Thursday, November 21, 2013

Kundasang yang Misteri

Assalamualaikum,

2 minggu yang lepas kami sekeluarga (me, hubs n Shaheem) pergi bercuti di Kundasang. Yang ajak memula tu kawan aku Rosie. Dia nak pegi sana dengan sorang lagi member kitorang, Shida yang datang dari Semenanjung. Rosie orang Penampang. Saje nak bawak Shida jalan-jalan. Sorang lagi yang join ialah kak Tetty namanya, kawan Rosie & Shida kat UPM. Kak Tetty orang Sabah jugak. Katanya PHd sekali dengan Shida. Aku tak kenal la hehe.. Haritu la baru kenal.. 

Plan asal ialah nak pegi Kundasang. Tidur semalaman kat sana. Pastu esoknya pegi Kudat pulak. Tidur semalaman kat sana jugak. Aku excited wehh hehe.. Especially nak ke Kudat tu. Aku dah lama teringin nak ke Simpang Mengayau. Kundasang dah selalu dah.. 

Aku mintak encik hubby amik cuti sehari. Jadi bolehla berjalan sakan, tak perlu pikir pasal kerja hehe.. Dia amik cuti hari Isnin. Kami ke Kundasang hari Sabtu.

Dalam kereta, perjalanan dari Tuaran-Kundasang, alhamdulillah semuanya baik-baik saja. Shaheem tidoooo memanjang. Maklumla kena kejut awal pagi hehe.. Bagus jugakla dia tak meragam. Sebelum sampai ke Pekan Kundasang kitorang singgah Pekan Nabalu dulu. Aku tak pernah singgah Pekan Nabalu ni. Selalu limpas je.. Ecece dah pandai cakap Sabah ni haha.. Limpas = lalu :P

Landmark Pekan Nabalu
Ohoii aku gemok oii!
T__T

Lama jugak singgah kat Pekan Nabalu tu. Shida borong souvenir banyak gile haha.. Aku round round je kat situ. Takde plan nak beli ape pun.

Pastu gerak ke Pekan Kundasang. Nak ke homestay yang kami sewa. Kak Tetty yang urus semua pasal penginapan & makanan. Dia bawak bekal baaanyak! Terima kasih Kak Tetty. Sedap lak tuh dia masak. Yumm yumm.. 

Oh ye, homestay kami di Mesilau. Kalau korang penah ke Desa Dairy Farm tu, haa jalan nak ke rumah tu ikut jalan nak ke dairy farm tu la. Cuma jauh ke dalam lagi. Dekat dah dengan Mesilau Nature Resort tempat orang nak naik Gunung Kinabalu.

Ini pemandangan dari rumah kami duduk. Kat kereta Isuzu hijau parking tula rumah kami. Nampak bumbung merah tu? Tu bumbung rumah tula. Nampak tak Gunung Kinabalu tersergam indah tu? :)
Kereta viva tu masuk ke dalam lagi. Agaknye nak pegi Mesilau Nature Resort la kot. Jalannya memang kecik je and takde lampu jalan langsung! Tepi-tepi jalan tu bukit, lalang tinggi-tinggi. Rumah orang jarang-jarang je ada. Malam malam seram ok. Seram.


Ni keadaan dalam rumah.
Kecik je rumahnya. Shaheem pun tak puas berlari. Berjalan ramai-ramai dalam tu pun rasa macam nak terlanggar bontot haha..

Kalau tak silap harga semalaman murah je. Dalam RM60. Ada 3 bilik. Tapi bilik pun sempit yang amat. Nak solat pun kena angkat beg letak atas katil barula ada ruang. Bleh bayang tak betapa sempitnya? huhu.. Ada tandas juga. Tapi tandas dia macam kat luar sikit.. But still in the house la. Erm susah nak explain. Dapur tip top. Lengkap dengan pelbagai peralatan. Nak masak memang takde masalah. Tapi.. seriously aku tak recommend rumah ni hahaha.. Tak selesa sangatla bagi aku. Kalau just nak duduk 2,3 orang ok kot. Tapi kalau macam 10 orang ke atas tak boleh.. Sempit sangat. Pastu rumahnye jauh sangat ke dalam. Untuk orang yang ada anak kecik macam aku, tak sesuai kottt.. Haa jap lagi aku cerita kenapa hehe..

