Wednesday, September 25, 2013

Saif Shaheem Cirit Birit :(

Assalamualaikum,

Hmmphh... first time tau Shaheem cirit birit ni. Selama dari kecik dia memang tak pernah lah ada masalah berak-berak ni.. Panik jugak tau nak menghadapinya..

Nak dijadikan cerita, sejak hari Ahad lepas, aku bagi dia minum susu Snow sebab susu Dugro dah habis. So aku pikir, habiskanla dulu Snow ni. Dah habis Snow baru bagi Dugro balik. Aku takde pikir pun perut Shaheem takleh nak terima or whatsoever sebab, dia memang serasi dengan Snow selama ni kan? 

Bermula hari Isnin, Shaheem bangun pagi dan berak. Time minum Dugro poo dia macam taik kambeng. Bulat bulat bulat dan keras sikit. Bila minum Snow ni, pagi Isnin tupoo dia macam lembut sket. Memang selalu macam tu pun. So aku anggap ia adalah normal. Then petang dia berak lagi. Aku anggap normal jugak sebab tak nampak apa-apa yang lain pun. Tiba malam, makin kerap dia berak. Seingat aku, 7 kali kot tukar cd dia.. Time tu dia dah start cirit sikit-sikit. Poo kaler kuning, lembik.. Dan yang paling kesian, everytime dia berak, dia akan melompat-lompat, menjerit-jerit sambil pegang bontot dia. Time nak basuh lagilaa.. meraung dalam bilik air. Rupanya kulit punggung dia dah merah-merah... Malam tu Shaheem tido kepenatan.. Pukul 2 pagi jugakla dia tido.. Takleh nak tido awal-awal sebab dia asyik tercirit je huhu..

Esoknya, Subuh dia tersedar. Menangis-nangis sambil pegang bontot. "Aduiii aduiii.." Dia jerit. Allah.. Aku masa tu, dengar Shaheem jerit aduii tu, rasa macam helpless sangat.. Apa yang mama boleh buat sayang, to ease the pain? Sobs.. Tiap kali dia berak, tiap kali tu lah dia menangis, menjerit-jerit. Time hubby pegi keje, aku handle dia sorang-sorang memang betul-betul mencabarla. Every hour dia berak. Aku basuh dah tak boleh gosok dah, dia tak bagi. So end up aku just spray je, Tu pun kemain dia ngamuk. Berguling-guling dalam bilik air. Nak sapu ubat kat montot pun takleh.. Merah menyala montot dia..

Aku suruh hubby belikan dd (disposable diapers). Memang rugi guna dd sebab banyak kali tukar kan. Tapi terpaksa. Dd lebih kering berbanding cd yang permukaannya sentiasa lembap bila Shaheem kencing. Bila lembap, pedihla montot dia tu.. 

Semalam, abahla yang handle bila Shaheem berak. Abah yang tolong cuci montot dalam bilik air sebab abah lebih gagah nak handle. Serius Shaheem ni kalau dia dah liuk lentokkan badan dia tu, aku memang tak larat nak pegang huhu.. Husband aku buh minyak gamat kat montot Shaheem. Tak sapu ngan tangan dah, main curah je huhu.. Tu pun menangis-nangis jugak Saif Shaheem. Sakit betul agaknya.. 

Pagi tadi dia bangun dengan ceria. Masih berak-berak tapi bila berak dia dah tak meraung. Dah tak pedihla tu.. Alhamdulillah, lega sikit hati mama. Tapi masih runsing sebab dia cirit birit lagi. 

Aku tak bawak dia pegi klinik sebab tahu nanti doktor akan bagi ORS je.. ORS aku dah ada kat rumah dan aku dah try bagi Shaheem. Seperti yang dah dijangka, dia tak nak minum. Susu pulak, aku dah stop bagi Snow dan sekarang dia minum Dugor je. Plannya, harini kalau dia masih berak berterusan, aku akan beli Smecta kat farmasi (as suggested my gojes mummies) ataupun beli soy based milk bagi kat dia. 

Tapi, alhamdulillah, harini, last dia berak pukul 12 tengahari tadi. Sekarang petang dah takde. Hopefully betul-betul takde dah la.. Aku akan pantau lagi.. 

Serius cakap, aku memang panik nak handle semua ni. Maklumla first time. Belum ada experience. From experience we learn kan? Mama doakan Shaheem sihat-sihat sokmo lah lepas ni. Tak sangguple mama tengok Shaheem sakit. Lebih-lebih lagi sekarang dah pandai aduii aduii huhu.. Tersiat-siat hati mama ni bila dengar Shaheem cakap macam tu. Ya Allah, Kau kurniakanlah kesihatan yang baik buat anakku. Sesungguhnya kepada-Mu sajalah, aku bermohon......

