Monday, December 30, 2013

My (Or Shaheem's?) First SSC - PATAPUM TODDLER

Assalamualaikum,

Hihihi dah lama excited nak update pasal SSC ni tapi asyik bertangguh je. Bertangguh sebab takde proper pic nak tunjuk haha.. 

Okeh, akhirnya kubeli jugak SSC ni haa.. Nyesal tak beli dari awal dulu. Join kutu ke, blehla beli yang mahal sikit cam Boba yang memang diminati ramai tu. Teringin jugak nak try. Tapi apakan daya..... Aku tak bekerja. If anything kena mintak dengan incik husband. And my incik husband tu, hmm mana nak support ssc ssc nih.. Jenuh memujuk. Dia cakap aku sesuka nak ikut trend ibu ibu dalam pesbuk. Huh.. mungkin gakla haha tapi memang ada baiknya pun ssc ni. Bukan satu kerugian pun kalau beli.

Tapi mungkin a bit rugi jugak aku beli lewat camni. Yela, Shaheem kan dah besar panjang. Dah toddler dah. Memang dia lebih suka berjalan sendiri. Tapi ada masa dia nak berdukung je. Pastu kalau pegi shopping complex ke, pasar ke, aku lebih suka dukung dia.. Dukung tanpa support ni memang seriously menyakitkan. Selalu gilir gilir dukung dengan abah dia. Tapi selalu abahnye la yang jadi mangsa. Lelaki kan kudratnya lebih dari wanita hehe..

Aku beli Patapum ni kat Tiny Tapir. Beli online je. Murahhh sebab Tiny Tapir tengah buat sale. Harga asal RM280, after sale RM112 saje!! Murah sesangat! Add postage RM13 ke Sabah, total RM125. Eh sangat murah lagi! Jadi wajibla beli hehe.. Aku guna duit yang MAS bayar, ganti rugi stroller rosak dulu.. Malas pulak nak tempek link cerita lama tu huhu..

Aku ni takdela tau sangat pasal ssc or babywearing ni. Jarang masuk group bw dalam fb tu. Masuk pun tengok gambar je huhu.. Adore orang. Tapi sendiri tak pernah nak study pun pasal bw ni. Ada hati nak berbabywearing jugak. Teruk tak? haha.. Aku siap pm Ana Mama Panda tanya ok tak kalau aku beli hehe.. Thanks Ana for the encouragement kihkihkih.. Anyway, I am slowly learning sekarang sebab dah ada ssc sendiri kan hihi.. Wajibla kena tau sikit sikit.. 

Nak tau, masa carrier tu sampai, aku terus nak try carry Shaheem. Tapi bad timing betul. Shaheem tengah cranky masa tu. Dia langsung tak nak bagi kerjasama. Adoi, frust jap. Incik husband pun dah start menyindir haha.. Saje je tauuuu.. Dia pun ada try jugak nak carry Shaheem, tapi budak tengah bad mood, mana dia nak. Meraung raung haaa... Pastu pulak hubs macam tak selesa nak dukung Shaheem. Dia kata macam Shaheem melekat sangat kat badan dia. Tak selesa katanya. Pastu nak adjust adjust strap lagi. Bergaduh kejap dengan dia huhhh.. Frust tauuu... But still, esok esoknye hubs ada la jugak mintak nak try carry hehe..

Few days after that aku try lagi. Alhamdulillah Shaheem ok. Mood tengah elok.. Try dalam rumah je pun. And front carry. Aku tak reti nak back carry sorang sorang.

Marilah ku tayang gambar. Aku beli toddler size, colour Blue Navy.









Petang semalam try pakai kat luar masa pegi pasar. Alhamdulillah Shaheem bagi kerjasama yang baik. Ce tengok cara aku pakai ni. Ok tak? huhu.. Maklumla noob... Shaheem memang dah tak sesuai front carry kan sebab dia tinggi. Dah menghalang penglihatan aku. Better back carry. Tapi tula, tak reti lagi. Nantila try. 





Apa apapun aku puas hati sangat dapat beli Patapum ni hehe.. Tak dapat guna lama untuk Shaheem pun takpela. Insyaallah akan diperturunkan kepada adik adik dia. Ecewaaahhh adik adik lagi tu hehe..

