Friday, November 15, 2013

Tahniah Alia ~ 5A UPSR! :)

Assalamualaikum,

Laaaaamanya aku tak jenguk blog. Seolah-olah aku dah lupa aku ada blog. Kesian dia terabai huhu.. Bilala aku nak berdisiplin dalam berblogging nih?? Asyik malasssss je. Selalu hangat-hangat tahi ayam je. 

Fuh fuh fuhhh tolong tiup aura rajin sikitt..

Okla, marila kita bukak cerita dengan mengucapkan SETINGGI-TINGGI TAHNIAH buat anak saudaraku, Nur Nazneen Alia yang memperoleh 5A dalam UPSR. Alhamdulillah, syukur! First in the family ni haha.. Zaman mama dia takde UPSR lagi. Ada Penilaian Darjah 5 kalau tak silap aku. Pastu time abang-abang aku dah ada kot UPSR. Tapiiii, hampeh je result hahaha.. Time aku?? HAHAHAHA mari kita gelak besar-besar. Lagila hampeh. Aku ni bukanla orang bijak pandai. Aku pun dah lupa result aku. Tapi yang pasti bukan 5A la kihkihkih.. Adik aku? Lebih kurang aku jugakkkk hehe. Alhamdulillah la ada anak buah yang cerdik pandai hehehehe..

Inilah orangnya.
Comey tak Kak Tonnn??
kikiki jangan marah aa kakak. macik amik gambar dari fb kakak :P


Semoga Alia terus berjaya dalam pelajaran di peringkat menengah pulak. Banyak lagi cabaran ni. Dengan sistem pendidikan negara kita yang macam-macam sekarang. Yang jadi mangsa keadaan pelajar lah. Kena lah usaha dengan lebih gigih. Insyaallah, makcik Wani sentiasa doakan kakak. Jadi seorang yang bijak, jadi anak yang baik, jadi muslimah yang solehah, insyaallah. Jangan asyik ingat KPOPPPP je tauuu :P

4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...