*gambar lama*

Sunday, September 22, 2013

Tukar Susu Shaheem

Assalamualaikum,

Shaheem dari newborn sampaila umur setahun setengah ni dok minum susu Snow. Ikut step la. Memula Step 1 untuk baby 0-6m. Pastu Step 2 untuk 12-18m kalau tak silap. Pastu last sekali step 3 untuk 1-3 tahun. Shaheem memang serasi betullah dengan Snow ni. Berak dari kecik 1 hari 1 kali. Atau 2 kali la time lawas sangat heh. Poo pun comey je. Mama ni memang rajin tilik poo Shaheem haha.. 

Apa yang mendorong aku untuk tukar susu nih kalau dah serasi? Kalau dah serasi elok teruskan jela, betul tak?

Hmm banyak reason sebenarnya. Salah satunya ialah sebab budget. Susu Snow ni harganya boleh tahannn mahal. Setin tu kandungannya hanya 900g dan harganya ialah RM50 lebih. Haa tu pun nasib kat Servay Likas tu jual ikut harga Semenanjung. Kalau kat kedai lain macam contoh Milimewa (ala-ala The Store) atau G-Mart kat Tuaran tu harganya lebih mahal, cecah RM60++. Telan air liur everytime kalau terpaksa beli kat 2 kedai ni haha.. Dahla selalu out of stock huhu.. Tapi alhamdulillah la kat Servay stok selalu banyak dan lebih murah. Shaheem kuat minum susu. Sebulan kadang-kadang 4 hingga 6 tin. Selalu time gaji kitorang akan beli 4 tin dulu. Tengah bulan dah habis 3 tin, so kitorang akan beli lagi 2 tin sementara tunggu gaji masuk. Bayangkanla ek, 6 tin setiap bulan, darab RM50 dah RM300 sebulan huhu...

Tula.. sape suruh beli susu mahal-mahal... Hohoho the husband yang beria-ia sangat nak beli susu ni dulu. Daku follow aje.. Dah dia yang bayar hehehe.. Nasibla bulan-bulan allocate duit untuk susu saja. Kalau pampers lagi nak kena beli memang masak lah hehe.. 

Plan nak tukar susu ni dah lama dah sebenarnya tapi kitorang selalu hold. Sebabnya risau bila tukar susu nanti, Shaheem cirit biritla. Sembelit lah. Takut dan tak sanggup nak hadapi semua tu. Kesiankan Shaheem la sebenarnya sebab dia kecik lagi. Tapi sekarang memandangkan dia dah besar, kitorang bincang-bincang dah boleh dah kot slow slow try susu lain pulak. Dok minum Snow je, bosan jugak kottt...

Satu sebab lagi kitorang tukar susu ni ialah, nak tambahkan selera makan Shaheem. Shaheem kan, kurus sangat sekarang. Dia tak mau makan. Sedih sangat mama nih huhu. Dulu chubby je. Sekarang cekeding. Memangla sebab dia tengah melasak sebab tu kurus, tapi dia memang tak nak makan. Tu yang paling merunsingkan aku. Aku dah cuba masak pelbagai menu. Tapi Shaheem nak bukak mulut punyelah susah. Bukak pun kecikk je. Suap 2,3 sudu pastu takmau dah la. Penat mama kejar. Penat mama paksa. Serius buntu.. Mama masak tak sedap ke huhuhu.. 

Haritu pegi klinik ada mintak vitamin. Doc bagi lah. Tapi sama jugak, mana dia nak makan vitamin tu.. Dia amik buat main ada la.. Pastu jiran aku pulak bagi vitamin yang syrup punya. Shaheem punyala buat muka masa aku bagi tu. Sebab rasa dia memang tak sedap pun. Aku try aku sendiri pun nak muntah haha..

Last last aku dan husband discuss maybe it's about time for us to change his milk.. Cuba cari susu yang ada perisa sket. Mana lah tau bleh bangkitkan selera dia. Orang kata susu Snow tu mengenyangkan. Sebab tu dia nak minum susu je, takmau makan sangat.. Wallahualam la.. 

Jadi, lepas dok survey suvey, aku amik susu Dugro Fruit & Veg. Memula nak try Dutch Lady. Tapi entahla, aku lebih berkenan dengan Dugro ni hehehe.. Ngade kan mama.. Macam mama lak yang minum :P

Dah seminggu testing, alhamdulillah Shaheem minum elok. Walaupun memula tu dia buat-buat nak muntah haha.. Bau dan rasa susu Dugro ni memang lainn sangat dari Snow. Kalau Snow memang bau susu jela. Dugro ni bau dan rasa dia manis-manis macam vanilla sket.. 