Aktiviti pertama kat rumah tu ialah makan-makan dan solat Zohor. Pastu kitorang gerak pergi ke Tagal Sg Moroli. Ala tempat ikan kelah besar-besar tu.. Kitorang gerak dah lewat sangat. Dahla hujan renyai-renyai. Sampai sana dah pukul 4 petang. Dah puas main dengan ikan, Kak Tetty ajak pegi Poring Hot Spring. Kitorang ikut je. Sampai Poring pun dah pukul 5 petang dah.


Kitorang sebenarnya tak plan nak mandi pun tau sebab dah lewat. Tapi cik Shaheem ni, budak-budak, paham-pahamla kan, bila nampak orang lain berendam, bila nampak pool penuh air, wajibla terjun sama kan! Grrr dibantainya mengamuk kat situ sebab nak masuk dalam air. Sebab tak nak dia mengamuk lebih-lebih, abah dan mamanye redha jelaaa... Bukak seluar, bukak pampers, haa rendammmm.. Nasib ada bawak baju & pampers spare dalam beg dia. Tapi sekejap jela berendam sebab dah nak maghrib time tu. Encik husband ni very particular sket bab bab maghrib ni. Sape tak risau. Anak sebesar ni dok kat luar waktu senja. Dalam hutan plak tu. Abah dia angkat je dari pool tu terus dia meraung. Ya Allah, panik sangat kitorang masa tu. Sebab bila dia menjerit lagila tak elok kan. Cepat-cepatla bawak dia lari masuk dalam kereta. Sebelum tu singgah Surau Poring. Nak salin baju dengan pampers dia. Dia mengamuk ngamuk. Aku nak pegang pun susah huhu. Shaheem Shaheem, tantrum dia memang makin menjadi-jadi.

Kitorang gerak balik rumah tu dah gelap dah. Sampai kat rumah Shaheem tido. Tapi bila masuk rumah dia terjaga. Tapi mood dia ok jela. Seronok main-main. Seronok berlari sana-sini.. Intai anak Kak Tetty main ape semua..

Malam tu kitorang just duduk rumah. Barbecue. Kak Tetty dah prepare semua dah. Ayam ikan.. Marvellous lahh hehe.. Yang tukang bakar adik Rosie ngan kawan dia. Aku tunggu nak makan je haha.. Sejukkk sangat malam tu sebab kat luar hujan pastu ditambah pula kesejukan duduk di kaki gunung. Huii menggigil gakla. 

Dalam pukul 10 lebih after siap makan semua, Shaheem tetiba buat hal. Haa jengjengjengg, aku nak start cerita misteri dah ni haha.. Dia berak sebenarnya. Aku bawakla pegi bilik air basuh. Dah siap basuh masuk dalam bilik nak pakai pampers. Tapi dia tak mau baring atas katil. Dia peluk aku sekuat-kuatnya. Sambil mengerang macam nak marah, macam nak nangis. Macam-macamlahh.. Aku pun dah geram jugakla sebab susah nak pakaikan pampers kat dia ni. Terpaksala pakaikan sambil berdiri sambil mulut aku pun potpetpotpet tak brenti marah kat dia huhu. Shaheem masa tu dah nangis-nangis dah. Aku suspek dia nangis sebab aku marah dia la. Lama-lama makin kuat pulak dia nangis. Bila abah dia datang dia terus nak pegi kat abah pulak. Tapi masih menangis. Hubs bawak dia keluar rumah, dia diam. Tapi takkanla nak duduk luar rumah lama-lama. Dahla sejuk, gelap pulak tu. Hubs masuk balik. Huwaaa dia nangis balik. Hah sudah, dah kenapa budak ni... Dia menangis tu memang kuatla. Kesian aku tengok dia. Pada masa yang sama aku rasa dia dah ngantuk. Tapi dia macam lawan mata. Bawah mata dia dah merah dan bengkak dah. Tak tau dah macamana nak pujuk dia. Bila abah dia ajak masuk bilik nak tido lagi kuat dia meraung. Abah dia bawak keluar rumah, senyap pulak. Siap leh gelak. Tapi, masuk je rumah terus dia meraung lagi. Masa tu aku memang dah rasa lain macam. Sampai pukul 11 lebih dia menangis. 

