Wednesday, November 27, 2013

Sayonara SS7438P!

Assalamualaikum,

Naik kereta tuan baru.
Bye bye SS7438P!
I will miss you hehehehe

Mister husband dah jual dah his 1st scrambler. Macam mimpi pulak aku rasa haha.. Sebelum sebelum ni everytime kitorang gaduh especially tentang minat dia dengan motorcross ni dia mesti cakap, "takpelahhh.. abang jual jela motor abang tu.. abes cerita!" Pastu aku kesian, aku cakap tak payahla. Sayanggg... hehe.. Dia memang tak jual pun, saje cakap camtu. Aku tauuuu :P Tapi ni alih-alih tiba-tiba jadi pulak dia jual. 

Ehhh jangan salah paham. Kitorang tak gaduh tauu. Dah lama tak gaduh pasal motor ni. Sebab aku dah redha. Aku sokong apa saja minat dia. Asalkan dia tak abaikan keluarga. Dan dia memang tak pernah abaikan kami. Tu yang aku terkejut bila dia nekad nak jual.

Dia jual sebab.... dia nak beli baru!!! Yang lebih power! Huarghhhhh.. takpe takpe redhaaa... hehe.. Dah minat dia kannn.. Support jela. 

Teringat pulak kenangan masa mula-mula beli SS7438P ni. Masa tu aku tengah pregnant. Tahun 2011, bulan Disember. Ada aku cerita pasal mula-mula beli motor tu kat entry ni. Beria-ia dia mintak izin aku nak beli motor tu. Aku senyum je. Senyum terpaksa ahaha. Aku bukan ape, motor ni kan lebih berisiko untuk accident (ish mintak jauhlaaa..) Tu yang aku macam kureng sikit dengan motor. Tapi tu lah, dah minat dia. Beli pun dengan duit dia. Aku bagi jela..Dia punya seronok tu kan, macam budak kecik! hahaha.. abang abang....

Teringat dia cakap beli motor ni sebagai tanda kenangan, beli time aku pregnant first baby. Hmm nampaknya second motor kena tunggu aku pregnant second baby baru boleh beli kottt haha.. Jenuhhh tak tau bila. Dia plan nak beli Januari atau Februari tahun depan. Motor ape pulak? Entahla dia huhu.. Aku bukan reti bab bab motor ni. Dia selalu je tunjuk kat aku gmbar motor dia yang google. Apa tah yang menariknya. Aku pun tak faham haha.. 

Jauh dah SS7438P ni berjalan. Paling jauh dia pegi Lawas, Sarawak dari KK 2 minggu lepas kot. Not bad for a local brand. Tapi hubs cakap still kualiti jauh beza dari motor Jepun macam Honda, Yamaha, Kawasaki tu.. Ape-ape jelah haha..

Aku pernah naik 2 kali je kot SS7438P ni. Tinggi wooo.. Gayat! Shaheem memang suka. Action siap takmo pegang handle lagi..






Kita tunggu jelaa motor baru nanti motor apa. Iols pasrah je ni hehehe...


2 comments:

  1. Doakan yang terbaik buat suami semoga sentiasa dilindungiNya Amal. :)

    ReplyDelete
  2. InshaAllah..
    Semoga dipermudahkan urusan suami dan sis sefmily ye

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...