Tuesday, October 29, 2013

Cara Saya Membasuh Cloth Diapers :D

Assalamualaikum,

Harini aku basuh CD Shaheem. Jadi marila aku share kat blog ni macamana aku membasuhnya.. Ni basuh yang biasa tu tau. Bukan prewash atau stripwash. Yang tu nanti next time aku share...

CD Shaheem biasanya aku kumpul 1 atau 2 hari baru aku basuh. Macamana aku kumpul?

Macam ni...


Soiled CD yang ada air kencing/najis tu sume kena bilas dulu.
Lepas tu aku tos kat mulut baldi macam ni.
Biasanya aku bilas time aku nak mandi ataupun right after tukar cd Shaheem. Tengok time free aku la.

CD CD ni korang jangan rendam ye. Sebab bila rendam jadi mudah untuk bakteria-bakteria membiak.
Tos je macam ni. 
Tos pun jangan lama-lama. Nanti CD naik mold/lumut/kulat pulak. Especially CD organik atau bamboo yang super sensitif itu. Tos 1-2 hari okla tu. 


Bila tiba hari untuk membasuh CD macam harini, aku masukkan semua cover CD ke dalam laundry bag. Ini sangat penting ye tuan tuan dan puan puan. Laundry bag penting untuk menjaga getah pada cover CD tu. Ada je mommies yang tak letak dalam laundry bag. Terpulang lah. Bagi aku, aku lebih suka letak laundry bag. Rasa lebih terjamin hehehe.. Aku guna laundry bag Cosway. Sangat puas hati! Sebelum sebelum ni aku ada la beli laundry bag kat kedai RM2, beli kat supermarket (harga RM12.90) kalau tak silap tapi langsung tak tahan lama! Grrr.. Guna sebulan, dah koyak koyak. Sampaila satu hari aku belek-belek majalah Cosway jiran aku punye. Nampak ada laundry bag Cosway, RM7.90 kot masa tu. Saje jela try test beli. Alhamdulillah memang ok sangat-sangat. Aku beli awal tahun haritu, sekarang still ok. Cuma kat zip dah koyak. Tak kisahla. Dah cukup lama jugak dia berbakti dengan aku. Maveles maveles...

Oh ye, sebelum masukkan cover CD dalam laundry bag, pastikan velcro CD tu dilekatkan pada laundry tab. Ini untuk mengelakkan velcro tu terlekat pada CD yang lain. Biasanya cd jenis velcro memang ada laundry tab..

Aku basuh sekali je cover CD dengan insert. Cumanya insert tu semua aku tak masukkan dalam laundry bag. Kecuali insert yang sensitif, mudah koyak seeloknya letakla dalam laundry bag.
Insert aku yang biasa-biasa je, mf & bc insert.
Semua tu boleh buat sesuka hati, tak sensitif hehe.. Sebab tu aku campur je..

Ok, first wash, aku bilas CD tu semua dengan air sahaja. Tanpa detergent. Tujuannya ialah untuk buang saki baki poo/pee yang mungkin ada lagi dalam CD/insert walaupun kita dah bilas sebelumnya. 

Siap first wash, buang air.. Mulakan 2nd wash. 2nd wash dah boleh bubuh detergent.

Aku pengguna setia Pureen HAD hehe..
Tengok harga dia kat Sabah ni. Mahal kan sobsob..
Tapi takpelah. Detergent ni tahan lama. Setahun pun tak habis haha..
Sebabnya sikit je guna...


Aku selalu guna banyak ni je. Sikit kan?
Nampak sikit. Tapi bila dah bercampur dengan air, fuh sabunnya banyak!
Tak perlu sabun yang banyak nak basuh CD ni. Sebab kalau sabun banyak, nanti dia melekat kat insert/cover, boleh tersumbat lak liang-liang kain tu. Sabun yang banyak juga boleh menyebabkan CD cepat berbau. Tapi jaga-jaga, kalau sikit sangat pun tak boleh jugak.Kena agak-agakla. Kalau rasa banyak nanti time bilas tu bilas la dengan air yang banyak dan banyak kali. Kalau sikit, tambahla hehe.. 

Banyakkan sabunnya?


Dah siap bilas sekali dengan sabun, 3rd and 4th cycle aku bilas dengan air yang banyak. Sampaila buih-buih sabun tu tak kelihatan lagi. Biasanya juga aku just make sure bila dah siap basuh tu dah takde bau busuk poo/pee. Maknanya tu dah betul-betul bersihla. Kalau masih ada bau means tak cukup bersih lagi.. Jadi rinse lah banyak-banyak kali lagi sampai puas hati :)

Dah siap wash, dan rinse, last sekali bolehla spin macam biasa.

