Tuesday, November 26, 2013

Lok Kawi Wildlife Park

Assalamualaikum,

Ini cerita sehari selepas bawak Shaheem mandi swimming pool. Plan nak gi zoo ni dah lama dah. Aku la yang selalu ajak husband. Tapi selalu je tak berkesempatan. Since tak jadi nak pegi Kudat dan husb dah apply cuti hari Isnin, kitorang pun plan pegi zoo jelah. Alang-alang kann...

Zoo tu letaknya di Lok Kawi. Papar sana. Papar ke Putatan? Papar la aku rasa.. Jauh jugakla dari Tuaran. Tuaran-KK 30km. KK-Lok Kawi lebih kurang 25km. Jadi total dari rumah aku 55km. 

Kitorang pegi lepas Zohor dalam pukul 12.30 tengahari. Sampai sana dah dekat pukul 2 petang. Hujan renyai-renyai. Sampai kat car park kitorang makan dulu dalam kereta hehe. Aku bawak bekal nasi goreng. Pastu kat car park tu ada jual air kelapa. Beli tapau. RM1 je kot secawan kecik tu. Lupe dah. 

Entrance
*Yaiiiii gemoknye akuuuuu*

Bayaran masuk untuk dewasa ialah RM10. Untuk kanak-kanak RM5. Tapi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah, masuk percuma. Jadi haritu kami bayar RM20 jelah.

Kat kaunter masuk tu ada rangka binatang ni. Errrr aku lupa dah menatang apa haha..
Aiyooo blur pulak gambar husband amik!

Berbukit-bukit jugak zoo ni. Lelohhhh memanjat. Shaheem syokla dia, berdukung je ahaha. Abahla jadi mangsa. Kekadang je gilir dengan mama. Tula abah, mama nak beli carrier tak bagi :P

Pastu hujan renyai-renyai dan sesekali lebat jugakla. Silap besar aku bagi Shaheem pakai baju singlet macam tu. Sepatutnya pakai T-shirt biasa dengan jeans. Sebabnya zoo tu hutan belantara! Nyamuk baaanyak sangat. Kesian Shaheem, menggaru je keje. 

Layan gambar lah ye..

Tak tau ape nama binatang ni. Macam kancil tapi bukan kancil..

Rusa. Gambar first tu Shaheem takut haha


Tak tau ape nama binatang ni. Besar macam kuda!

Beruang madu

Elephant


Ada banyak lagi binatang sebenarnya. Aku je malas nak amik gambar. Maklumla guna henpong je. Gambar banyak tak jadi. Mostly gelap sebab dalam hutan dan langit haritu pun gelap dek hujan renyai-renyai. Besar zoo ni. Ada macam-macam jenis burung, orang utan, badak sumbu, harimau 2 ekor, dan banyak lagi lah! Kitorang tak round habis pun sebab hujan. Tak syok nak berjalan. Pastu tak larat nak dukung Shaheem haha.. 

Pukul 3 petang ada animal show. Orang zoo tu cakap kalau hujan maybe takde tapi alhamdulillah la time kitorang pegi tu dorang buat jugak walaupun hujan. Maybe sebab ada ramai budak-budak tadika datang melawat. Kesianla kat dorang kan nak tengok. Kesianla jugak kat kami bertiga ni ehe...


Okey okey jugakla show dia. Aku penah tengok show macam ni kat A Famosa. Lebih kurang sama!
Yang excited lebih-lebih nak tengok animal show ni aku ngan husband je. Shaheem tak layan!
Dia sibuk ajak kitorang balik. Sungguh-sungguh dia tarik tangan abah dia suruh bangun dari tempat duduk.
Sudahnye kitorang tengok sekerat je show tu.. Spoil la Shaheem! huhu..


Kitorang terus balik je lepas tu. Tak kuasa dah nak berjalan. Penatttt! 

Overall, puas hati jugakla dapat jejakkan kaki ke wildlife park ni. Walaupun agak tak selesa sebab hujan dan Shaheem pun tak excited sangat hehe.. Dia tak pandai lagi kott.. Takpelah, tunggu dia besar sikit lagi, bawak dia pergi sekali lagi. Mudah-mudahan masa tu dia dah pandai seronok :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...