Wednesday, May 29, 2013

Port Lepak

Assalamualaikum,

Kadang-kadang aku kesian dengan Saif Shaheem. Yelah, asyik terperap je dalam rumah. Rumah pulak tinggi sangat. Takde tanah nak pijak. Dudukla ngadap tv, ngadap dinding, ngadap mama je hari-hari. Huii aku ni pun bosan, apatah lagi dia yang tengah nak kenal dunia ni kann..

Rumah aku ni rumah flat. Aku dok tingkat dua. Flat ni mengadap tasik. Ke paya? Entahla hehe.. So pemandangan tu cantik jugakla. Sedap mata memandang. Ada beranda kat rumah aku ni. Aku sidai kain kat beranda tu lah. Aku tengok rumah orang lain semua letak tikar getah cantik-cantik pastu blehla lepak-lepak kat situ. Rumah aku plak, simen bodo je lagi sejak dari memula masuk dalam rumah ni pada September 2011. Aku nakk letak tikar getah jugak tapi asyik bertangguh je. 

Sudahnya, grill nak ke beranda tu aku selalu kunci. Tak nak Shaheem pegi situ sebab simen tu berhabuk. Kang kotor pulak kaki dia kan. Tiap kali aku nak pegi sidai kain aku terpaksala cepat-cepat tutup grill, tak bagi dia ikut. Masa kecik bolehla lagi kan. Sekarang dia dah besar, dia yang lagi laju dari aku! Huwaaa.. Payah payah.. 

Eh dia suka buang barang ikut grill tu tau grrrr.. Handphone aku, remote tv.. Mainan dia.. 


Pastu aku kesianla, tengok dia. Kalau ada bunyi motor ke, lori ke, dia mesti cecepat pergi kat grill tu, intai dari jauh. Kesiannyaaa haha.. 




Macam dok dalam penjara je kan huhu

Jadi last week, aku pegila beli tikar getah tu. Beli 4 meter, RM6.60 semeter. 

Balik dari kedai aku pun gigihla nak pasang ni. Shaheem tido time tu. Hubby pulak duty. Sekali dah bukak tikar tu atas lantai, hah sudahh, cane nak buat hahaha.. Dah hampir nak give up dah. Ingat nak suruh hubby je buat nanti. Tapi, rasa tak puas hati pulak. Aku pun berusahala buat. Huhh berpeluh-peluh ketiak...

Hasilnye,


Kedut-kedut je tikar tu hahaha..
Ampunla ek, aku buat sorang-sorang huhu
Potong pun senget benget. Lain harilah touch up.
Yang penting Shaheem sukeeee.. Masa ni aku baruu je siap pasang, Shaheem pun terjaga dari tido.
Suka dia bleh main kat situ hehehe

Siap hisap susu kat situ lagi haaa


Ni dok gomol abah.
Dengan abah sekali baring haha

Main main..

Makan petang sambil menikmati pemandangan indah! hehe
Now dah tak perlu intai mengintai lagi kalau ada bunyi yang menarik perhatian. 
Intai je terus kat pagar tu hehe
Oh pagar tu kitorang pasang lama dah.. 
Tu pun sebab mak aku dok bising hehehe..


Jadi, itulah dia tempat lepak baru Shaheem hehe. Dapatla dia tengok dunia luar sikit...

Sunday, May 26, 2013

Anak Buah Yang Ke-9 dan Ke-10

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, tahun 2013 ni aku dapat 2 orang anak buah baru. Anak abang-abang aku :)

Dua-dua baby boy hehe.. Geng Shaheem. Genap 10 orang dah cucu mak ayah aku. 7 lelaki & 3 perempuan. Yang lelaki dah bleh form team futsal tu. 3 orang yang perempuan jadi pom pom girl hehehe..

Introducing Ahmad Ady Zafran bin Ahmad Adili. Lahir pada 14 Mac 2013. 



And introducing latest addition in our family, masih belum ada nama hehehe.. Anak abang Azim aku.. Lahir pada 24 Mei 2013.



Ady Zafran aku dah jumpa time balik kampung haritu. Baby baru ni la tak tau bila leh tengok. Raya ni pun tah balik tah tidak. Huwaaaa...