Yang aku perasan selepas minum Dugro ni kan, Shaheem macam sedikit berselera. Bila aku nak suap nasi dia nganga sungguh-sungguh. Alhamdulillah. Dia makan lebih sikitla daripada biasa. Happy sangat tau! Ada sekali aku masak sayur bayam tu. Punyela banyak dia makan. Ohoii mama sukee mama sukeee hehe.. Maybe Dugro sedikit sebanyak membantu kembalikan selera dia. Mana tau kan.. Alhamdulillah. Semoga berterusan.. 

Dia punye poo pulak, ermm sedikit keras berbanding masa minum Snow dulu. Tapi takdela dia sembelit, teran beria tapi tak keluar pape. So far ok lagila aku rasa.. Aku assume poo dia keras sikit sebab dia dah start makan macam-macam. Sebelum ni kan tak makan sangat.. 


Say hello to Dugro Fruit & Veg!
Harga murah sangat berbanding Snow. 900g RM27.55.

Goodbye Snow Neokid-Plus!
Eh sebenanrnya dalam tin ni ada banyak lagi haha.. Belum habis. Sengaja tak habiskan sebab kalau kata Dugro tak sesuai untuk Shaheem at least ada setin Snow untuk backup hehe.. 
Tapi sekarang aku gilir-gilir Snow dengan Dugro. Takpe ke ek? huhu.. Shaheem ok je minum.. 

Saturday, September 21, 2013

Cheesekut

Assalamualaikum,

Hihihihi malu pulak rasa nak up entry pasal cheesekut ni.. Sebabnya rasa macam dah habis musim. Haritu punyela meriah orang dok buat tapi aku tak join sebab tak jumpa-jumpa cheese kat kedai. Last week baru jumpa hehe.. Iols tertinggal keretapi daa.. Takpelah yang penting dapat jugak buat sendiri dan rasa sendiri kesedapan cheesekut yang menjadi bualan nih.. 

Resepi asal sila rujuk blog Nadt aka Mama Saif (eh eh nama anak kita sama! hehe) ye:



Bahan-bahan nak buat cheesekut ni ialah seperti di atas. 

1) Biskut Hup Seng Deluxe Crackers. Biskut ni dia rasa masin-masin lemak sikit. Sedapp.. Aku beli tu yang vegetable kesnya dekat CKS takde jual yang biasa. Vege pun vege lahh... 

2) Cream cheese jenama Philadelphia 250g. Tak kisah sebenarnya jenama apa pun. Asalkan cream cheese. Yang aku jumpa haritu kat Servay Likas jenama Philadelphia ni.. 

3) Susu pekat manis 1/2 tin. 

4) Fresh milk. 

Cara-caranya..

1) Mula-mula kena pukul dulu cream cheese sampai dia kembang. Aku tak ada mixer jadi aku guna blender.


Potong kecik-kecik konon bagi mudah blend. Tapii.. tekan-tekan suis tak bergerak weh haha.. Berat sangat.. Jadi terpaksa derhaka dengan resepi asal. 


Aku campur je sekali cream cheese 250g, susu pekat manis 1/2 tin dan fresh milk lebih kurang 3/4 cawan.
Fresh milk tu kena tengok jugak. Jangan terlalu sikit nanti adunan jadi pekat dan jangan terlalu banyak nanti adunan jadi terlalu cair pulak. So kena agak-agak biar sedang-sedang je adunan tu..
Dah campur semua barulaa bergerak blender tu ekekeke


Jadila macam ni... Lama jugak aku blend. Bagi cream cheese tu btul-btul sebati dengan bahan lain.
Itupun 2 kali kot aku blend sebab macam kurang fresh milk, adunan aku pekat.. 


Next step, amik biskut, celup dalam fresh milk pastu susun dalam bekas. Habis susun satu layer, tuang adunan cream cheese tadi atas biskut. Pastu sekali lagi layer dengan biskut yang dah dicelup dalam fresh milk. Buatla sampai adunan cream cheese tu habis. Oh ye biskut tu jangan celup lama sangat. Kalau lama nanti dia kembang dan lembik. Just celup-celup sekadar untuk basahkan dia..

Err aku tak amik gambar aku susun biskut tu sebabb aku susun tak cantik haha.. Blame bekas tu ok. Aku guna bekas aiskrim Walls tu. Dia ada curve, biskut pulak segi empat sama. Jadinya tak cantiklah bila susun huhu..

Ini dia... 

Dah siap susun dan layer layerkan ia, kita masukkan dalam peti ais dan sejukkan seelok-eloknya semalaman.. Tunggu dia keras barulah boleh makan...

Tadaaaaaa...
Ini hasilnyaaaa..
Comot momot hahaha.. Susunan aku tak cantik huhu..

Tak kisahla, yang penting rasanya sedapp hehe.. First time buat kan, nanti boleh buat lagi lain kali.. Buat dengan lebih baik. Eh yang penting, husband suka, alhamdulillah :)

Thanks Nadt for the recipe!

