Friday, June 13, 2014

Breakfast Ala Kelate di Sabah

Assalamualaikum,

Selamat pagi! Nak cerita pasal makan-makan lagi hihi.. Awal-awal pregnant haritu aku teringin sangat nak makan nasi kerabu yang pure dari Kelate. Teringat-ingat nasi kerabu kat kampung nuu haa huhu... Kat sini memang susah sangat nak cari yang betul-betul kena dengan selera. Kadang-kadang tengok colour nasi pun dah rasa tak kena. Tu baru colour, rasa apatah lagi. Ngade-ngade sangat kan haha.. Nak buat sendiri memang sekian terima kasih jela. Aku tak reti! Banyak tempat dah aku pegi. Kat sini kira banyak jugakla restoran orang Kelantan tapi rasa still tak sama dengan nasi kerabu original tu. Sehingga lah husband jumpa satu kedai ni kat Puterajaya. Restoran D'Bulan namanya.. Ownernya orang Kelantan, tukang masak pun dia. Jadi, ada jugakla rasa Kelantan tu huhu.. Aku puas hati bila dapat makan. Boleh dikatakan every weekend makan kat sini hehehe....

Ini kedainya. Kecik je pun. Kat bawah khemah biru tu lah dorang letak lauk-lauk untuk nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk, nasi lemak etc.. Bahagian dalam kedai dorang letak kerusi meja. Tak banyak sangat kerusi meja sebab kedainya kecik molek. Kedai ni beroperasi siang sahaja. Malam tak bukak. Menu lain yang ada, mee celup, mee kari, laksam. Laksam aku penah try. Not bad la..


Encik husband kalau pegi ke restoran ni wajib order nasi dagang. Suka betul dia makan  nasi dagang. Nasi dagang ni ala Terengganu. Kalau nasi dagang Kelantan ada beras dia.Tapi susah nak dapat kat sini beras tu. Gulai dia memang sedap. Sama la rasa macam kat kampung hehe..


Aku pulak wajib order nasi kerabu. Rasa takdela 100% sama macam kat kampung but still better dari kedai-kedai yang aku pernah makan sebelum ni. Puas hati! 


Omnomnom. Tengok gambar rasa lapar pulak haha.. Ada yang pergi lagi weekend ni kikikiki...

6 comments:

  1. Amal ni yg dkt tepi jln besar from kk nk ke tuaran tu ke? Mcm pernah nmpk..

    ReplyDelete
  2. nyum3.... ni klu asben tgk ni... mesti die laju2 nk g kedai..makan nasi kerabu...
    nasib la kt miri tu ade kedai klate.,.. ade la nasi kerabu nih..
    klu x mne nk cari amal oiii..

    ReplyDelete
  3. Akk mcm terpk nak buat nasi kerabu..tp blm.ckup terror lagi..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Wani kat Kkip ada selera darulnaim..bg ore kt situ lg ok..huhu...mmg ssh nk jmp hk btl2 sdap ngan selera kita kan

    ReplyDelete
  5. Restoran D' Bulan telah pindah...tp x jauh. Di depan kedai lama jer....seberang jalan.dikenali restoran merah. Dapatkan nasi kukus ayam berempah...

    ReplyDelete
  6. Restoran D' Bulan telah pindah...tp x jauh. Di depan kedai lama jer....seberang jalan.dikenali restoran merah. Dapatkan nasi kukus ayam berempah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...