Sunday, September 15, 2013

Ralat Di Pagi Hari

Assalamualaikum,

Baru lepas menghantar encik hubby depan pintu. Dia ada ride lagi harini. Kalini pergi Keningau pulak kot. Entahla. Aku pun tak tau. Dia bukan nak bagitau aku detail pasal ride ni huhu.. Ada terbaca post kawan beliau di group motor tu, katanya nak ke Banjaran Crocker, so Keningau lah kot. Apa-apapun, semoga selamat pergi dan selamat pulang abang!

Rasa ralat sikit ni. Ralat sebab aku buat nasik lemak tapi dia tak sempat makan huhu..

Sambal sotong dah buat siap-siap semalam. Pukul 1.30 pagi dok ketung ketang kat dapur dengan Saif Shaheem. Haa itu budak memang tido lambat! Dah siap masak sambal aku ingat nak masak nasik siap-siap. Tapi masa tu Shaheem macam dah ngantuk. Sebab kesiankan dia aku pun ajakla dia tido. Nasik plan pagi-pagi Subuh nak masak. Sekali haaaaa, aku tido sedap weh, terlajak bangun subuh pukul 5.40 pagi huhu.. Kelam kelibut lerr...

Masuk dapur blend nyor, perah santan, basuh beras, tanak nasik, rebus telur, goreng ikan bilis...

Pukul 6.30 pagi tadi, siap semua! Tinggal nasik je belum masak. Then hubby cakap pukul 6.40 dia nak turun. Adeh tepuk dahi dah aku. Sempat ke masak nasik ni.. Dok kejap, tappp nasik masak! Tapiii... bila aku bukak tengok, masih mentah pulakk.. Aduh, aku kan, memang fail la bila masak nasik lemak. Benci betul huhu.. Dah lewat dahla encik hubby nak tunggu nasik tu betul-betul masak. Sobsss.. Sudahnye dia minum kopi dengan ubi rebus. Ubi rebus semalam punye pulak tuh huhuhu... Sori abang :(

Dah tu, nasik lemak seperiuk tu aku la yang kena habiskan hohohoho..

Haish sampai sekarang rasa ralat sangat. Kalaulah aku masak nasik tu semalam..............


3 comments:

  1. Alala xpe...nt hubby balik jamu dia nasi lemak dgn penuh kasih sayang. Terubat la ralat tu nnt...

    ReplyDelete
  2. Xpe.sis..bkn rezki tu..nx time masak lagi k..biasa ar kalau masak nsi lemak mmg kadang2 mentah..kalau byk sgt sis kukus ns yg mnth tu pun blh

    ReplyDelete
  3. usaha tangga kejayaan...chaiyyookk22...lepas ni buat lagi dear...jangan give-up hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...