Friday, September 20, 2013

Update Potty Training Saif Shaheem

Assalamualaikum,

Umum sudah tahu aku sekarang tengah potty train anak terunaku yang seorang itu. Apa itu potty train? Potty train ialah mengajar anak kecil untuk kencing dalam bilik air instead of in their diapers. Aku start 31 Ogos haritu. Harini dah 20 September. Jadi dah lebih kurang (jap kira hari hehe) 22 hari aku train dia. Tapi ada on off jugakla. Time aku malas aku pakaikan cd jugak haha..

Satu je aku leh cakap, SUSAHHHHHHHHHH!!

Serius babe, susah. Awal-awal tula sangat susah.. Susah sebab Shaheem belum pandai cakap dan belum pandai tunjuk signal yang dia nak kencing atau berak. Peristiwa terkencing terberak dalam seluar memang normal pada seminggu awal tu huhu.. Nangis mak. Kena lap dan mop lantai setiap hari! Aku banyak kali jugakla hilang sabar, rasa macam nak give up je. Tapi aku cuba cekalkan hati. Dah ajar ni takkan aku nak stop tetiba kan. Susah dulu, pasni mesti senang kan kalau Shaheem dah pandai. Dok pujuk-pujukla hati ni huhu.. Jadi aku teruskan jugakla....

Macamana aku ajar? Aku bawak Shaheem ke tandas setiap 15 minit. Bawak je dia pegi walaupun dia tak nak kencing. Ada time berjaya, ada time tidak. Kalau dia berjaya kencing tu memang aku punya seronok tu tak payah cakapla. Aku tepuk tangan, sorak-sorak untuk dia.. Shaheem pun dah pandai, bila wee wee dia keluar, dia sendiri yang tepuk tangan hehe.. Dalam masa yang sama juga, every minute, every hour, every second aku akan cakap dengan dia, "Shaheem nak wee wee, nak tencin cakap mama tauuu...." "Kalau Shaheem nak wee wee kena pegi mana?? Pegi bilik air....." Haa selalula aku dok cakap tu dengan harapan dia faham hehe..

Masuk minggu kedua macam dah ada improvement sikit. Shaheem masih tak cakap kalau dia nak kencing, dia cuma cakap bila dia dah kencing. Normal la tu kan.. Bila dia kencing dia akan cakap, "maaa.. syinnn..." Sambil tengok kat bawah, meleleh keluar air kencing dari seluar huhuhu... Even pakai cd pun sama jugak. Bila dia kencing je dia mesti tengok bawah dan bagitau dia kencing.. 

Lagi yang aku perasan masuk minggu kedua ni, dia dah tunjuk body language atau signal nak kencing. Biasanya tengah elok main dia tetiba berdiri dan pegang bebird dia. Haa time tu la aku cepat-cepat bawak dia pegi bilik air and yes, dia memang kencing. 

Sekarang minggu ketiga. Shaheem macam buat perangai sikit. Dia dah pandai marah bila aku nak bawak dia pergi bilik air. Dah tak suka masuk tandas kerap-kerap. Bila aku nak bawak je dia mesti lari, nyorok dalam biliklaa, tertonggeng atas kerusi sambil tutup muka la.. Sungguh-sungguhla dia tak nak. Bila masuk bilik air pun dia akan menjerit-jerit dalam tu. Guling-guling dalam bilik air pun pernah tauu huhu.. Geramnya mama ni haa.. Tapi aku sabar.. Pegang kata-kata, nak potty train anak ni takleh paksa-paksa. Sebab kencing berak ni kan benda natural. Mana leh paksa-paksa. Kalau dia tak nak kencing takpelah.. 

Jadinya, aku kena perhatikan dia selalu. Kalau nampak macam ada tanda-tanda dia nak kencing tu cepat-cepat aku bawak dia pegi bilik air. Improvement minggu ketiga ni, dia dah leh cakap dia nak kencing. Dia pegang bird dan cakap, "syinnnn.." Cepat-cepatla jugak aku angkut dia. Sometimes dia kencing, sometimes tak. Aku rasa dia tahan.. Ape-apapun minggu ketiga ni dah kurangla kekerapan dia kencing dalam seluar.. Kalau dia kencing pun dia akan panggil aku dan tak gerak pegi mana-mana. Bagus bagus, takdela air kencing tu menitik merata tempat. 

Lega sangat bila nampak ada improvement di sebalik dia buat perangai tu.. 

Aku rasa target sebulan nak pt ni tak mungkin berjaya. Takpelah, tak kisahla berapa lama. Yang penting Shaheem boleh diaperless siang hari. Dan aku kena kuatkan semangat lagi huhu...


