Wednesday, November 20, 2013

Melawat Baby Nur Safiyya Izz Zahraa' :)

Assalamualaikum,

Sabtu lepas aku ajak husband pergi ke Bandar Sierra. Tak jauh pun dari Tuaran ni. Lebih kurang 10 minit drive. Untuk ape? Untuk tengok baby comel! hehehe.. Baby milik beautiful mommy, Ea My ;) Alhamdulillah, tahniah buat Eamy dan husband. Baby girl, 3.1kg. Namanya, dah tertera kat atas tu. Comel namanya pun, seindah tuan punya hehehe..

Aku pegi tu dah malam, lepas maghrib. Baby Safiyya tido. Baikk je dia. Ekk ekk sikit, bila mama dia angkat bagi susu terus diam. Mudahnya menjaga kamu ye sayang...

Tengok baby terusla teringin nak baby jugak hahaha.. Sabar sabarrrr :P



Aku tak berani nak angkat pegang. Kekok! Dah lupe dah macamana aku pegang Shaheem masa dia dalam hari dulu hihihi.. Teruk tak. Padahal Shaheem tu baru setahun lebih..

Shaheem bila tengok baby dia buat donno je. Dia sibuk nak makan biskut dengan teh yang mak Eamy hidangkan. Habis ko seteko teh o. Hasilnyaaa, esok tu sembelit hahahahaha.. Kesian sangat tengok dia meneran. Berpeluh-peluh haa.. Dia mana penah sembelit. Tetiba je. Aku pun pelik. Pastu baru teringat dia minum teh banyak kat rumah Emy haha.. No wonderlaaa.. Shaheem ni semua air dah minum. Kalau kita tak bagi mengamukla dia.. Haha I hope you have learned your lesson well ye Saif Shaheem. After this, no more tea! Huhhh...

Ok, berbalik pada cerita baby, aunty (aunty tuuu haha) just nak wish semoga Safiyya membesar dengan baik dan sempurna. Sihat-sihat selalu. Menjadi penyeri dalam hidup mama dan abah kamu. Dah besar nanti jadi anak yang solehah, insyaallah...

To Eamy, tahniah!! Selamat berpantang and enjoy being a mother! hehe


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...