Masa tu orang lain semua dah nak tido dah. Kitorang laki bini ni restless la. Kesiankan Shaheem yang menangis tak berhenti. Kesiankan orang lain yang tak dapat tido. Then hubs cakap dengan aku, "jomla naik kete. Kita pusing-pusing jap. Bagi Shaheem tido.." Aku ikut jela. Dukung Shaheem masuk dalam kereta. Shaheem dah senyap dah masa tu. Kat luar rumah kan. Senyap jela. Dalam kereta pun dia senyap je. Masa kat dalam kereta tu hubs pasang ngaji. Surah Yasin kalau tak silap aku.

Jalan Mesilau tu gelap yang amat. Takde lampu jalan langsung. Lampu rumah pun jarang-jarang je. Shaheem sekejap je dah tido. 

Pastu kann... aku ada la tengok kat side mirror sebelah tempat duduk penumpang ni. Aku ada nampak 'SESUATU' tau.. Aku nampak macam ada bulat putih kat belakang. Aku tak sure di bonet atau di tepi pintu kereta. Sebab keadaan kat luar gelap. Yang aku nampak bulat putih tu jela. Memula aku ingat ada barang kat car seat Shaheem di backseat. Pastu aku ingat lampu jalan. Tapi takde lampu jalan pun. Memang aku confuse sangat dengan apa yang aku nampak tu. Banyak kali aku tengok benda tu kat belakang. Aku tak bukak mulut pun. Tak cite dekat husband. Hmmmm....

Sampai kat simpang nak pegi Desa Dairy Farm, husband pusing balik. Dia pun dah tak berani nak pegi jauh. Sampai rumah Shaheem masih tido. Aku angkat dia perlahan-lahan. Masuk dalam rumah dia tersedar tapi masih mamai-mamai. Husband bukak pintu bilik. Dan dan tu lah dia start menangis balik... Garu kepala jap huhuhu...

Husband pun terus buat keputusan, "kemas beg. Kita balik!"

Hohohohoho.... aku pun menurut perintah. Pass Shaheem kat dia. Dorang lari keluar. Shaheem senyap tau bila kat luar rumah. Musykil betul aku... Aku pun cepat-cepat mengemas. Pukul 12.30 tengah malam kitorang gerak balik. Mintak maaf dengan Rosie, Shida dan mintak dorang sampaikan jua maaf kami pada Kak Tetty yang dah tido time tu. Maaf sebab dah lari dari planning asal. Dahla kat Kudat Kak Tetty dah book penginapan jugak huhu. Serba salah rasa tapi sebab Shaheem ni dah menangis je, elokla kami balik je. 

On the way pulang, aku tengok lagi sekali side mirror. Ajaib! Kali ni gelap gelita. Takde langsung bulat putih yang aku nampak masa keluar pukul 11 lebih tu. Hmmmmmmm pelik tak?? Aku diam jugak. Tak bukak mulut langsung.. Kitorang sampai rumah di Tuaran pukul 1.30 pagi. Shaheem tidur lena dalam kereta. Masuk rumah kami pun dia lena. Alhamdulillah. Aku masa tu penat yang amat. Terus tido je. 

Pukul 4 pagi, Shaheem tiba-tiba terjaga dan menangis. Aku bangun buatkan susu. Tapi bila aku bagi dia tak nak. Dia meraung, dia golek-golek atas lantai. Hentak-hentak kaki. Aku nak angkat pun tak dapat sebab dia tendang-tendang aku. Abah dia angkat. Tu pun bergelut jugakla. Atas dukung dia meraung lagi. Aku tengok dia lain macam. Muka merah. Urat kat leher tu tegang. Aku suruh hubs azan. Dia terus azan kuat-kuat. Shaheem tampar-tampar muka abah dia. Aku masa tu rasa macam tak keruan je. Aku capai Apple Learning Machine tu. Pasang azan dengan ngaji. Huhu nasibla ada benda tu. Berguna sangat. Shaheem tak stop lagi menangis. Abah dia abis cara dah pujuk. Lama jugakla dia menangis. Then hubs bukak peti ais. Tanya dia nak ape. Dalam tu ada air oren. Dia terus mintak, " air owenn air owennn.." Hubs buh dalam gelas. Aku hembus-hembus sikit, baca Al Fatihah dan bagi dia minum. Sungguh-sungguh dia minum. Haus sangatla tu. Tekak pun mesti perit sebab dok menangis menjerit. Lepas minum air elok je dia lentok atas bahu abah dia. Azan subuh berkumandang dan dia pun lena..........

