Sunday, November 24, 2013

Shaheem's First Swimming Pool Experience!

Assalamualaikum,

Masa Shaheem baby baby aku tak pernah bawak dia mandi kat swimming pool. Sehelai swim suit pun dia takde. Memang tak pernah plan pun nak bawak dia pegi. Sehinggalah kejadian dia mengamuk di Poring hari tu hohohoho.. Abahnye rasa ralat sangat sebab Shaheem berendam sekejap je haritu. Sampai menangis tak tentu arah. Makanya abah Shaheem ganti balik dengan membawa Shaheem berendam dalam kolam renang di Pusat Sukan TLDM, Sepanggar. Masuk free, pakai baju ape pun tak kisah. Since Shaheem belum ada swim suit, aku pakaikan je rompers. Mujurle ada sehelai rompers saiz 18-24m. Cute plak aih tengok dia pakai rompers hihihi..

Kolam renang kat pusat sukan ni bukak pagi dan petang. Pagi pukul 8 sampai pukul 12 tengah hari, petang pukul 4.30 hingga 6 petang kot. Aku pun ingat-ingat lupe dah hehe.

First time pergi haritu kitorang pegi petang. Alhamdulillah tak panas sangat masa tu. Redup je. Syokla sikit nak main air. Cuma ramai budak-budak besar. Shaheem seronok je. Dia memang suka berkawan dengan budak besar hehe...

Jom lah kita tengok gambar ye :P

Mula-mula masuk dalam air. Asyik la dok tengok bawah je hehe..

Tengok muka Shaheem. Macam sakit kan? Mata bengkak. Ni sebenarnya sehari selepas kitorang balik dari Kundasang tu. Mata bengkak hasil menangis tak berhenti. Kesian anak mama..

Shaheem belum pandai berenang so Shaheem jalan jelah dalam pool ni.
Banyak kali jugak dia terselam haha.. Terbatuk-batuk dia sebab tertelan air..

Abah ajar apungkan badan. Action je lebih :P



Nak berkawan dengan abang..

New friends :)

Yeayyy basahkan rambut abah!!


Dekat sejam lebih jugakla Shaheem berendam. Kitorang memula takut jugakla dia akan mengamuk ke ape sebab tak puas mandi. Tapi alhamdulillah tak. Dia sendiri yang nak naik. Agaknye sebab dia dah kesejukan. Jari-jari dia memang dah kecut habis. Puas hati sungguh-sungguhla dia berendam.

Last week kitorang ada pegi lagi tapi pegi pagi. Syok habis sebab takde orang haha.. Shaheem conquered the pool! Next time mama nak join berendam jugaklah. Jeles pulak tengok bapak dengan anak je yang main air hehe..


3 comments:

  1. Dah lama akk xbwk ank2 mandi pool..huhu..tggu bln 12 nk g bercuti pd..inshaAllah

    ReplyDelete
  2. lepas ni boleh bawak Shaheem lagi ye mama..hehehe

    ReplyDelete
  3. nk bawa fayel gi mandi kolam klcc la weekend ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...