Haa aku guna mesin basuh manual sebab tu boleh adjust sendiri nak air banyak mana & basuh berapa kali & spin last sekali hehe.. Kalau basuh guna mesin auto pun lebih kurang sama je. Korang tekan je button wash atau rinse tu. Air pilih paling max. Buat 2,3 kali. Takpela dia spin banyak kali pun. Lagi bagus..

Korang paham tak ni? huhuhu


Lastly dah siap spin, bau pun dah fresh, bolehla jemur di bawah sinar mentari..

Haha blur pulok gambar...


Begitulah caranya aku basuh CD CD Shaheem. Senang je kan. Senang sebab mesin basuh yang buat semua kerja hehe.. Mungkin nampak renyah nak kena basuh banyak-banyak cycle, but believe me, kalau korang dah start suka buat sesuatu benda, korang takkan rasa benda tu susah hehe.. And CDing is fun! Betul!

Banyak guna air? Bil air melambung? Tak lah!! Aku awal-awal dulu risau jugakla bil air kat rumah ni tinggi. Tapi alhamdulillah ok je. Bil kat sini dorang caj 3 bulan sekali. Selalu dalam RM40 untuk 3 bulan. So purata penggunaan air sebulan hanya RM13 lebih kurang. Okla kan kan kan hehehe..




Aku rasa nak buat giveaway cloth diapers laaa...
Ada tak yang nak join? hehehehe


Selamat Hari Selasa!




Monday, October 28, 2013

Too Lazy To Blog!

Assalamualaikum,



Masalah betul la! Aku nak update blog tapi aku tak tau nak cerita pasal apa... Memang masalah paling besar la tu kan buat semua blogger..

Macam ada je cerita tapi everytime nak menulis tu terus hilang idea. Ape daaa...Sebab tu aku malas nak update blog tu..

Macamanala orang lain boleh update hari-hari. Rajin sungguhla korang! Especially mommy geng gojes tu. Sungguh aku respect dengan mommies yang ada entry baru hari-hari. Rajin sungguh dorang bercerita. Paling penting pandai betul dorang bercerita. Sometimes hanya dengan satu gambar, dorang boleh olah dengan menarik sekali. Aku?? Hampehhhh...

Tu baru betul blogger tegar kan. Aku blogger pengamen jalanan je. Haha tetiba...

Aura rajin mengupdate blog tolonglah datang padakuuuuuu...

Ni pun kira update jugak kan? ngehngehngeh

Friday, October 25, 2013

Apa yang Perlu Dibuat Apabila Anak Demam, Selsema & Batuk?

** Artikel diambil dari Facebook.. Credit to the owner :)


Sila baca....sila baca.. tak rugi pun mummy.... 



Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi. 



Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari. 



Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar).



Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema. 



Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tangan, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung. Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. 

Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap. 

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. 


****

Cuba try okay, mana tau mujarab untuk anak mommies :D

Aku kalau Shaheem selsema cepat-cepat buat garlic oil. Sapukan pada tapak kaki, dada, atas batang hidung dan ubun-ubun. Alhamdulillah menjadi juga. Hingus cepat kering.. Alhamdulillah tak berpanjanganla selsemanya..

Tuesday, October 22, 2013

Barang Dah Sampai Semalam, Alhamdulillah!

Assalamualaikum,

Semalam tak sempat nak update. Shaheem asyik meragam je. Nape tah..

Alhamdulillah, barang ku yang ditunggu-tunggu selamat sampai jam 3 petang. Kuat gile mat despatch tu ketuk pintu rumah aku haha.. Bukak-bukak, tengok mamat yang selalu dok hantar barang tu.. Dia pakai spek itam kalini. Selalunye tak. Aku nak marah, aku nak sound tapi kenapa tah, mulut ku terkunci.. Aku malas sebenarnya. Fedup gile rasa. Malas nak melayan.. Takut pun ada haha.. Sebab dia muka masam, serius je. Kang aku sound sound dia naik angin kat situ, matikla aku hahaha.. 

Husband bengang gile dengan aku sebab aku tak sound mamat tu.. Sorila bang. Bukan abang tak tau sayang ni macamana huhu.. Belakang beranila, depan-depan kecut perut hahaha.. Nasib amarah lakiku tak lama. Aku tau dia pun dah malas nak layan aku. Katanya, "pasni kalau jadi lagi benda camni jangan dok mintak tolong abang laa.. " Uhuk uhuk janganla mare. Pasni memang takkan jadi dah sebab sayang nak guna alamat office abang je pasni. Confirmm takde masalah macam ni lagi dah hehe..