Silalah terjah website Tiny Tapir ye. Aku rasa ada lagi sale tu. Cepat cepat grab sementara murah ni :)



Sunday, December 29, 2013

PREORDER ~ DECEMBER 2013

2-RING RECTANGULAR FAMILY POOL
ETA: MID/END DECEMBER
RM220 INCLUDING POSTAGE SEMENANJUNG MALAYSIA
DEPOSIT UPON BOOKING: RM100

ARCHERY BOW AND ARROW SET
ETA: END DECEMBER
RM55 INCLUDING POSTAGE SEMENANJUNG MALAYSIA
DEPOSIT UPON BOOKING: RM20

MONTESSORI SENSORIAL 13 HOLES
ETA: END DECEMBER
RM55 INCLUDING POSTAGE SEMENANJUNG MALAYSIA
DEPOSIT UPON BOOKING: RM20

GIRAFFE MINI WIRE MAZE
ETA: END DECEMBER
RM60 INCLUDING POSTAGE SEMENANJUNG MALAYSIA
DEPOSIT UPON BOOKING: RM20

DIGITAL DISASSEMBLING MOBILE TOY
ETA: END DECEMBER
RM50 INCLUDING POSTAGE SEMENANJUNG MALAYSIA
DEPOSIT UPON BOOKING: RM20

SUPERMARKET PLAYSET
ETA: END DECEMBER
RM75 INCLUDING POSTAGE SEMENANJUNG MALAYSIA
DEPOSIT UPON BOOKING: RM30


ZEBRA 12 BOXES STORAGE RACK
ETA: MID DECEMBER
RM220 INCLUDING POSTAGE SEMENANJUNG MALAYSIA
DEPOSIT UPON BOOKING: RM100



TO ORDER KINDLY:
EMAIL: alwani.amalini@gmail.com
WHATSAPP: 0148224228

Friday, December 27, 2013

Shaheem oh Shaheem

Assalamualaikum,

Huhuhu kenapa la malas sangat nak jenguk blog. Update blog. Kesian blog ni. Sorry ye.. Kebizian melanda. Serius terlalu sibuk sampai tak terklik blogger dashboard. Harini curi masa sikit untuk update.

Semalam Shaheem OT sampai pukul 3 pagi. Haa OT kau hehe.. Penat aku melayan dia. Encik abah biasala sudahlama krohss krohss. Takpelah, dia keje kan. Biarlah dia tido. Mujur jugak aku tengah bendera merah, bolehla tido sampai cerah huhu.

Pastu kan, dah bangun tu boleh pulak Shaheem buat drama. Mengamuk ngamuk entah apa tak kena. Oh, dia nak main tin biskut. "Situtttt.. situttttt.." Bila aku bagi sekeping dia jerit, "moooo.. mo!!!!" Maknanya takmo. Tak nak. Dah tu nak ape kannn.. Grrr, rupanya dia nak main tin tu. Aku bagila, dia mengamuk jugak. Dia nak aku bukak tutup tin tu. Nak kumbah segala biskut ada dalam tu. Haa tu bukan dia tu.. Tak bulehh tak buleh. Big no no lahhh.. Dia ngamuk ngamuk, lentik lentikkan badan macam biasa. Al kebetulan pulakla ada meja kecik kat situ. Tah macamana tah, terhantuk pulak kat bucu meja.....






Bucu meja tu terkena kelopak mata dia. Kesian Shaheem huhu.. Tak berdarah banyak, macam scratches je. Tapi sekarang dah bengkak dah mata kiri dia. Aku nak tuam masa mula mula kena tadi dia tak bagi. Sakit ngan pedih kot. Aku just sapu minyak gamat je. Itupun berperang jugak.

Meh nak berpantun sikit,

Tane kkuah atah bukit
Budak buah buleh nyakit

HAHA.. ore Kelate je paham ni hehe

Makin besar makin comel peelnya. Kalau tak kena piat ngan mama tu memang tak sah lah! Huhu.. aku dulu kecik macam ni jugak kot. Sian mak.. Sekarang, nahhh rasakan sendiri!

Takpela Shaheem, apa apa pun, kamu anak mama dan mama sayang kamu sepenuh hati!

Thursday, December 5, 2013

Bermula Hari-hari Yang Sibuk

Assalamualaikum,

Allahuakbar, dah masuk bulan 12 dah pun kita ni. Tak lama dah nak masuk tahun baru. Cepat sungguh masa berlalu! Aku takut betul bila mengenangkan masa yang cepat berlalu ni. Takut sebab ianya adalah salah satu tanda kecil hari kiamat. Takut memikirkan banyak lagi yang tak lengkap dalam hidup aku ni. Akhlak aku, ilmu aku, amal aku... Semoga Allah memberi aku rezeki masa untuk melaksanakan semuanya.. Insyaallah amin amin...

Alhamdulillah, bulan November berakhir dengan baik. Disember juga bermula dengan baik. Bermula dengan sibuk? hehe.. Sibuk kenapa ni? 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, semalam bermula lah perniagaan baru kami suami dan isteri. Rasa macam mimpi pun ada. Sebab semuanya berlaku dengan sangat pantas. Persiapan dibuat dalam masa seminggu je! 

Inilah perniagaannya.......

PENANG CHAR KUEY TEAW!
Tapi di Sabah hehehe..
Kawan husband tengah buat persiapan setup gerai semalam..


