Wednesday, April 30, 2014

NAVY DAY 2014 - Base Sepanggar KK

Assalamualaikum,

Ini cerita Ahad lepas. Navy buat Hari Armada atau hari terbuka sempena ulangtahun yang ke 80 Navy. Kat Lumut pun ada buat jugak. Lumut lagi meriah. Buat 2 hari sampai ke malam. Base Sepanggar tahun ni buat sehari je, pastu sampai petang huhu.. 

Aku memang minat nak pegi tapi husband tak bagi pegi. Sebab dia cakap panassss.. Kesian Shaheem. Dan kesian kat aku katanya heheh.. Okla okla tak pergi.

Tapi entah kenapa, sehari sebelum hari kejadian tu dia cakap, "bolehla kalau syg nak pergi. tapi pegi awal pagi. tengok abang kawad.." Haa lakiku ni kan, suka tukar plan last minute haha.. Sekejap gitu sekejap gini.. Aku memang nak sangat pergi tengok dia kawad. Tak pernah tengok kawad secara dekat especially my husband in it.

Jadi pagi Ahad tu, aku bangun subuh terus tak sambung tido. Selalunya sambung tido kiki.. Husband dah turun awal lagi. Pukul 5.30 pagi dia dah gerak sebab nak siap-siap pakai baju nombor satu kat wisma. Sebelum turun dia breakfast milo cicah biskut kering je. Aku nak goreng nasik dia tak bagi. Katanya nak kawad ni takleh makan berat-berat. Kang perut memulas tengah-tengah padang tu, mana bleh keluar. Tercirit dalam seluar nayeee katanya ahaha.. Takleh bayang aku..

Lepas husband dah gerak tu aku goreng jugak nasik. Buat bekal aku dan Shaheem. Shaheem masa tu sedap tidur lagi. Aku angkat dia masuk bilik air. Mandi air suam. Mamai-mamai dia dalam bilik air. Pakaikan baju, dia leh sambung tido lagi haha.. Dalam puul 6.30 pagi aku turun. Drive sendiri ke base.

Sampai dah almost 7am, parking dah penuh! Terpaksa parking tepi jalan. Menapakla jugak dengan Shaheem. Time tu pun aku dah berpeluh sebab panas huhu.. Kesian Shaheem mama lupa ambik cap dia. Gara-gara kelam kabut siapkan dia sorang diri.

Eh korang layan gambar jela eh. Ku dah takleh menaip panjang. Nak muntahhhh huhu


Lama jugak dorang ni berdiri tengah panas. Dari pukul 7 sampai nak dekat pukul 9 huhu.
Tak jumpa langsung dengan husband nak amik gambar dengan dia pakai baju nombor satu. Last sekali bergambar dengan dia pakai baju tu masa kawin haha..



Shaheem keboringan. Ada je tempat duduk tapi dia takmo duduk.Nak pegi main kat padang.
Tu pun entah berapa kali ajak balik, "jom alik jom alik.."


Mama jumpa pokok semalu. Tunjuk kat dia bila sentuh pokok tu tertutup. Punyela seronok dia dok sentuh pokok tu hehe

Posing depan kapal Maritim.
Shaheem bukan layan ship ship ni huhu
Masa ni dah panas gile gile huhu



KD PAUS

Husband bertugas haritu sebab tu pakai uniform

KD GANAS

Me posing dengan one of the submarines. KD Tun Razak kot namanya.
Shaheem memang takkan tengok kamera laa..


Ok dah habis cerita. Ku nak muntah. Huwaaaaa takkan alahan update blog kot? Makin tak berupdate la blog ni huhu

5 comments:

  1. hi amal


    aritu athi gi kat lumut..
    tp x la jumpa nama2 KD yg cool gila mcm kat sepanggar ni..siap nama paus ..ganas...

    ingtkan semua KD nama2 pahlawan2 or nama negeri je...

    tp mmg panas pun...menitik2 peluh membasahi baju masa pgi tu...

    amal alah tgk skrin komputer ni...:P

    ReplyDelete
  2. Shaheem tak de cita2 nk jd navy jugk lepas g sini..?

    ReplyDelete
  3. 7502 tu ex-kapal abe ore.. hehe ...loni dia duk bot pulak

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...