Saturday, March 1, 2014

Marvelous March :)

Assalamualaikum!

Apa khabar semua. Rindu tau kat blog ni tapi entah mengapa entah, mood nak mengupdate blog sentiasa kelauttt.. Tambahan pulak haritu laptop encik husband rosak. Rosak kipas sampai blank screen. Panas sangat. Huh bahaya... Jadi aku keluarkan laptop Compaq yang dah lama gile tak on. Mujurla bleh guna lagi tapi slow yang amat. Tak slow bakpo, ram 512mb jah ekekeke.. Maklumla laptop lama. 7 tahun dah umur dia. My first laptop. One and only. Slow slow pun mampu lagi berjasa. Last week hantar repair. Kenala RM160 huhu.. Tambah ram, sekarang dah 2gb. Lajuuu haha. Saya suka saya suka! Format dan juga servis bersih kat dalam. Banyak habuk katanya huhu.. Moga-moga Compaq ni dapat berjasa kepada saya 7 tahun lagi. Aminnnn hehehe...

Anyway, dah bulan Mac ye kita. Alhamdulillah. Bulan Mac bulan kelahiran my boy, Saif Shaheem. 6 Mac ni genaplah 2 tahun itu budak. Alhamdulillah. Besar dah anak mama. Dah banyak benda pandai buat. Cakap banyak walaupun pelat ekekeke. Nantila esok buat entry pasal dia..

Semoga bulan Mac ni bulan yang baik untuk kita semua ya :)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...