Bisnes ni sebenarnya bisnes my husband. Asalnya, bos dia yang ajak. Bos dia dah lama dok meniaga burger bakar kat tepi restoran ni. Memandangkan ada satu lagi gerai kosong dia pun ajakla encik husband daku ni. Agaknye dia tau husband aku ni gila bisnes cuma tak tau nak jual ape je.. Hasil perbincangan dengan kawan-kawan, dorang bukakla gerai ni. 

Memang seminggu je dia amik untuk beli peralatan memasak macam kuali, tungku dapur, pinggan, sudu garfu dan macam-macam lagi. Bahan untuk masak lagi. Hari Ahad haritu kawan dia, cook Navy datang ajar macamana nak buat pes char koay teaw ni. Haa siap chef datang ajar tu haha.. Nak harapkan aku reka atau cari resepi sendiri memang tak tau bila boleh start bisnes ni ekekeke...

Hari Selasa malam, berketung ketang daku dan husband masak kat dapur. Pukul 1 pagi kot baru settle. Bangun esoknya mata panda, mata raccoon masing-masing. Lakiku tu sampai takleh tido ha, nervous! haha.. Berapa kali dia dok ulang tengok cara-cara menggoreng CKT kat YouTube huhu. Maklumla, orang takde pengalaman. Memang zero betulla ni..

Semalam, Rabu, malam pembukaan atau perasmian gerai. Sempena pembukaan ni husband bagi makan free. Air je bayar sebab air kena order dengan restoran hehe.. Alhamdulillah ramai jugak yang datang. 49 pinggan husband cakap semalam orang order. Kalau berbayar lebih kurang RM300 dah tu. Alhamdulillah juga ramai yang bagi feedback yang baik.

Suasana sempena pembukaan semalam :)

Alhamdulillah la ada sambutan yang agak menggalakkan. Tapi tu mungkin sebab free dan orang pun baru nak try. Malam ni baru start jual betul-betul. Semoga ada rezeki buat husband dan kawan-kawan beliau. Amin....

Haa.. penyediaan pes macamana? Sape nak buat?? Encik husband kan kerja?? Haaaaa.. here come my part! HAHAHAHA.. Believe it or not eh, bermula hari ini untuk bisnes setiap malam, aku lahh yang kena sediakan pes tu setiap pagi. Kihkihkihkih.. percaya tak percaya tak?? Percayalahhhhh.....

Memula kitorang cadang nak buat pes tu 2 hari sekali. Means sekali buat tu buat banyak. Untuk 2 malam terus. Buat banyak pastu simpan dalam peti ais la. Tapi bila kupikir-pikir, kucongak-congak. tak bolehla buat macam tu. Sebab satu, macam tak fresh pes tu. Takut tak sedap. Takut orang sakit perut makan yang simpan 2 hari ni. Walaupun simpan dalam peti ais kat tempat beku sekalipun. Sebab dua, peti ais rumah aku kecik. Jadi takde tempat nak simpan. So, aku pun bagila cadangan kat suami, kita buat lah hari-hari. Biar sayang yang buat. Abang balik keje, semua dah ready. Kihkihkihih.. Bila lagi kan aku nak cabar diri aku sendiri??

Jadi awal pagi tadi selepas encik suami dah selamat ke tempat kerja, aku pun berketung ketang la kat dapur. Kalini rasa macam dah well prepared. Malam yang masak dengan husband tu tidur pukul 1 pagi sebab masa tu tak betul-betul susun kerja. Sekarang dah tau okla sikit kan. Air rebusan udang aku dah buat siap-siap sebelum tidur semalam. Rebus lada kering pun semalam jugak. Kopek bawang pun semalam jugak. Pagi ni tinggal nak blend, nak masuk dalam periuk je. Alhamdulillah Shaheem tido lena jadi tak menganggu konsentrasi aku buat keje...


Rupa dah ada (kot)
Rasa tak tauu hahahaha
Kena encik husband balik dulu baru bleh tahu.. 

Ni contoh sepinggan CKT yang dah siap dimasak. Tapi masa buat ni takde taugeh & kucai. 
Jemput makan hehehe..


Doakanla bisnes kami ni berjalan dengan lancar ye :) Lepas ni bermulalah juga episod kena tinggal malam-malam huhu.. Takpe, aku redha, Aku tak kisah. Dah cakap dengan husband, sayang redha abang keluar malam-malam untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Janganla keluar malam, cakap nak cari rezeki tapi cari 'benda' lain. Haaa tu memang nak kena cepuk huhu.. Nauzubillah. Semoga Allah sentiasa melindungi suamiku tak kira di mana dia berada dan semoga Allah permudahkan juga urusan serta murahkan rezeki dia dan rakan-rakannya. Amin.....

Kawan-kawan di Sabah kalau terasa nak makan Char Koay Teaw bolehla ke Alamesra ye :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...