Friday, November 15, 2013

Saif Shaheem 20 Bulan

Assalamualaikum,

Jangan marah aa.. Nak cerita pasal anak ni hee..

Alhamdulillah, Shaheem dah 20 bulan dah. Lagi 4 bulan nak masuk 2 tahun..

Dah macam-macam perangai dah sekarang. Mama abah layankan aje hehe..

Meragam mengamuk perkara biasa. Tapi ada sekali haritu dia mengamuk luar biasa. Kitorang suspect dia diganggu "sesuatu". Jeng jeng jengggg...  Menakutkan oke. Sangat menakutkan. Sampai sekarang pun kalau ingat balik, huhhh meremang habis segala bulu roma.. Nanti-nantila aku cerita dekat blog huhuhu..

Shaheem dah pandai bercakap ke belum? Erm entahla hehe.. Dia bolehla sebut beberapa patah perkataan. Dan selalunya dia sebut pada waktu yang betul. Maksud aku, kalau dia nak susu dia cakapla syisyu.. Means dia memang nak susu. Kalau nak keluar mana-mana, dia akan cakap, kuar... Sambil berjalan ke pintu.. Means dia betul-betul nak keluar la tu kan. Nak buat ayat penuh memang dia belum pandai. Slowly lah kan..

Antara patah perkataan yang selalu keluar dari mulut Shaheem:

Syisyu - susu
Nak
Mo - tak mau
Kuar - keluar
Tutup
Abang
Adik
Mama
Abah
Tok - Mak Tok
Syonok - seronok
Bum bum - baring
Tut - Kentut/berak
Eee syukk - Eeee busuk
Ta - car (kereta)
Loyi - lori
To - Moto
Kuehh - Bebird dia (hahaha aku pun tak tau macamana dia leh sebut benda tu as kueh +_+)
Tatun - Kartun
Vi - Tv
Mot - Remote
Asyak - Masak
Tasyik - Nasik
Air
Owen - Oren
Toti - Roti
Boi - Ball
Tom tom - jom jom
Tatuh - jatuh
Syempan - simpan

Ohoi panjangnye list hahaha.. Tu la patah-patah perkataan yang selalu keluar dari mulut budak kecik itu. Banyak lagi sebenarnya. Kadang-kadang tak tau pun dia dah leh sebut perkataan tu. Dia selalu ikut je apa yang dia dengar mama abah cakap. Jadi mama abah kena berhati-hati dalam bertutur.. Aku selalu marah husband kalau dia sebut perkataan-perkataan tak elok. Cam contoh bodoh ke bengong ke. Especially time driving. Haa pantang betul aku. Jadinye, husband kalau dia nak marah dan Shaheem ada sekali dia akn eja je perkataan tu haha.. Esok Shaheem dah pandai mengeja haa langsung takleh mencarut yeee.. Ku tegah sama sekali!!! 

Alhamdulillah juga Shaheem sihat sokmo. Semoga anak mama sentiasa sihat lah. Mama susah hati sangat kalau Shaheem tak sihat. Ibu mana yang tak susah hati kann?

Makan masih sama. Very the picky dan jaaaarang sangat makan. Geram tauu.. Mama ni sampai kering tangan nak suap dia. Suap 2,3 mulut pastu tak nak dahla. Ape jela yang dia nak makan? Hmmm...

Klah, jom layan gambar budak busyuk ni hehe






Mmmmmmuaaaaaahhhhh saaayang Shaheem!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...