Oh ya, aku tak beli pun training pants and potty seat. Aku use traditional way ngehngeh.. Kencing je atas lantai bilik air tu. Kang time aku mandi aku sental la. Lagipun air kencing Shaheem ni bukan berbau sangat pun. Kalau poo pun sama, kang nanti aku scoopla masuk lam jamban then flush it away haha.. Geli? Taik anakku sendiri, takpelahhh hehe.. Tunggu dia besar sikit blehla dia pee/poo kat jamban. Sekarang punggung beliau kecik lagi. Duduk atas tu kalu boleh jerlus haha..

Doakanla aku berjaya potty train Shaheem ni ye hehehe...

Sunday, September 15, 2013

12 September: Birthday Encik Husband

Assalamualaikum,

Eh cerita pasal lakiku lagi haha.. Jangan mareee... Baru ada mood nak update blog nih. 

12 September lepas, birthday encik suami. Birthday yang ke??? Ce teka ce teka hehe.. Berapa umur beliau? Yang pasti makin tua la kan, bukan makin muda walaupun muka nampak muda. Muda kerrr haha..

Aku tak bagi hadiah pun. Bagi hadiah kasih sayang je hehe.. Husband pun tak kisah tak dapat apa-apa hadiah. Katanya, " tak payah bagi laa.. tak nak jadikan sebagai kebiasaan.." Dia cakap macam tu sebab birthday aku pun dia tak bagi ape. Siap pakej tak ingat lagi haa! haha... Orang laki kan, meme!

Eh aku haritu pun nyaris-nyaris lupa birthday dia kuikui.. Aku tak perasan dah pukul 12 tengah malam. Tengok kawan dia wish kat facebook baru aku ingat. Jadilah aku orang kedua yang wish hehe.. Dia duty malam tu so aku just wish thru Whatsapp je..

Aku tak buat kek untuk birthday dia. Just buat simple caramel pudding. Kegemaran beliau dan juga aku dan juga Saif Shaheem! Haritu dia konvoi ke Kundasang ada la bawak balik strawberry sikit. Daripada buruk dalam peti ais aku pun hirisla nipis nipis, kasi susun atas itu puding.. Nampak lebih wow la konon hehe

Sori gambar kurang berkualiti


Malamnya hubby ajak dinner kat luar. Birthday boy belanja muehehe.. Pegi 1Borneo je. Makan Kenny Rogers. Tak sempat nak amik amik gambar makanan. Laparrr..

Lepas makan kitorang bagi can Shaheem jalan-jalan dulu. Punyela puas hati dia dapat lari-lari. Tempat luas kan. Tapi kena tengok jugak Shaheem ni. Takleh lepas dari pandangan. Sebab kalau dia lari dia memang betul-betul lari. Dah tak ingat mama abah dah. Suka hati nak pegi mana-mana. Bahaya bahaya.. So end up mama atau abah (abah selalunya) kena dukung..

Then hubby cakap nak beli kereta kat Shaheem. Ala bukan kereta mahal-mahal pun, nak yang boleh tolak-tolak dengan kaki tu je. Apa orang panggil eh? Ride on? Eh entah la hehe.. Tengok kat kedai toys kat 1B tuh, ada satu tu moto, biasa-biasa jek pun tapi harga RM150. Hubby tanya ape keistimewaan motor ni, pakai bateri ke? Promoter tu jawab, "oh tidak. Pakai kaki jak, tolak-tolak.." Cehs rege kemain mahal kan tapi tolak dengan kaki jugekk..

Nampak motor yang guna bateri tu pulak. Harga tak sure berapa tapi mahal sudah pasti. Ada budak tengah test drive. Shaheem dah wowww wowww.. Kagum sangat. Dok sebut to too tak berhenti. To tu moto sebenarnya hehe.. Abah cepat-cepat bawak lari Shaheem haha..

Masuk dalam Giant. Ada banyak pilihan ride on ni. Harga pun bleh tahan huhu.. Semuanya RM70 ke atas. Survey survey, pilih pilih yang elok, akhirnya kitorang beli erm, moto ke kereta ntah. Ada steering macam kereta tapi body macam moto. Entahlaa hehe.. Harga RM89.90. Buleh tahannnn...

Helmet tu dapat sekali. Too big for Shaheem.
Ni gambar budak baru bangun tido terus cari to. Siap pakai helmet tu.
Hehe suka betul dia. To ni agak tinggi untuk Shaheem. Dia takleh nak tolak dengan kaki lagi. So Shaheem guna to ni untuk duduk tengok tv hehe.. Dah macam Bob The Builder dah mama tengok haha

Abah punya birthday, Shaheem yang dapat hadiah haha..
Untonglaaa....


Sebelum aku akhiri entry ni, terimalah video aku & Shaheem nyanyi lagu happy birthday. Aku la yang terover hehe.. Comel je Shaheem mmmmuahhh kat abah hehe..




