelengkap kegembiraan, dan seorang lagi anak on the way hehe.. I am happy and very grateful with what I have now. 

Alhamdulillah, aku dah masuk 2nd trimester. Loya loya dah hilang dah.. Minggu ni minggu ke15. Next week ngam 4 bulan. Belum ada rasa gerak-gerak dalam perut. Awal lagi kot. Rasanya by 20w baru boleh rasa gerakan  macam angin dalam perut tu. Lupa dah Shaheem dulu bila dapat rasa. 

Bulan Jun ni jugak birthday Mak & Ayah. Mak 30 Jun, Ayah 6 Jun. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat mereka, panjangkan umur, dan murahkan rezeki mereka. Wani sentiasa merindui dan menyayangi mak ayah, walaupun Wani jauh... 

Insyaallah Julai ni aku akan balik kampung. Stay sampai beranak. Pastu balik semula ke Sabah after baby dah masuk 3 bulan kot. Insyaallah. Kalau ikut perancangan aku macam tu la. Haa nanti rindula dengan incik somi itu. Dia sure tak rindu. Hati kental katanya... Tapi dia cakap nanti dia rindu Shaheem. Maklumla Shaheem tu kan anak abah. Haih aku pun berat hati jugak sebenarnya. Tapi terpaksala berkorban sekejap. Dah plan, anak kedua mesti dilahirkan di Kelantan. Sebabnya kesian dekat mak la. Jauh nak travel dari KB-KK. Mak dah uzur, even masa Shaheem dulu pun lama jugak mak tak sihat. Gara-gara terlalu penat travel. Jadi untuk baby no 2 ni, kita berkorbanla. Tinggalkan abah sendiri kat Sabah, mama & Shaheem balik kampung. Raya nanti abah balikla. Pastu nak dekat due nanti balik lagi. Insyaallah. Semoga Allah permudahkan semuanya. Amin amin amin.. 

Haiyaa dah 1.30 pagi. Shaheem belum ada gaya nak tido. Macamana ni?? huhu..........

3 comments:

  1. Shaheemmmmmmmm... tdo awal tau! sian mama..hehe

    tahniah wani!! semoga bahagia..kekal hingga ke syurga..bersama anak2, suami, cucu2, cicit2..hehe

    ReplyDelete
  2. Shaheemmmmmmmm... tdo awal tau! sian mama..hehe

    tahniah wani!! semoga bahagia..kekal hingga ke syurga..bersama anak2, suami, cucu2, cicit2..hehe

    ReplyDelete
  3. Semoga wani sihat2 sokmo deh..owh wani nk bersalin kat klate uponyo..baru jah tertanya2 wani nk bsalin mana tahun ni hehe..takpo lah mano3 pun insyaallah smua slmt2 deh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...