Tahniah buat kedua-dua abangku. Selamat menjadi papa mithali hehe.. Oh, Ady Zafran tu anak ketiga abg Dili. Baby baru anak sulung abang Azim. And guess what, yang specialnya, kakak ipar aku dua orang ni pun (isteri-isteri abang-abang aku) sebenarnya adik beradik.. Haa unik tak hehe.. Tahniah Kak Mas & Kak Intan. Selamat menjadi mama mithali hehehe

Rindunyaa nak bau baby! Wangiii 




Tuesday, May 21, 2013

David Beckham Bersara

Assalamualaikum,

Sape tak kenal David Beckham angkat tangan! hehe.. Sape tak kenal kannn... Uii aku masa muda mudi dulu minat gile dia. Siap gunting semua gambar dia dalam paper pastu tempek dalam buku. Haha over. Masa tu Beckham pun muda lagi. Main dengan Man Utd. Aku tak tau aku minat dia sebab dia cute atau sebab dia pandai main bola. Rasanya sebab yang pertama tu hihihi..

Masa muda belia dulu jela aku minat dia. Sekarang dah kureng. Cuma amik tau jugakla pasal dia. Hehe takde keje.. Suka amik tau pasal anak-anak dia especially Harper. Comelsss!

Anyway, Beckham dah bersara dah ponn.. Tua dah kan dia, 38 tahun dah umurnya. Veteran sudah. Boleh duduk rumah diam-diam tanam sayur :P



Bye bye Beckham!

Saturday, May 18, 2013

Babywearing Daddy. Hot & Sexy!!

Natalie Portman & fiance. Sape tah nama nya hehe

Orlando Bloom

Ethan Hawke

Liev Shreiber

Gavin Rossdale

Dean McDermott

Friday, May 17, 2013

TIPS MENDIDIK ANAK LELAKI

Dipetik daripada rancangan Tanyalah Ustazah. Panel Ustazah Harlina Siraj.
Sumber: Facebook.



PERANAN BAPA:
1. Balik awal dari tempat kerja, mandikan anak jika masih di bawah 5 tahun
2. Bawa anak bersiar-siar dan spend waktu bersamanya
3. Ajak anak bergasak @ bergumpal. Ini akan create bonding dengan anak lelaki yang memang sukakan aktiviti fizikal
4. Anak lelaki akan anggap bapanya 'role model', maka bapa kena jadi yang terbaik. Apa yang bapa buat akan di ikut oleh anak. Cth: jika bapa merokok, kebarangkalian untuk anak itu merokok apabila dewasa nanti sangat tinggi berbanding dengan bapa bukan perokok.
5. Dukung anak atas bahu. Ini membolehkan pemandangan anak itu dapat dilihat daripada pemandangan bapanya.


PERANAN IBU:
1. Anak lelaki belajar ilmu MENGASIHI daripada ibu
2. Ajak anak lelaki berbual tentang apa sahaja. Ceritakan padanya apa yang kita buat, aktiviti, serta hal-hal yang boleh dia beri pandangan. Ini akan create bonding antara ibu dengan anak lelaki.
3. Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil.



Moga dapat beri sedikit sebanyak panduan untuk ibu bapa di luar sana.

Thursday, May 16, 2013

Follower Dah Bertambah. Alhamdulillah^^

Assalamualaikum,

Hehehe gedik tak tajuk. 

Follower setakat harini, ada 234 orang (cantik plak nombor tu). Penting ke follower ni? Eh pentinglaa.. Ini menunjukkan blog aku ni dibaca orang dan disukai orang. Yeke? Haha perasan sendiri.. 

Cececece siap print screen lagi :P


Terima kasih pada yang mengfollow blog picisan cap ayam ini huhu.. Aku tau aku jarang update. Kalau update pong entry bosan-bosan. Tak reti nak menulis katakan.. Tapi aku suka blogging. Suka merapu. Biarlah takde orang baca. Aku sendiri yang ulang-ulang baca. Eh tapi ni follower dah bertambah maknanya ada la yang baca kan? hehehe.. Tinggal aku kena rajin update je kan kan kan :P

Aku tau yang follow ni sume dari group Gojes Supermommies tu (eh betul ke nama tu.. sampai harini takleh hapal nama penuh group tu huhu).. Masyeh korangg!! Nanti aku follow balik tauuu.. Aku mungkin jarang blogwalking. Kalau blogwalking pun selalu jadi silent reader je. Nak komen nak komen tapi selalu takde masa huhu.. Saif Shaheem bukan bleh tengok mama dok senang menghadap laptop!