Happy birthday abang. Selamat panjang umur, murah rezeki dan selamat semuanya di dunia dan di akhirat insyaallah. I love you!

Ralat Di Pagi Hari

Assalamualaikum,

Baru lepas menghantar encik hubby depan pintu. Dia ada ride lagi harini. Kalini pergi Keningau pulak kot. Entahla. Aku pun tak tau. Dia bukan nak bagitau aku detail pasal ride ni huhu.. Ada terbaca post kawan beliau di group motor tu, katanya nak ke Banjaran Crocker, so Keningau lah kot. Apa-apapun, semoga selamat pergi dan selamat pulang abang!

Rasa ralat sikit ni. Ralat sebab aku buat nasik lemak tapi dia tak sempat makan huhu..

Sambal sotong dah buat siap-siap semalam. Pukul 1.30 pagi dok ketung ketang kat dapur dengan Saif Shaheem. Haa itu budak memang tido lambat! Dah siap masak sambal aku ingat nak masak nasik siap-siap. Tapi masa tu Shaheem macam dah ngantuk. Sebab kesiankan dia aku pun ajakla dia tido. Nasik plan pagi-pagi Subuh nak masak. Sekali haaaaa, aku tido sedap weh, terlajak bangun subuh pukul 5.40 pagi huhu.. Kelam kelibut lerr...

Masuk dapur blend nyor, perah santan, basuh beras, tanak nasik, rebus telur, goreng ikan bilis...

Pukul 6.30 pagi tadi, siap semua! Tinggal nasik je belum masak. Then hubby cakap pukul 6.40 dia nak turun. Adeh tepuk dahi dah aku. Sempat ke masak nasik ni.. Dok kejap, tappp nasik masak! Tapiii... bila aku bukak tengok, masih mentah pulakk.. Aduh, aku kan, memang fail la bila masak nasik lemak. Benci betul huhu.. Dah lewat dahla encik hubby nak tunggu nasik tu betul-betul masak. Sobsss.. Sudahnye dia minum kopi dengan ubi rebus. Ubi rebus semalam punye pulak tuh huhuhu... Sori abang :(

Dah tu, nasik lemak seperiuk tu aku la yang kena habiskan hohohoho..

Haish sampai sekarang rasa ralat sangat. Kalaulah aku masak nasik tu semalam..............


Wednesday, September 11, 2013

Saif Shaheem Demam :(

Assalamualaikum,

Hari Isnin Shaheem kuat meragam. Selalu la kena marah dengan mama. Huu dah mama nye ni jenis cepat hilang sabar kan. Malam tu dia tido siap ada bunyi.. Macam merengek gitu. Dah sebak jadinye mama ni. Nyesal sebab siang hari tu mama dok marah-marah Shaheem. Bila tengok dia tido siap ada bunyi, rasa sayu sangat. Sob sob.. Sorry tau Shaheem. Mama ni garang tak bertempat kan. Mama akan cuba untuk lebih sabar pasni. 

Tengah malam camtu aku pegang-pegang badan dia rasa macam panas. Tak sama macam biasa. Terdetikla dalam hati Shaheem ni demam. Bertambah rasa bersalah mama. Shaheem demam sebab mama selalu marah-marah ye huhu... Aku lap-lap badan dia dengan tuala basah. Malam tu memang tak nyenyak tido. Risau.

Pagi esoknya, hari Selasa, husband nak pegi keje. Dia pesan kalau nak bawak Shaheem pegi klinik bagitau dia. Nanti dia balik. Aku masa tu confident tak mau bawak Shaheem pegi klinik sebab bila aku pegang-pegang badan dia rasa macam ok je. 

Shaheem tido, pukul 10 baru bangun. Masa tu la aku pegang badan dia rasa macam panasss sangat. Kat rumah ada ubat demam tapi yang bulan 3 haritu. Nak bagi aku tak sure sukatan dah. Aku ni selalu panik n gabra bila anak demam huhu.. Jadi panik tak tau nak buat apa. Aku call husband and suruh dia balik. Bawak Shaheem pegi klinik..

Kitorang pegi klinik kat Tuaran je. Bila check suhu, 38 darjah celcius kauu.. Tinggi tuh. Padanla masa tu pipi Shaheem dah merah. Panas sangat. Terus doc suruh nurse masukkan ubat ikut montot. Punyela menangis Shaheem. Dia memang takleh orang pegang-pegang dia. Lepas pegi klinik tak singgah mana-mana dah. Terus balik.. Eh lupa, singgah beli lauk siap sebab mama tak sempat nak masak huhu..

Balik dari klinik. Nampak macam ok sikit. Kesan dari ubat lam montot tu hehe
Hisap susu pun siap silang-silang kaki. Style baru...