Aku dengan husband terduduk sebab keletihan. Letih sangat bila anak meragam macam tu. First time Shaheem buat perangai sebegini rupa dan memang luar biasa la mengamuk dia tu. Aku dah pikir bukan-bukan. Terfikir mungkin ada 'benda' yang ikut dari Poring sebab dia menangis time maghrib. Atau ada 'sesuatu' dalam homestay di Kundasang sebab bila kat luar rumah dia senyap, masuk rumah dia menangis. Dalam masa yang sama cuba berfikiran positif. Mungkin dia tak biasa dengan tempat baru. Yang tiba-tiba mengamuk pukul 4pagi tu mungkin dia mengigau abah dia tak bagi dia mandi pool kat Poring tu. Sampai terbawak-bawak dalam tidur. Wallahualam..... Sampai sekarang tak tau kenapa.

Esoknya Shaheem macam dah ok sikit. Ada la meraam sikit-sikit tapi biasa jela. Kitorang pasang surah Ruqyah setiap malam sebelum tidur. Aku bacakan Yasin masa dia tido. Sekarang aku amalkan baca surah Al Mulk sebelum tidur. Kami ada juga beli air penawar (air bacaan Quran) di Masjid Bandaraya Likas. Bagi dia minum untuk pulihkan semangat in case betulla Shaheem ada nampak 'sesuatu.' Husband pun ulang-ulang cakap, "pada benda yang ikut Shaheem tu, baliklah.. jangan kacau Shaheem lagi dah sebab Shaheem pun tak kacau.." Everytime dia cakap macam tu meremang bulu roma aku hohoho.. Insyaallah nanti nak pegi cari minyak kasturi. Jiran aku cakap kat Wisma MUIS ada jual. 

Esok paginya tu juga aku cerita kat husband aku nampak something tu kan. Husband terkejut. Sebab dia kata dia tak nampak apa pun. Dia lagila kan, tengah drive selalu la tengok rear view mirror. Tapi dia tak nampak apa-apa. Sampai sekarang aku konfius sendiri. Apa lah yang aku nampak malam tu. Adakah hanya perasaan aku atau memang ada benda yang mengikut kami? Wallahualam.... Allah lebih mengetahui kan..

Kejadian ni sebenarnya jadi pengajaran jugakla untuk kami. Ada anak kecik ni kena ada limit time untuk berjalan. Kalau boleh elak berada di luar waktu senja atau maghrib. Time time macam tu la 'benda' tu banyak berlegar kan.. Semoga lepas-lepas ni takde dahla peristiwa-peristiwa misteri, seram dan ngeri berlaku pada kami. Semoga Allah melindungi kami sekeluarga. Amin.

3 comments:

  1. Meremang amal oi.. haa. Apple learning tu kite dah pesan kat husband suh bawak nk g lhd datu esok nih. Huuu.

    ReplyDelete
  2. i pernah sampai sabah...masa tu my sister ngajar kat matupang, ranau...so, i sampai sejauh matupang saja lah...poring tu pun pernah pergi...i boleh bayangkan suasan yg sejuk, gelap, xde lampu jalan..huuuu...seram...

    dah la i duk sana seminggu...

    hubby ajak gi sabah sbb dia blom pernah pergi...kalo ada rezeki ke sana lg, i ngk pergi setakat KK je..Kundasang pong xnak la..sama mcm cameron je kan...Tak pun, i nak gi belah2 pantai lak..tawau ke labuan ke...mcm "cerah" sket kot suasana..Sbb area kundasang ranau, dlm kepala i ni mmg sejuk, gelap dan seram..haha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...