Segan oh segan nak guna address hubs. Kang nanti orang opis dia chop makcik Cik Din ni kuat betul shopping online perabih duit laki dia.. Hohohoho.. Walhal barang yang aku selalu dok order order tu barang meniaga.. Tapi betul jugak cakap Sha aka CK kat fb semalam, "dari situ kdg2 dtg prospek jgk tau, sbb drg tanya asben, n asben bgtau tu brg niaga, n dia beli.." Memang betul!! Sebenarnya sebelum ni pun aku dah pernah dah jual barang kat office mate husband. Jual cd QQ Baby. Bila parcel tu sampai kat husband dorang tanya tu ape. Bila husband bagitau CD dorang memang excited nak tengok. Dan alhamdulillah, memang ada yang beli :)  So ok, next parcel hantar ke PPU je :D

Aku nak lodge official complaint kat Pos Malaysia. Tengah mengarang ayat sekarang ni. They have to do something la.. Tak baik buat macam ni. Menyusahkan orang ramai..

Ok dah sekian. Semoga lepas ni takde lagi dah entry bengang dengan Poslaju.


Sunday, October 20, 2013

Poslaju Memang Dengki dengan Aku

Assalamualaikum,

Sakiiiiittttt nyeeeee hati aku dengan Poslaju nihhhhh.. Tak habis-habis dengki dengan aku. Tak habis-habis cari pasal dengan aku...

Sebelum ni dah jadi dah, sekarang jadi lagi. EXACTLY THE SAME THING!!!!!!

Entry sakit hati yang dulu boleh baca entry yang ini: Bengang dengan Poslaju huhu

Alkisah aku ada order Apple Learning Machine dengan supplier. Dia pos kat aku sehari sebelum Raya Haji, 14hb Oktober.


15 Oktober tu cuti so memang betulla no delivery.

16 Oktober Attempting for Delivery pukul 10 pagi. Pastu ko tengok status pukul 3 petang. DIA SURUH AKU PEGI AMIK KAT PPL KK SEBAB AKU TAKDE KAT RUMAH???!!

WHAT THE HELL??!!!!!

16hb tu aku tak check lagi tracking kat web sebab aku ingat barang belum sampai lagi kat KK. 

17hb pun aku tak check jugak.

18hb baru aku check. Aku check pun dah pukul 4 kalau tak silap aku. Memang hangin la bila tengok status gitu. Paling tak tahan sebab aku takde kat rumah. Tak logik sungguh! Tanpa buang masa aku terus call hotline Poslaju 1 300 300 300. Cakap dengan operator dia. Operator dia cakap, driver remark dia ketuk pintu rumah tapi takde sape bukak dan bila call takde orang jawab. Jadi dia tinggalkan slip untuk amik di PPL KK.

Bertambah hangat hati aku! Grrrr... 16hb tu seingat aku, aku keluar pun dah pukul 5 petang sebab husband balik keje pukul 4.30 petang. Kitorang keluar basuh kete dan pegi pasar. Sebelum pukul 5 tu aku duduk rumah tak pergi mana pun. Well dalam status cakap dia hantar pukul 3 kan, so time tu aku memang ada je. Dia call tapi takde orang angkat. C'monlaaa.. Kalau aku tak angkat sure ada miss call kan. Serius tak ada! Kalau aku off hp pun akan masuk mesej dari Celcom bagitau aku ada miss call daripada sekian sekian nombor pada sekian sekian waktu.. Tapi serius takde! Serius!! Dia tinggalkan slip? Mana slipnye?? Kat bawah pintu rumah aku takde, takde pun tertampal kat pintu rumah aku, takde pun dalam mailbox rumah aku. Kalau slip tu ada, aku memang takkan hangin macam ni. Sebab kalau ada slip, bermakna memang betul dia ada hantar dan memang betul aku tak pickup call, aku tak bukak pintu. So for sure aku akan pegi amik sendiri la sebab dah memang salah aku. Tapiiiiii, sekarang ni, slip tu takde!! Dan aku tak bersalah!!!

Huhuhuhuhuhu.....

Aku cakap dekat operator tu aku nak 2nd delivery. Dia kata boleh tapi 2nd delivery next day la, 19hb (Sabtu) sebab aku call tu dah lewat. Ok fine, aku tak kisah. Yang penting aku nak barang tu sampai.

19hb pagi, aku check tracking sekali lagi. Aku ingat aku dah boleh tarik nafas lega la, tapiiii.. dia update suruh aku pegi amik jugak???? Aduhaiii, ape masalah dorang ni huhu.. Serius nak nangis je rasa time tu.. Terus ngadu dengan husband. Dia pun hangat hati jugak haha.. Terus dia call hotline poslaju. Laki aku kalau mengsound sound ni pedassss sikit. Takut jugak aku. Takut dia bergaduh dengan operator tu hahaha..