Kat rumah Shaheem sambung meragam merengek huhu.. Ada je yang tak kena.. Tapi panas berkurangan. Petang tu dia dah melompat-lompat, berpeluhla sikit. Lega dah masa tu..

Malamnya Shaheem tido pukul 8 malam lagi. Aku ingat sampai ke pagila. Tapi tidak. Pukul 10 malam dia terjaga. Dah tak mau tido dah. Huu terpaksala mama layan. Tu pun dia asyik buat perangai je. Nangis nangis. Semua benda serba tak kena. Grr sabar mama.. Sabar.... Bila aku pegang-pegang badan dia rupanya dah panas balik. Huhu.. Try bagi ubat tapi Saif Shaheem ni sangatla susah nak makan ubat. Habis dia luah balik. Terrrpaksala mama dan abah lancarkan roket ke montot tuhhh.. Haa meraungla dia. Maafla sayang, terpaksa. Panas sangat badannya. At the same time aku lap-lap jugakla badan dia dengan kain basah. Tu pun meraung jugak T___T

Pagi tadi Shaheem macam dah ok sikit. Badan dah sejuk. Cuma bila tengahari badan dia dah start panas balik. Aku mandikan dia. Meraunggg dalam bilik air. Aku cuba bagi ubat. Meraunggg jugak. Dengan mama sekali meraung sebab Shaheem luah balik ubat tu huhu.. Aku lap-lap badan dia.. Biarlah dia nak meraung pun. Yang penting panas tu berkurangan. Harini Shaheem sangat sangat meragam. Asyik nangisss je. Agaknye sebab dia dah rasa tak sedap badan berbanding semalam. Aku takleh nak buat ape. Kena ngadap dia je. 

Pukul 5 lebih tadi dia tido. And sekarang pun pukul 7 masih tido. Jap jap lagi bangunla tu. Alhamdulillah dah sejuk sikit badan dia. Hopefully malam ni tak jadi macam semalam huhu.. Abah Shaheem keje malam ni. Tak taula macamana mama nak handle sorang-sorang.

Cepat-cepatla sembuh sayang mama..


Thursday, September 5, 2013

Hubby's Hobby

Assalamualaikum,

My darling hubby ni masa aku kenal dia sebelum kawin pun aku dah tau dia suka dengan motocross atau motor scrambler. Bila datang Sabah, dia jumpa pulak kedai jual motor tu.. Terus beli. Masa tu aku tengah pregnant. Beria dia mintak permission. Aku ok saje, asalkan dok bayar bulan-bulan tu tak menganggu penggunaan duit semasa. Almaklumla aku kan tak kerja.. Kalau duit untuk guna semasa ni takde atau tak cukup, mana nak cari kan? huhu.. Alhamdulillah, memang takde masalah ape pun lepas dia beli motor tu. Memang bleh puji la encik suami ku ni kalau bab bab menguruskan kewangan. Tip top. Cuba bagi aku urus, bankrupsi aku rasa hahaha...

Encik hubby selalu guna motor tu untuk pegi keje. Dia dah ada jugak motor EX5 sebenarnya. Jadi gilir-gilirla pakai.. Dah 2 tahun beli motor scram tu, baru sekali kot aku naik. Membonceng jela. Bawak moto memang aku tak reti! Eh bonceng pun tak reti. Gayat weh! Moto scram ni  tinggi macam kuda! Naik sekali, tak mau lagi!

Dulu aku perasan kat dalam base mahupun kat kuarters aku duduk ni, laki aku sorang je yang guna motor ni. Tapi sekarang, dah ramai dah geng dia. Haa dan bila dah ada geng ni, mulala dia berkonvoi ke sana ke mari. Huhuhu... 

Jujurla aku cerita ni, aku tak suka dia pergi konvoi-konvoi tu. Especially ke tempat jauh-jauh. Paling jauh dia penah pegi ke Keningau. Jalan pegi Keningau tu bukannya highway! Jalan redah hutan, bengkang bengkok, panjat bukit. Tapi alhamdulillah la dia selamat pergi dan selamat pulang. Aku masa tu punya la tak senang duduk dok menantikan kepulangan dia huhu.. Risau tauu, risau! 

Second konvoi dia pegi Ranau. Sambil melawat rumah anak yatim. Elokla kan, sambil beramal. Aku suka. Yang tak suka bila dia kat atas jalan tu huhu.. Jalan Ranau pun sama jugak macam jalan Keningau, merentas bukit. Nak ke kaki Gunung Kinabalu tu bukan jalan straight pun. Dahla balik malam. Jalan tu bukan ada lampu jalan. Tengah malam baru dia sampai rumah. Tak senanng duduk jugak aku...

Semalam, nak tido, dia cakap dengan aku, " Sabtu ni abang ada konvoi lagi. Kali ni nak pegi Kundasang dari Tambunan." Aku ketap bibir dan jawab ye jela... huhuhu...