Laptop aku letak tempat tinggi! Agar tak tercapai oleh dak Shaheem. Tapi sekarang dia dah pandai. Bila mama dok je kat tempat laptop tu, dia akan datang tarik baju. Tak pun tolakkk mama suruh duduk dengan dia. Tak pun menangis menjerit mintak perhatian hehehe.. Kesian anak mama.. Sebab tu lah aku susah nak update blog ataupun online. Time dia tido barula bleh bernapas sket. Tapi biasanya time dia tido tu jugakla aku kena jadi lipas kudung. Laju-laju bereskan kerja rumah.

Letak laptop atas speaker.
So aku berdiri bila online. Lenguh kaki!
Bila Shaheem tido barula letak atas meja kecik tu..
Time dia tak tido takleh letak bawah, nanti sebokkk je nak menaip jugak huhu


Walau apapun, aku akan cuba la untuk update blog ni. Sayang tau dkat blog ni. Cerita sentiasa ada tapi tu lah, kekangan masa tu.. Aku akan cuba jugak up satu entry sehari. Biarlah info copy paste sekalipun. Asalkan berupdate hihii (hangan-hangan tahik ayammm)

Thanks again for following me :)


Tuesday, May 14, 2013

Buggy Shaheem dah Rosak! Grrrr...

Assalamualaikum,

Rasanya baru haritu aku bercerita pasal betapa excitednya aku membeli umbrella fold stroller/buggy untuk Shaheem. Entry ini ---> http://amalini.blogspot.com/2013/01/shaheems-new-ride-d.html

Beli bulan 1. Bulan 4 punah jahanam! Bukan salah kami tapi salah orang lain. Tu yang buat hati sangat sakit. 

Alkisahnya, nak balik kampung hujung bulan 4 haritu, aku suruh hubby je bawak stroller tu. Kitorang kan naik flight asing-asing. Hubby balik sorang, aku pulak balik esoknya berdua dengan Shaheem. Susah nak bawak stroller bila berdua je so aku suruhla hubby yang bawak. Hubby cerita masa check in bag kat KKIA (naik MAS), hubby bagitaula staff MAS tu, stroller nak bawak naik atas. Then staff tanya, baby ada bersama tak. Hubby cakapla tak. Disebabkan baby takde dia tak bagi bawak naik atas. Takut tak lepas masa security check nak masuk departure hall katanya. Dia suruh masuk dalam kargo. Hubby macam reluctantla sebab risau stroller tu patah nanti. Paham-paham sendirila macamana dorang ni handle luggage. Main baling je biasanya. Tapi staff tu cakap dia akan lekatkan sticker FRAGILE kat stroller tu. Hubby still tak confident. Staff tu YAKINKAN hubby, dia cakap, "jangan risau encik, STAFF SAYA TAU BUAT KEJE.. " So hubby pegang la cakap dia.. 

Selepas terbang 2 jam 30 minit, sampaila ke KLIA. Pegi tuntut bagasi dan stroller, dan jeng jeng jenggggg, the not so big surprise, stroller datang dengan keadaan seperti dalam gambar di bawah

Handle dua-dua patah

Besi dua-dua bengkok.
Dah memang tak bleh bukak dah stroller ni

Sticker fragile yang tak berguna langsung
STAFF YANG TAU BUAT KEJE tu tak nampak kot sticker kecik ni???

Sakitnya hati bila tengok stroller Shaheem jadi macam ni. Stroller ni baru lagi tau. Baru pakai beberapa kali. Aku geram nak maki hamun orang jugak bila tengok stroller ni jadi macam ni. Kalau takde sticker fragile tu lainla kan. Ni ada sticker siap, kenapa dorang tak jaga elok-elok?? Apa gunanya letak sticker kalau macam ni jadinya. Bertambah sakit hati bila ingat staff kat KKIA tu cakap staff dia tau buat keje. Tau buat keje kepala hotakk dia. Haa geram ni...