Tapi syukurla lakiku berjaya mengawal emosi hehe.. Dia cuma bercakap dengan nada yang tegas. Yela, geram jugakla kan. Kata boleh hantar hari Sabtu (semalam) tapi kenapa tiba-tiba update tracking suruh pegi amik sendiri jugak? Kalau bagitau Sabtu no delivery awal-awal lagi takpelah jugak. Operator tu bagi jaminan kat husband dia akan make sure barang aku tu akan dihantar pada hari Sabtu tu TANPA GAGAL.

So aku tunggu dan tunggu. Tunggu sampai tak keluar pegi mana tau. Sikit-sikit tengok bawah pintu kot-kot ada bayang kaki orang depan rumah. Dok dapur pun tak senang, takut tak dengar orang ketuk. Handphone sentiasa ada di tangan. Setiap masa check takut takut ada mesej ke ape.. Sampai pukul 4 petang tak datang-datang. Check tracking, masih sama suruh pegi amik sendiri. Sedih ok.. sedih..

Aku pun call la lagi sekali hotline Poslaju. Menyatakan betapa kecewanya aku.... Betapa kecewanya aku, aku tunggu sampai tak pegi mana-mana tapi barang tu tak sampai-sampai seperti yang dijanjikan.. Operator tu bagitau, dah 2 reports dihantar ke PPL KK untuk mintak 2nd delivery tapi takde response dari pihak PPL KK. Jadi dorang pun takleh buat ape. Dorang cuma tolong sampaikan je. Action hanya PPL KK yang bleh buat. Teruknye.. Kenapa dengan PPL Kota Kinabalu, Sabah ni? Apa masalahnya?

Kali ni aku serius frust.. Serius.. Masa first time jadi haritu aku memang dah frust. Bila jadi kali kedua, bertambah-tambah frust tu. Aku ingat dorang ni dah ok dah. Aku selalu je nampak van Pos Malaysia masuk. Tapi kenapa time ada barang aku mesti jadi problem. Dorang sengaja ke ape? Ke sebab rumah aku tinggi sangat? Tingkat 2 je pun. Aku dulu masa ngandong dok turun naik turun naik tangga tu. Parcel aku tu bukan berat sangat pun. Driver pun biasanya lelaki. Kudrat ko kuat kan? Kenapa kenapa?

Aku bayar mahal-mahal. Kos pos Semenanjung-Sabah ni yang termahal tau.. Tapi apa yang aku dapat? Dorang sepatutnya kena hantar sampai ke depan pintu rumah (baca ayat dalam kotak merah). Tapi sekarang aku kena amik sendiri?? Supposedly kalau aku takde kat rumah harini, dia kena datang lagi esok dan esok dan esok sampaila barang tu diterima di depan pintu rumah. Bukan di kaunter pos laju!


Inipun kira aku ni bernasib baikla boleh check tracking dalam website. Kalau orang-orang yang duduk di kawasan pedalaman ataupun orang-orang yang takde internet kat rumah tu macamana dia nak check? Entah-entah berbulan-bulan jadi pekasam kat pejabat pos laju. Lama-lama boleh hilang. Macamana kalau parcel atau surat tu penting? Mana lah tau surat interview keje ke ape. Bukankah tu dah kira menganiaya orang?? Sekarang ni pun dorang dah kira menganiayai aku. Disebabkan barang tak sampai, aku terpaksa delay pelbagai urusan. Very troublesome!

Hmm.. Silap besarla aku bagi peluang kat dorang.. 

Aku akan tunggu sampai dorang hantar parcel tu kat rumah. PPL KK dengan Tuaran bukan dekat. Pegi balik lebih 60km. Husband aku kerja. Aku nak drive sendiri memang tak lah. 

Tolonglah jalankan tugas. Tolonglah tunaikan tanggungjawab. Tolonglah amanah dalam bekerja. Tolonglah.....

Esok aku update barang sampai ke tak ye. Doakan sampaila huhu..


Saturday, October 19, 2013

TTC 2nd Child

Assalamualaikum,


Yep, we are trying to conceive our second child :)

Start after raya haritu. Bulan 8... eh ke bulan 7? Haha boleh pulak lupe.. Yang aku ingat aku dah 2 kali period after first time ttc tu.. Bulan 8 la kot sebab period bulan 10 belum due lagi.. Haa sape kata kalau sebelum ni bunting pelamin, second baby pun mudahla lekat.. Tak kannnn heh.. Before this incik husband was so0oo scared kitorang akan conceive second baby terlalu awal. Ikut planning asal kitorang (encik husband je sebenarnya) nak 2nd baby bila Shaheem umur 3 tahun. So dia betul-betul la jaga... Katanya aku ni kan mudah lekat ngehngehngeh.. But now, seeeee.... frust pulok rase.. Dah 2 kali pe0d nihh.. 

