Saturday, November 2, 2013

Donat Bulat-Bulat Gebuss Gebass

Assalamualaikum,

Ni aura dari geng gojes la ni hehehe.. Tapi aku terlambat sikit kot? Aku memang selalu ketinggalan haha.. orang dah lama buat aku barulaa terhegeh-hegeh nak join buat sekali..

Okey okey first of all terima kasih pada tuan punye resepi.. Mak buyong kita, Yong Nana hehe.. Daku ceduk resepi sebijik-sebijik. Tiru 100%, tak tinggal satu pun heh...

Ni first time tauuu aku buat donat ni. Kalau mak tahu mesti mak bangga sangat! HAHA..

Yong ku kopipes resepimu kat sini ye. Hehe


Bahan-bahan:

6 sudu besar gula.
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis / 11g yis
2 sudu besar marjerin
1 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
Gula aising untuk golekkan donut.


Cara buat:

1. Bancuh gula + susu pekat guna air suam. Kacau sampai gula hancur.

2. Kendian masukkan 1 paket yis dalam bancuhan tadi. Kacau lagi bagi sebati. Biarkan 10 minit. Nanti air bancuhan tu akan jadi berbuih-buih. Kau biarkan je.

3. Sementera nak tunggu 10 minit tu, kita cairkan mentega. Aku cairkan atas api kecik. Kendian pukul telur sebiji, then campurkan mentega dengan telur bersama-sama. Kacau sebati.

4. Amik satu bekas agak besar, masukkan tepung gandum. Kendian, masukkan bancuhan air gula + susu pekat + yis dan juga bancuhan mentega + telur dalam tepung. Kacau sebati sampai jadi macam doh lembik.

5. Biarkan adunan doh selama lebih kurang 45 minit. Lebih masa tak pe. Tak de hal. Lagi lama kau biarkan adunan, lagi kembang gebu adunan tu.

6. Lepas cukup 45 minit, bolehlah kita bulat-bulatkan doh. Oh ye, doh ni memang lembik sikit, so kalau nak buat bentuk donut cincin tu memang susah sikit. Paling senang, kita bulat-bulatkan je. Sebab tu tajuk resepi adalah donut ball. Heh.

7. Pastikan kita sapu tepung kat tapak tangan untuk elakkan adunan doh melekat kat tapak tangan.

8. Eloknya bulat-bulatkan kecik-kecik je, sebab nanti bila goreng..donut akan mengembang. Dah donut ball aku jad besor bola tennis dah aku rasa. Hahaha.

9. Lepas dah bulat-bulatkan, gorenglah apa lagi. Goreng api sederhana. Dah kuning cantik, angkat. Boleh golek-golekkan dalam gula aising. aku lupa beli gula icing, so aku blend je gula pasir. Sama jugak hasilnya.


Haa korang ikut je resepi kat atas nih. Kompem menjadi!!


Bahan-bahannya:
Tepung gandum 
Yis
Gula
Susu Pekat Manis
Marjerin
Telur. Eh telur nak guna sebijik je tau. Aku baru beli telur tu, tak sempat lagi nak simpan dalam peti ais hehe

Hohohoho masa ni dah sejam lebih kot aku biarkan adunan doh tu..

Tadaaaaaa.... Sudah siap!!
Alhamdulillah dapat bagi kat jiran sikit. Balas pinggan dorang.
Sedap tau. Sedap syangat!
Korang mesti try buat :D
Kalau korang pandai buat ring tu buatla. Aku tak reti sebab tu aku buat bulat-bulat je hehehe


Husband pun suka. Dia duty semalam tp balik rumah makan. Aku bagila dia sikit untuk bawak ke opis. Katanya tak sampai seminit licinnnn budak opis dia makan hehe.
Alhamdulillah :D
Nampak tak hidung aku tengah kembang kempis menahan bangga nih???

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...