Thursday, June 12, 2014

4th June 2014 - 3rd Anniversary

Assalamualaikum,

Harini dah 12 haribulan baruu nak bercerita pasal anniversary hehe.. Dah lama sangat tak on laptop. Berebut dengan Shaheem je! Bila on laptop dia pun sibukla nak tengok car dalam google. Ni harini aku cakap siap-siap dengan dia, "Mama nak buat work mama tauu.. Car cuti. Shaheem main car Shaheem jela ye.." "Baik akak.." dia jawab haha.. Bagus anak mama! Bukan setakat nak update blog, kerja-kerja bisnes aku yang kicikk tu pun tertangguh habis huhu... Harini akan cuba sedaya upaya settle yang mana tertangguh tu...

Ok, bercerita pasal anniversary, kitorang tak celebrate beria pun. Pagi hari kejadian tu, aku just wish thru whatsapp je. Lupa nak wish masa salam ngan dia sebelum dia pegi keje hehe... Ding dong ding dong dalam whatsapp (bagi ayat-ayat cinta, harapan etc), then, that's it. Aku sibuk dengan keje aku, dia sibuk dengan keje dia. Malam tu pun makan simple-simple je sebab lauk dah takde, dah lama tak pergi pasar haha...

Esoknya 5 Jun, husband cakap dia nak belanja makan kat luar. Yabedabeduuu la kan heuheuheu... Dia ajak pegi Gayang. Ermm aku tak nak sebab mahal gile!! Makan 2,3 lauk dah seratus lebih. Rasa macam tak berbaloi. Baik pegi tempat murah yang boleh order banyak-banyak. Haa tamak sedikit di situ kihkihkih.. Aku ajak pegi makan kat KK, kat restoran yang blogger Umi Qi aka Julia Johari review masa dia datang KK haritu (baca kat sini). Nampak macam sedapppp je. Murah pulak tuu.. Tetapi, usul aku tu ditolak encik husband huhh.. Dia cakap malas nak masuk KK. Yela, aku paham, KK selalu jem. Memang malas la.. well, dia jela yang malas haha.. Sebab dia drive, aku duduk menikmati pemandangan je lalala.. Encik husband ni memang tak suka nak bersesak-sesak. Ok fine lah... 

Last last kitorang makan kat Puterajaya je, Restoran Ori Thai. Husband nak makan sup gear box sebenarnya. Tapi malangnye, malam tu takde. Kuciwa lah dia. So kitorang just order sup ekor, ikan (ape tah) masak 3 rasa, kailan ikan masin, udang celup tepung, kerang rebus. Eh macam sikit je makan kan. Tapi kenyang gile hehehe...

Husband minum orange juice, aku minum kitchai ping (air limau asam boi)

Ikan tak tahu ikan ape, masak 3 rasa. Ermm tak sedap sangat sebab ikan dia goreng terlalu garing. Liat sangat rasa. Sayang sebab kuah sedap. Kuah tu banyak lebih, kitorang siap tapau hehe..

Sup ekor ngan udang celup tepung. Sup ekor tu not bad. Udang, ermm, ok ok jela, tepung je lebih huhu

Kailan ikan masin

Kerang rebus tak sempat amik gambar. Tinggal kulit je hehe... Oh masa awal-awal sampai tu Shaheem tido. Haa meriba lah abahnye. Lenguh woooo... 

Oh, abah mithali sangat!

Tapi bila makanan dah sampai kitorang kejutkan dia hehe.. Macamana la abahnye nak makan kalau kena riba anak kan...

Total makan semua tu aku lupa hahaha.. Almaklumle, big boss yang bayar kihkihkih..Kang nanti dia balik keje, aku tanya berapa (kalau dia masih ingat lagila) dan aku update semula kat sini ye hehehe...

Apa-apapun, alhamdulillah untuk tahun ketiga perkahwinan ni. Macam-macam aku belajar. Dunia berumah tangga ni memang banyak sangat dugaan. Kena tempuhi setiap cabaran tu dengan penuh sabar. Gaduh-gaduh tu semua lumrahla kan. Jangan terlalu kerap dan jangan melarat sudahla. Muhasabah diri selalu. Kat mana ada kurang tu cepat-cepatla ubah. Toleransi perkara paling utama. Aku paham dia, dia paham aku. Kalau dua-dua ego, tak nak paham dan tak nak terima sikap pasangan memang payahla huhu... 

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi rumah tangga kami daripada anasir-anasir jahat. Daripada godaan-godaan duniawi nih. Semoga hubungan kasih sayang di antara kami sentiasa utuh, kekal hingga ke hujung nyawa, insyaallah...

Together forever, insyaallah :)

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...