Oh macamana husband bleh ubah fikiran? Entah, aku pun tak tau. Tetiba je haha.. Dia dah penat kot dengar bini dia ni merengek nak baby nak baby hehe..

hehehehehehe


Last month aku ada rasa mual mual.. Haa cuak la pulak rasa.. Terus tanya husband, "kalau sayang pregnant macamana??" dalam nada cemas.. Selamba dia jawab, "haa kalo pregnant tanggunglee.. Bila baby dah keluar, jaga la.. mandikanlaa.. Kata nak babyyy.." HAHAHA.. Saje je tauuu.. Tapi mual mual aku tu hanyalah mual petanda nak pe0d huhu...

Bila lambat lekat ni (compared to when we conceive Shaheem - after kawin terus period tak datang!), aku fikir positif jela. Ada hikmah di sebaliknya.. Kita hanya merancang dan Allah sebaik-baik perancang. Mungkin aku belum mampu nak handle 2 orang anak. Mungkin badan aku belum pulih sepenuhnya dari first pregnancy. Mungkin kewangan kami belum kukuh untuk menjaga 2 orang anak. Mungkin suami aku pun belum bersedia. Banyaklah kemungkinannya.. Aku cuma berusaha. Kalau ada rezeki awal, alhamdulillah. Kalau takde lagi, takpe, kita cuba lagi :) When the time is right, I will get pregnant again, insyaallah..

Seronok tengok kawan-kawan yang seangkatan masa pregnant dulu dah pregnant lagi sekali. Tak kira anak kedua, ataupun ketiga.. Keempat pun ada! Best kan pregnant. Aku memang enjoy pregnancy aku dulu. Mungkin sebab aku takde alahan sangat.. Dan semuanya ok ok je, except kena GDM tu la huhu.. But overall memang aku enjoy! Tu yang tak sabar nak pregnant lagi tu hehe..

Dan aku suka bau baby! Subhanallah, wanginyeeee.. Bau syurga orang kata.. Rindu sangat nak cium cium baby :)

Shaheem pun dah menunjukkan ciri-ciri abang long dah. Dah boleh tolong mama sikit-sikit. Selaunya tolong amik remote di kala mama malas nak bergerak hahah.. Kesian jugak tengok dia main sorang-sorang. Marilah kita bagi dia adik untuk jadi rakan sepermainan hehe..

Paling penting, aku nak breastfeed baby. Ya Allah, kalau aku pregnant lagi, berikanlah aku peluang dan rezeki untuk menyusukan anakku tu nanti.. Rindu sangat nak susukan anak dengan susu aku sendiri.. 

Doakan aku pregnant lagi dalam masa terdekat ni ya.. Nak baby tahun 2014, Biar ngam-ngam beza 2 tahun dengan Shaheem hehe.. Aminnnnnn...

Kena tampal kat dinding carta ni!


Thursday, October 17, 2013

Aidil Adha 2013

Assalamualaikum,

Tahun ni kali kedua kami sambut raya haji di Sabah. My feeling? Sedih tapi takpelah huhu.. Apa boleh buat kan. Memang rasa ralat je tak dapat balik beraya dengan keluarga. Kena pulak takde sape kat rumah me mom tahun ni. Both brothers balik Kedah. Kakak sulung pun tak balik. So yang ada Kak Anum & kids & Dila my lil sister. Sorry mak ayah, Wani tak balik. Insyaallah next year lah kalau ada umur yang panjang, kalau Din dapat cuti, kalau tiket flight mampu dibeli, kitorang balik raya haji kat kampung. Aku memang nak sangat balik sebab next year plan nak buat aqiqah Shaheem. Dah book sekor anak kambing kat rumah pak mentua haritu. Insyaallah raya haji next year dah besor la dia. Insyaallah, moga ada rezeki la nanti.. In fact semalam dah tengok tiket AA. Tapi malangnya 5 Oktober 2014 flight sume unavailable lagi haha.. 

Anyway, raya kalini kami 3 beranak sambut super sederhana. Takde baju raya ke ape. Pakai yang mana ada. Aku pun pakau baju kurung zaman bila tah. Tak sempat nak iron bagai jadi pakai kedut kedut camtu je haha.. Saif Shaheem pulak pakai baju abang Imran punye. Mak Ude bagi time raya puasa yang lepas. Nasib baik ngam ngam dengan dia. Dari pagi sampai petang dok pakai baju tu je. Nak tukar dia takmau. Mama pun takde masa nak mengejar dia huhu.. Jadi pakai jelahh sampai busuk masam. Si ayah pulak pakai baju Melayu time kawin dulu haha.. Gambar bertiga memang nan ado lah. Tak sempat lah nak bergambar huhu.. 