Kitorang dah buat report dekat MAS. Tapi lambat gile respond. Suruh kitorang email. Dah email lambat pulak nak balas. Memang aku akan push sampaila dapat balik ganti rugi. Senang-senang je rosakkan barang orang, Tak kirala buggy ni murah ke mahal, yang penting dorang ni kena sedar, jangan suka suki nak jahanamkan barang orang.

Anyway, kalau aku jadi hubby la kan, aku mintak tolong je kawan dia yang ada anak kecik, yang terbang sekali dengan dia, bawak stroller tu. Nanti sampai KLIA amikla.. Tapi hubby kata, susahla, nanti jalan tak sama la.. Grrrr geram jugak. Hmm ok ok takpelah, benda dah jadi kan huuu.. Cuba untuk redha. But MAS, YOU HAVE TO PAY ME! Tak kira!!

Monday, May 13, 2013

Mati Itu Pasti

Assalamualaikum,

Belakangan ni banyak berita kematian yang aku terima.

On the way pulang ke kampung hujung April baru-baru ni, aku dikejutkan dengan berita pemergian senior aku kat kolej di UPM dulu. Dia maut setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Aku takdela kenal sangat dengan arwah. Tapi pernahla bekerjasama dengan dia dalam aktiviti kolej. 

Hari Jumaat, 3 Mei 2013 dikejutkan pula dengan pemergian anak kepada blogger Erina Asmawani, Aqil Hamzah. Allahuakbar. Bila aku dapat tau pasal arwah, aku terkejut sangat. Aku dapat tau tu dah lewat dah sebab aku tak online. Seminggu kat kampung hubby aku memang tak on laptop. Sebelum aku ke kampung hubby, memang dah tau berita arwah dimasukkan ke ICU. Masa tu aku berharap sangat arwah akan sembuh seperti sediakala. Tak tau pun keadaan arwah dah agak kritikal. Balik ke kampung aku, on laptop terus bukak group Gojes Blogger dan dapat tau Aqil dah pun meninggal dunia. Ya Allah, sedih sangat hati ni. Arwah sebaya dengan Shaheem. Walaupun tak penah jumpa arwah depan-depan tapi terasa jugakla sebab selalu baca kisah dia di blog Ena. 

Tadi, terbaca pulak cerita tentang pemergian arwah Aqil yang Ena kongsikan di blognya.. Allah.. Allah. Besarnya dugaan-Mu buat Ena sekeluarga. Semoga Ena tabah dan kuat menghadapi ujian ni. 

Selang seminggu selepas mendapat berita kematian Aqil, Jumaat, 10 Mei 2013, bapa saudara aku pula pergi menemui pencipta-Nya. Ayah Wan, abang sulung mak aku. Dia memang dah lama sakit. Seingat aku, sebelum aku kawin lagi dia sakit. Alhamdulillah, masa majlis aku tahun 2011 tu, ayah Wan sihat sikit dan dapat menghadiri majlis perkahwinan aku di kampung. Selepas tu dia memang selalu jatuh sakit. Banyak kali jugak dimasukkan ke hospital. 2,3 hari sebelum meninggal, dia rebah dalam bilik air. Bila anak-anak nak bawa ke hospital dia tak nak. Katanya takde ape-ape. Ditakdirkan Allah, pagi Jumaat tu dia pengsan. Anak dia bawak ke bahagian kecemasan hospital dan petangnya dia meninggal. 

Nenek aku lah yang paling sedih bila dapat tau Ayah Wan dah takde. Menangis-nangis dia. Cik (nenek aku) cakap, "mati dia dulu daripada Cik..." Cik pun dah uzur dah sekarang. Ibu mana yang dapat tahan kesedihan bila anak yang pergi dulu... Semuanya ketentuan Allah kan.. 

Bila dapat berita tentang kematian ni, timbul rasa insaf dalam diri. Bila-bila masa saja mati akan menjemput kita. Tak kirala kita dah ready ke belum. 

Marila kita sama-sama lengkapkan diri dengan amal ibadat, supaya bila maut datang menjemput kita lebih daripada bersedia, insyaallah...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...