Dalam keberatan bagi permission tu. Dah tak tau berapa kali dah kitorang gaduh sebenarnya everytime dia nak pergi konvoi. Gaduh bukan sebab ape pun. Sebab aku yang risau lebih-lebih huhu.. Sape tak risau kan.. Naik moto ni tak sama macam naik kereta. Lebih berisiko. Bukanla aku mintak something bad to happen (mintak jauh sangat-sangat), tapi tu la... hati ni sentiasa tak senang, tak tenang... Yang boleh gaduh tu sebab husband aku ni tak paham isi hati wife nye. Bukanla aku tak support. Aku ok je dia nak naik moto ni, ok je dengan hobby dia ni, cumanya bila dia travel jauh-jauh dengan moto aku jadi risau., Itu saja... 

Sekarang ni aku cuba untuk berfikiran positif, cuba untuk lebih lagi menyokong dia. Memang lepas ni kalau dia nak pegi konvoi mana-mana aku takkan halang dah. Pegila bang.. sayang iringi perjalanan abang tu dengan doa. Semoga selamat pergi dan selamat pulang....




Sunday, September 1, 2013

31 Ogos 2013 - BERMULA EPISOD MEMERDEKAKAN SHAHEEM DARIPADA CD

Assalamuaikum,

Happy National Day folks! Semoga negara kita akan terus merdeka, aman sentiasa. I love u Malaysia!

Semalam, bermula juga usaha aku dan hubby untuk potty train Shaheem. Why so soon?? Awal sangat kan. Shaheem baru 1y5m, 6hb ni 1y6m. Memang aku ada plan nak PT dia awal-awal tapi not this early la. Ceritanya Saif Shaheem ni dah mula buat perangai tak mau pakai cd, tak mau pakai pampers. Aduiyaii, stress tau mama. Dia akan lari. Dia akan menyorok. Bila baringkan dia akan pusingkan badan tu. Takkanla aku nak paksa kan. Kang patah pinggang anak aku, nayeee.. Aku ni pulak jenis cepat nak marah, cepat naik geram. Memang selalula Shaheem kena marah, kena pokk ngan mama nih. Haihh rasa jahat sangat mama ni. Tapi, mama tak tahanla Shaheem bila Shaheem asyik melawan huhuhu.. Jadinye, mama buat keputusan drastik. Mulai semalam, 31 Ogos, mama akan PT kan Shaheem. Caiyokk caiyokkkk..

Semalam start pukul 10 pagi tak pakaikan cd. Shaheem sendiri yang pelik haha.. Siap pegang-pegang montot dia yang comel itu. Macam tak percaya ye, montot nipis. Selalunya tebal ekekek.. Aku bawak dia ke tandas setiap 15 minit. Tapi bawak dia kerap-kerap dia jadi tak suka. Meraung-raung tak mau masuk pulak.. Yang paling geram, bila dalam bilik air mama penat syyyy syyy tapi dia tak kencing. .. Keluar je dari bilik air, tak sampai 5 minit, datang kat mama, "Maaa.. asyahhh.." sambil pegang seluar. Huwaaa.. 

Hari pertama semalam, Shaheem kencing dalam seluar 2 kali, kencing dalam toilet sekali (yeayyy) dan berak dalam seluar sekali (double yeayy) hahaha... Yang berak tu aku tak tahan. Shaheem ni dia nak berak memang kita tak tau bila. Tengah berdiri tengok tv pun dia leh berak. Semalam pun depan tv la. Elok ada seketul taik depan tv tuh hahaha.. Nasib baik keras. Kalau cair?? Adeiii.... 

Harini pulak, Shaheem kencing dalam toilet sekali, kencing dalam seluar 4 kali kot. Huhuhuhuhu... 

Sabar sabar.. Baru 2 hari. Kena slow slow cuma berterusanlah kan. Shaheem pun bukan leh cakap lagi. Aku selalula bagitau dia, "kalau Shaheem nak wee wee Shaheem cakap kat mama tauu.. " Time tu jugak dia cakap, "wee weee.. " tapi dia sebenanrnya cuma ajuk aku cakap tu. Bila betul-betul nak wee wee dia wee wee je dalam seluar T__T

Alhamdulillah hubby bagi kerjasama sepenuhnya. 2 hari ni dia la yang dok lap lap lantai (tanpa sebarang rungutan hehe) sementara aku bawak Shaheem ke toilet. Esok dia dah keje tah cemane laa aku nak handle sorang-sorang huhu.. Semoga mama diberikan kesabaran tingkat tinggi serta semangat yang kental. Satu lagi, semoga aku tak mudah hilang sabar dan tak cepat marah..

Doakan aku berjaya PT kan Shaheem. Target dalam masa sebulan. Insyaallah. Caiyokkkk! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...