Seperti tahun lepas, tahun ni aku & husband buat makan-makan sikit. Saje je, untuk raya. Untuk ajak kawan-kawan gathering berkumpul ramai-ramai kat rumah. Yang datang kebanyakannya kawan husband aku lah. Kawan-kawan pejabat dia dan juga kawan-kawan geng moto. Kawan aku ada jugak, Eamy! hehe.. Thanks Emy sudi datang ke teratak buruk ku huhu.. Sape sangka, perkenalan hanya melalui alam maya, sekarang dapat bertemu mata macam dah kenal lama hehe.. Rugi pulak rasa tak bergambar dengan Emy. Emy datang petang. Aku dah comot momot, muka berminyak bagai dah haha.. Tak sesuwei nak amik gambar dengan mak yong yang cantek sangat! hehe..

Menu raya haji tahun ini ialah.... NASI DAGANG!

Serius weh, next time kan, kalau nak buat makan-makan, aku takmo dah buat nasi dagang huwaaa... Penat Ya Rabbi, Tuhan saje yang tahu! Banyak betul prosesnye. Malam raya tu, aku & husband tidur pukul 3.30 pagi! Pukul 5 dah bangun untuk solat subuh. Husband pulak kena ready ready pegi masjid & uruskan korban. Kena tolong lapah-lapah daging. Aku kat rumah kelam kabut masak gulai dan kemas-kemas rumah. Saif Shaheem bangun pukul 10. Alkisahnya malam raya tu dia pun tak tidur sama. Sebokkk je mengacau huhu.. 

Aku tak buat banyak pun, tapi penat toksah cakap. Malam tu bila orang dah balik, aku & husband flat sehabis-habis flat hahaha.. Shaheem pun sama. Dia tidur sekejap je petang tu. Itupun atas dukung aku. Nak letak je nangis. Agaknya sebab orang ramai kat rumah, dia pun tak selesa..

Next time kalau nak buat makan lagi, kena buat menu senang-senang jelaa hehe.. Nasi berlauk ke, nasi kerabu ke.. Nasi dagang, pengsannggggg hahahaha..

Apa-apa pun aku rasa puas hati jugakla dapat hidang nasi dagang. First time tu buat untuk jamu orang makan. Selalu buat untuk sendiri-sendiri makan je. Aku memula memang tak confident sangat-sangat. Tak tau berapa kali ni call kampung tanya macamana nak buat haha.. Habis talian hayat digunakan. Harini call mak kat kampung. Esok lupa call mak mentua pulak haha.. Pastu lupa lagi, call kakak ipar pulak kuikuikui.. Alhamdulillah, semuanya menjadi. Bagi aku laa.. Bagi tetamu aku tak tahu huhu.. Harap dorang berpuas hati. Oh cuma satu je tak jadi. Gulai ikan tongkol. Rupa-rupanya aku salah beli ikan daaaa.. Aku bukan beli tongkol, aku beli tuna! Cehsssss... mana la ku tahu ikan tu tak sama. Dari luar nampak macam sama je. Sobsss.. Jadinye, bila rebus dan masuk dalam gulai, ikan tu jadi hancur. Sedih sangat huhu.. Kesian kat tetamu. Kena makan elok-elok sebab takut tercekik tulang. Maaf sangat-sangat huhu.. Nasib baikla ada gulai ayam untuk buat backup.. Haih, next time kena tengok elok-elok, mana satu tongkol, mana satu tuna..

Oklah, mari kita layan gambar yang aku semapt amik haritu..


Shaheem & abah tengah tunggu tetamu datang..
Biasanya kitorang tak letak kerusi kat luar ni. Bahaya!!!
Tapi haritu ramai sangat orang dan ada yang smoking juga, jadi letakla kerusi kat luar untuk dorang santai-santai dan juga smoking.. 

Nasi dagang air tangan encik husband ^___^


Gulai ikan hancur huhuhuhu

Gulai ayam

Side dishes, sambal nyor+ikan
Satu lagi side dishes not in picture ialah telur rebus.

Hidangan yang super simple di hari raya
Takde ketupat mahupun lemang huhu.. Pencuci mulut pun buah tembikai je. Aku tak sempat lah nak buat agar-agar ke, kek ke huhu.. 
Bekas buh makanan pun amik ape yang ada je kat rumah hahaha.. Malu laa.
Aku ngan husband dah bincang-bincang dah, nanti nak beli set buffet ataupun mangkuk-mangkuk caserole tu. Barula nampak kemas dan cantik sket bila nak hidang makan kat orang. Ni, bekas eskrem je?? hahaha..
Ampon lah ye. Aku memang takde mangkuk comey-comey huhu..
Husband cakap, "gaji mama dah naik, boleh kottt belanja set buffet??" Cehsss aku jugak haha..
Insyaallah. Marilah kita menabunggg....

