Friday, December 27, 2013

Shaheem oh Shaheem

Assalamualaikum,

Huhuhu kenapa la malas sangat nak jenguk blog. Update blog. Kesian blog ni. Sorry ye.. Kebizian melanda. Serius terlalu sibuk sampai tak terklik blogger dashboard. Harini curi masa sikit untuk update.

Semalam Shaheem OT sampai pukul 3 pagi. Haa OT kau hehe.. Penat aku melayan dia. Encik abah biasala sudahlama krohss krohss. Takpelah, dia keje kan. Biarlah dia tido. Mujur jugak aku tengah bendera merah, bolehla tido sampai cerah huhu.

Pastu kan, dah bangun tu boleh pulak Shaheem buat drama. Mengamuk ngamuk entah apa tak kena. Oh, dia nak main tin biskut. "Situtttt.. situttttt.." Bila aku bagi sekeping dia jerit, "moooo.. mo!!!!" Maknanya takmo. Tak nak. Dah tu nak ape kannn.. Grrr, rupanya dia nak main tin tu. Aku bagila, dia mengamuk jugak. Dia nak aku bukak tutup tin tu. Nak kumbah segala biskut ada dalam tu. Haa tu bukan dia tu.. Tak bulehh tak buleh. Big no no lahhh.. Dia ngamuk ngamuk, lentik lentikkan badan macam biasa. Al kebetulan pulakla ada meja kecik kat situ. Tah macamana tah, terhantuk pulak kat bucu meja.....






Bucu meja tu terkena kelopak mata dia. Kesian Shaheem huhu.. Tak berdarah banyak, macam scratches je. Tapi sekarang dah bengkak dah mata kiri dia. Aku nak tuam masa mula mula kena tadi dia tak bagi. Sakit ngan pedih kot. Aku just sapu minyak gamat je. Itupun berperang jugak.

Meh nak berpantun sikit,

Tane kkuah atah bukit
Budak buah buleh nyakit

HAHA.. ore Kelate je paham ni hehe

Makin besar makin comel peelnya. Kalau tak kena piat ngan mama tu memang tak sah lah! Huhu.. aku dulu kecik macam ni jugak kot. Sian mak.. Sekarang, nahhh rasakan sendiri!

Takpela Shaheem, apa apa pun, kamu anak mama dan mama sayang kamu sepenuh hati!

1 comment:

  1. memang gitula sis kalau ada kecikkan..
    layan kan aje..huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...