Monday, April 7, 2014

Kegusaran Dalam Hati

Assalamualaikum,

Ngantuknye lahaiii... Tapi Shaheem takmo tidur lagi maka mama kenala tongkat mata tahan ngantuk dulu. Dah alang-alang takleh tido kita update la blog yang dah bersawang ni huhu... 

Sihat ke kawan-kawan semua? Aku alhamdulillah sihat walafiat. Sihat gemok pun ye jugak. Ramai yang dah tego, "Wani dah bulat.." "Wani dah berisi.." Mihmihmih ye, aku tak nafi. Aku memang dah gemok bambam. Makan banyak tak brenti memangla gemok. Ah tak kesahla. Yang penting happy! hehe

Saif Shaheem pun sihat. Tapi kan, aku ada kegusaran dalam hati. Shaheem ni susah sangat nak makan. Nasik sume tak nak. Lauk-lauk saje pun tak nak. Kalau goreng mi ke bihun ke makanla jugak tapi 2,3 mulut je pastu tak nak. Kurus sangat dah dia. Nape eh? Cacing ke?

Pastu satu lagi, dia tak nak minum air masak. Allah, jenuh dah aku dan abahnye memujuk. Dia tak nak! Nampak je air dalam gelas tu warna putih terus lari. Siap pakej tutup muka tutup mulut. Dah penat mengagah, memujuk. Cakap "Upin Ipin pun minum air masak.. sedappp.." Tak jalan jugak. Kadang-kadang dia buat gaya minum. Masuk sikitt je dalam mulut pastu burrrrr dia sembur. Huhuhu sedihnya mama. Kulit dia kering dah. Betis tu kalau garu keluar putih-putih.. 

Korang ada tak idea macamana nak bagi dia minum air masak/air putih ni? Tolong tolong. Aku dah buntu dah memikirkannya huhu...

3 comments:

  1. Bli bekas minum yg cntik2 kt dia....hehe

    ReplyDelete
  2. Alahai Shaheem. Acik xd tips la nak share kat mama. Apa pun acik doakan selera Shaheem naik tau. Mungkin blh try mealshake kot Amal. Dgr org kata elok.

    ReplyDelete
  3. Cer try bg bekas yg ada straw..tp jgn yg transparent..mcm bekas air bdk g sek..tp yg kck la sis..cuba dulu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...