Terima kasih buat semua tetamu yang sudi datang beraya ke rumah kami..
Kami minta maaf atas segala kekurangan.. Harap jangan serikla ye nak datang huhu...


Raya korban kalini, kitorang dapat daging lembu banyak kilo jugakla. Penuh dalam peti ais kami yang kecik itu.. Belum masak lagi sebab nak habiskan balance nasi dagang yang banyak gile haha... Terlebih bajet masa buat T_T.. Semalam dah makan perut lembu cicah air cuka+lada+belacan. Yummylicious!!!Korang makan tak perut lembu? hehe.. Busuk memangla busuk. Tapi yang busuk itula sedap haha.. Ada banyak lagi dalam peti ais. Insyaallah nak buat kerabu perut pulak nanti.

Makan sakan. Berat dah naik oiiii!

Anyway, SELAMAT HARI RAYA HAJI korangsssss^^

Good News for Army Wives :)

Assalamualaikum,



Alhamdulillah. Bulan ni makcik-makcik tentera tersenyum lebar sampai ke telinga bila cucuk duit dekat bank heheh

Peruntukan paksa sudah naik. Alhamdulillah. Banyak jugak naiknye. Well selaras lah dengan kenaikan gaji suami kan? Gaji suami naik, gaji isteri pun kena lah naikkk..

Ada jugak dengar suara-suara sang suami yang merungut. Katanya banyak sangat naik sampai terkejut tengok slip gaji bulan ni. Macam-macam omelan lah aku dengar. (Dok kuarters gini la, bergossippp jee haha).. Wahai sang suami, janganla merungut. Duit tu dipotong untuk isteri-isteri anda juga. Isteri yang telah banyak berjasa, melahirkan anak, menguruskan rumahtangga dan macam-macam lagi lah. Dan please lah jangan merungut atau mengungkit-ungkit. Takut nanti duit yang isteri guna tu jatuh tak halal pulak. Sebabnya suami tak redha. Nauzubillah.. Jadi redha kan lah ye... 

Mujurle hasbeng daku okkay jah. Kalau dia merungut jugak, akanku ceramah dia sampai tak larat dia nak dengar hehe..

Apa-apapun, terima kasih ye abang. Nanti sayang belanja makan besarrr eh hehe :D




Thursday, October 10, 2013

UPDATE: Potty Training :(

FAILED!!!!!!

HAHAHAHAHA

Benci........ Geram......

Benci sebab tak berjaya.
Geram sebab Shaheem tak mau bagi kerjasama & mama pun mudah putus asa! HAHAHA

I guess belum tiba masanya untuk PT Shaheem. He is not ready yet.

Actually haritu memang dia macam dah right on track. Tapi Shaheem kan baru-baru ni dia cirit birit. So kenala pakai diapers 24hrs. Elok habis cirit tu aku nak start balik PT dia dah takmau huhu.. Dia meraung-raung dalam bilik air. Dia terkencing dalam seluar without giving any signals. Sudahnye mama memang hari-hari jadi hulk.

Aku nak paksa-paksa takut dia trauma pulak. In fact sekarang memang aku rasa dia dah trauma. Nak masuk bilik air tukar cd pun tak mau. Ini kan pulak nak suruh dia kencing. Haishhhhh...

Jadi aku pikir-pikir, daripada aku paksa dia, daripada aku pun stress tension bagai, better hold dulu lah...

Tunggu la few more months dia dah matang sikit lagi. Dia dah boleh paham sikit-sikit. Sekarang dia macam tak berapa nak faham lagi kenapa dia nak kena kencing dalam bilik air.. Tunggu dia dah boleh cakap betul-betul. 

Aku rasa Shaheem fobia dengar perkataan 'Kencing' tu hahaha.. Aku cakap je, "jom kencing dalam toilet..." Huwaaa terus dia meraung haha.. Poor my baby.. Okla okla, mama tak paksa. Mama tunggu Shaheem betul-betul ready.. Dan mama pun betul-betul ready. Kesian sangat dengan Shaheem, bila dia kencing dalam seluar, mama marah-marah huhu.. Sori tau sayang...

Frust pulak rasa misi tak berjaya haha.. Takpelahhhhh.... Nanti cuba lagi huhu..



PRE ORDER: MUSLIM DOLL ~ REEMA

^^^ STICKY POST UNTIL 10 OCT 2013

Assalamualaikum,

Masa untuk mengajar anak anda menghafal surah penting. 
Reema membantu anak anda membaca & menghafal 
Bacaan Surah:
• Al-fatihah 
• 3 Qul
Anak anda hanya perlu menekan tangan kirinya dan Reema akan mula membaca surah-surah penting itu.


