Tuesday, June 17, 2014

Bonding Time Shaheem & Abah

Assalamualaikum,

Shaheem memang manja sangat dengan abah. Abah pulak rajin melayan. Tak pernah nak tinggi-tinggi suara kalau Shaheem buat perangai. Sebab tu kot Shaheem selalu mengada lebih dengan abah haha... Tapi, kalau sekali abah tinggikan suara memang sedihla dia. Sebak-sebak nangis. Dah mama pulak kena pujuk. "Abah pawoh (marah)," dia cakap sambil nangis. Kesian hehehe...

Dulu-dulu kalau abah nak keluar pegi mana-mana, tak bawak dia, memang dia akan nangis. Sampai abah pun serba salah. Dah besar sikit, pandai cakap pulak, "nak ikut..." bila nampak abah pakai hensem. Terpaksala abah tipu cakap abah work. Padahal abah nak pegi jumpa member hehe.. Tapi sekarang Shaheem dah cerdik dah. Dah boleh paham dah kalau abah cakap, "abah nak kuar. Shaheem dok umah dengan mama.." Dia diam je. Bila abah nak pegi tu dia tak nangis dah. Siap tolong tutup pintu lagi. Kadang-kadang abah dah kat luar rumah tapi abah belum habis bagi pesanan dia dah tutup pintu siap kunci haha... Marah ke nak?

Aku memang suka tengok dua beranak ni manja-manja.Gurau-gurau. Kelakar hehe... Kalau weekdays abah ada waktu petang dan malam jela untuk main dengan Shaheem. Weekend kalau abah tak duty, tak keluar ngan kawan-kawan dapatla luang masa sepenuhnya dengan Shaheem.. Next month Shaheem nak balik kampung. Tinggal abah huhu. Jangan abah atau Shaheem demam rindu dahla ye. Susah hati mama nanti hehe..






Dua-dua mama sayang!


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...