--------------------------------------------------
Bateri: 3AAA/2AA (beserta bateri)
Tinggi Doll: 30cm



Harga RM79 Free Postage
Harga ISTIMEWA PRE ORDER:
 RM69 FREE POSTAGE SEM. MSIA
1 DOLL FREE 3 JUBAH (PURLE, RED & BLACK)

Sabah/Sarawak RM73 FREE POSTAGE

ETA: 7 OCTOBER 2013

To order, 
PM saya di www.facebook.com/messages/slpumpkin
atau email di alwani.amalini@gmail.com
atau Whatsapp/Wechat ke 014 8224428

Thursday, October 3, 2013

Checkup Saif Shaheem 1 tahun 6 bulan 27 hari

Assalamualaikum,

Semalam bawak Shaheem pegi KKIA Tuaran. Checkup 18 bulan. Sepatutnya appointment 18 bulan, 11 September haritu. Tapi Shaheem asyik tak sihat je. Demam on off, pastu sambung dengan cirit birit. Jadi mama postpone la sampai semalam. 

Shaheem pergi klinik berdua je dengan mama sebab abah pegi Kota Belud, ada latihan menembak. Alhamdulillah Shaheem good boy je sepanjang perjalanan. Tak jauh pun KKIA tu hehe.. Dalam 15 minit. Yang penting dia duduk diam dalam carseat.. 

Kitorang pegi belah petang. Tak mau pegi pagi sebab orang raaaamai sangat. Pegi petang ni okla sikit. Pukul 1.30 turun dari rumah. Pukul 1.45 sampai. Letak buku siap-siap kat box yang dah disediakan. Klinik bukak pukul 2. Masa tu pun dah ada dah orang menunggu. Kitorang dapat giliran yang keempat semalam.. 

HASIL CHECKUP:





Sobsobsob.. Aku sedih sebenarnya ni. Sedih sebab berat Shaheem turun. Nurse cakap turun mungkin sebab dia baru lepas cirit birit. Pastu sedih pulak tengok BMI yang dah nak cecah line kuning tu. Aduiyaii ni kes, tinggi naik tapi berat turun. 

Acaner ehh.. Shaheem ni susah betulla nak makan. Selalu kalau aku bagi makan dia buat main je. Kalau nak suap pun sama. Dia akan kunci mulut tu. Kadang-kadang, rasa satu suap, pastu tak nak dahla. Dok minum susu je. Tu pun tak besar-besar. Haih risaunye akuuuuuu...

Satu lagi yang aku risau, dia tak nak minum air kosong/air masak/plain water/mineral water.. Apa-apa yang warna putih dan takde rasa dia memang tak nak lahh.. Macamana nak buat. Ni kes selalu minum air manis-manis la ni. Grrrr.. aku pun tak ingat bila pulak aku dok ajar dia minum manis huhu.. Ni kes dia selalu mintak dan aku/hubby dok bagi la ni. Haih, nah sekarang padan muka. Shaheem dah tak mau minum air masak. Kult dia aku tengok dah kering je. Yela, tak cukup air. Serius, dalam sehari memang dia takkan minum. Macamana ni...................

Semalam jugak Shaheem kena inject yang last.. Kena kat peha kiri. Meronta-ronta jugakla Shaheem masa nak inject tu. Kena panggil nurse lain pegang kaki dia hehe.. Cuak-cuak nurse nak inject sebab dia cakap Shaheem ni kuat. Dia takut Shaheem tepis jarum tu, kang patah huu.. Ngeri. Tapi nasib baik takla.. Balik rumah nurse cakap cecepat tuam sebab nanti tempat inject tu bengkak. Jadi aku pun tuamla dengan air suam. Shaheem ok je kat rumah semalam. Melompat macam biasa. Cuma pagi ni, tiba-tiba dia bangun pastu rebah. Nangis-nangis takleh jalan huhu.. Panik jap aku. Bila rasa kat tempat inject tu memang bengkak la. Besar lak tuh. Mungkin sebab dia tido awal semalam dan dia tak bergerak sangat. Kesianla tengok dia pagi tadi.. Jalan seret kaki. Duduk pun macam budak baru lepas sunat, nak amik barang mengengsot je mampu. Siap beraduh aduh haha.. Kelakar sungguh Shaheem.. Mama ni nak gelak pun ada, kesian pun ada ekeke..
Mujur sekejap je. Tak lama pastu dah boleh melompat balik. Sekarang dia tengah tidur, harap-harap bangun nanti tak sakit macam pagi tadi lah..

Next checkup, Januari tahun depan. Masa tu Shaheem 21 bulan. Checkup timbang berat dengan ukur tinggi je. Tak pergi pun takpe kottt hehehe..

Anak mama, sihat-sihat selalu ya. Nanti mama pikirkan cara macamana nak bagi Shaheem minum air masak dan cara untuk naikkan selera makan Shaheem ok.. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...